SJ - 3121 : [G] Hukum tonton filem Hantu/cinta

4 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3121 : [G] Hukum tonton filem Hantu/cinta

:salam
Apakah hukum seseorang itu menonton filem hantu dan filem cinta antara sepasang kekasih yang banyak ditayangkan dan digemari pula oleh kebanyakan remaja?

terima kasih.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 3121 [G] Hukum tonton filem Hantu/cinta

:salam

Pada asalnya menonton TV hukumnya mubah. Namun hukum ini boleh berubah kpd makruh maupun haram jika isi rancangan dilihat itu ternyata bertentangan dgn syara'. Adapun gejala sekrg yg menonjolkan kisah2 cinta, bahkan tidak menghiraukan batasan syara' dalam hubungan sesama bukan mahram merupakan satu perakra yg nyata haram. dan melihatnya juga ternyata bertentangan dgn roh Islam yg mementingkan kesucian serta memelihara akhlak umatnya. Saya percaya sdr dan juga pengunjung semua mengetahui apakah batasan syara' dalam hal ini. BErikut saya sertakan jwpn THTL berkaitan menonton kemungkaran di dalam TV

--------
1. Memang ada segelintir orang Islam yg telah memusnahkan TV atau membuangnya ke dalam sungai kerana contentnya yg tidak sesuai dengan adabul Islam. Namun, TV adalah teknologi dan yg bersalah ialah pihak yg menyalurkan siaran dan contentnya (isinya). Anda tidak bersalah kerana jika berdepan dgn realiti yg dipaksakan ke atas anda, maka anda hendaklah bijak mengambil atau menonton sekadar yg perlu sahaja. Disiplinkan diri anda. ia sama dengan kita di mana saban hari di tempat kerja atau di supermarket kita terdedah dgn melihat kebanyakan wanita yg tidak menutup aurat, maka kita menjaga pandangan kita atau memandang sekadar yg perlu sahaja (Dr Abdullah Nasih Ulwan)

SJ-1057: Dosa lihat TV dan Osama
------

Tanggungjawab seseorang muslim itu ia mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemngkaran. Ini berdasarkan kpd sebuah haids yg famous yg bermaksud:

Dari Abu Sa'id al-Khudri ra katanya, "Aku telah mendgr Rasulullah saw bersabda, "Sesiapa dikalangan kamu melihat kemungkaran maka hendaklah dia mengubahnya dgn tangan. Jika tidak mampu maka ubahlah dgn lidahnya. Jika tidka mampu maka ubahlah dgn hatinya, dan itulah selemah2 iman."[HR Muslim]

Kesimpulannya, kita harus sentiasa berwaspada dgn isi kandungan rancagan yg kita lihat. Jgn sehingga kita terperangkap dan akhirnya mendapat dosa akibat kelalaian kita. Berisghtifar dan mohonlah keampunan dr Allah swt sentiasa. WA.

:wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 3121 [G] Hukum tonton filem Hantu/cinta

JKK Ustaz Gayat

خيرالأمين

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 3121 [G] Hukum tonton filem Hantu/cinta

Assalamu'alaikum

Ada penambahan sedikit. Dr Yusuf Al-Qaradhawi juga pernah memberi fatwa berkenaan dengan TV, Filem dan radio. Beliau mengatakan bahawa, memang tidak syak lagi alat-alat ini perlu diberi perhatian yang lebih terhadapnya, lebih-lebih bila ia didominasikan dengan keburukan dan kefasadan. Akan tetapi terdapat juga kebaikan dan ilmu pengetahuan yang disebarkan melaluinya.

Apa yang menarik didalam fatwa tersebut ialah beliau menganggap setiap orang itu menjadi mufti kepada dirinya. Setiap Insan itu boleh menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Kata beliau :

[="#0000ff" size="3"]ÝÇáÅäÓÇä ãÝÊí äÝÓå..æÈãÞÏæÑå Ãä íÓÏ ÈÇÈ ÇáÝÓÇÏ Úä äÝÓå¡ æÅÐÇ ßÇä áÇ íãáß äÝÓå Ãæ ÃÓÑÊå ÝÇáÃæáì ÃáÇ íÏÎá åÐå ÇáÃÏæÇÊ æÇáÃÌåÒÉ Åáì ãäÒáå¡ ÓÏðÇ ááÐÑíÚÉ.
"Maka setiap insan itu adalah mufti bagi dirinya sendiri....ia berupaya menutup pintu korupsi/kerosakn terhadap dirinya, dan jika tidak berupaya menghalang dirinya atau keluarganya maka lebih aula (utama) ia tidak terlibat dengan peralatan dan sistem tersebut dirumahnya, kaedah menutup pintu kejahatan."

Jika dilhat dari fatwa diatas, jika filem, TV atau radio yang kita dengar atau tonton jika ia mendatangkan munafaat, maka bolehlah orang Islam menontonnya. Akan tetapi jika kandungan cerita tersebut mengandungi babak-babak yang tidak senonoh (seperti kebanyakkan cerita cinta orang barat), maka hukumnya berdosa menontonnya. Jika ia tidak mempunyai pulangan yang baik, seperti kebanyakkan cerita seram/hantu, yang cuma terdapat unsur-unsur tahyol dan sebagainya, maka ulama' mengatakan amatlah rugi wang dan masa menontonnya.

wallahu'alam, wassalam
--------------
Rujukan :

1. Shiekh Dr. Yusuf Al-Qardhawi. Fatawa Mu'asyirah - I. cetakan ke 9. Kuwait : Dar Al-Qalam, 2001. url : http://www.qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=393&version=1&template_id=8&parent_id=12

خيرالأمين