SU - 00042 : MAKAN SEMBELIHAN AHLUL KITAB

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SU - 00042 : MAKAN SEMBELIHAN AHLUL KITAB

:salam

Apakah kita boleh memakan sembelihan yahudi? Apakah perkara2 yang dibenarkan.

JazakaLlah

Re: SU - 00042 : MAKAN SEMBELIHAN AHLUL KITAB


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************
SU - 00042 : MAKAN SEMBELIHAN AHLUL KITAB

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara MicroScript yang kembali bertanya kepada al-Ahkam Online ( yang berwajah baru ) . Selamat bersua kembali kami ucapkan kepada saudara budiman . :blowingup

Soalan berkenaan “ Ahlul Kitab “ @ “ Ahli Kitab “ merupakan soalan yang paling TOP 10 yang selalu diajukan kepada al-Ahkam Online semenjak ianya wujud di alam siber . ( Soalan lain yang termasuk TOP 10 ialah Masalah Jamak-Qosar , Bid’ah , Wahabi , Syiah , Aurat , Tabarruj , Muzik , Permasalahan Taqlid-Talfiq-Ittiba’-Ijtihad-al~Fiqh al-Muqoran dan sebagainya ) .

Oleh itu kami menganggap ini sebagai SU ( Soalan Ulangan ) sahaja dan juga sebagai pelajaran ulangan .

Secara ringkasnya begini wahai saudara ;

“ Ahlul Kitab “ adalah satu gelaran khas bagi kaum Yahudi dan Kristian yang telah menyeleweng daripada ajaran Nabi Musa a.s dan Nabi Isa a.s .

Atau dalam perkataan lain : “ Ahlul Kitab itu termasuk di dalam golongan kafir ( bukan Islam ) “ .

Adapun para pengikut “ ajaran sebenar “ yang dibawa oleh Nabi Musa a.s dan Nabi Isa a.s maka mereka adalah MUSLIMUN ( orang-orang Islam ) ataupun MUKMINUN ( orang-orang yang beriman ) dan kadang-kadang mereka ini mempunyai juga gelaran tertentu seperti “ Hawariyun “ untuk para pengikut “ ajaran sebenar “ yang dibawa oleh Nabi isa a.s .

“ Ajaran Sebenar “ itu sudah tentulah ISLAM kerana MUSTAHIL Nabi Musa a.s dan Nabi Isa a.s berlainan agamanya daripada agama Nabi Muhammad s.a.w !!! .

Sila pelajari hal tersebut daripada SJ ( Soal-Jawab ) lalu sbg mana berikut :

SJ - 1792 : BEZA AGAMA-AGAMA PARA ANBIYA ' ( A.S )
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=7824

SJ - 1843 : PERBEZAAN DI ANTARA SUHUF DGN KITAB
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=8034

Setelah kita ketahui bahawa “ AHLUL KITAB “ itu adalah Yahudi dan Kristian ( sudah tentu yang telah menyeleweng dan sesat , sebab kalau tidak menyeleweng dan sesat sudah tentu mereka dipanggil sebagai orang-orang Islam dan beriman ) , maka hukum memakan sembelihan mereka adalah DIBENARKAN ( HALAL ) .

Dalilnya Firman Allah Ta’ala di dalam Surah al-Maidah , ayat 5 :


æóØóÚóÇãõ ÇáøóÐöíäó ÃõæÊõæÇú ÇáúßöÊóÇÈó Íöáøñ áøóßõãú

Ertinya : “ …..( dan begitu juga ) dihalalkan bagi kamu memakan makanan sembelihan orang-orang pernah diberikan kepada mereka kitab ( Ahlul Kitab ) ….“ .

Yang penting Yahudi ataupun Kristian itu masih lagi beragama dengan agama mereka itu dan tidak pula telah bertukar menjadi seorang sekularis pekat ataupun seorang atheis ( komunis ) . Kalau sudah bertukar ideologi ( ‘aqidah ) , maka Yahudi ataupun Kristian itu TIDAK LAGI dianggap sebagai “ Ahlul Kitab “ sebaliknya sebagai seorang “ Kafir Mulhid @ Dahri @ Shuyu’ie “ !!! .

Sila pelajari lagi berkenaan dengan siapakah dia Ahlul Kitab itu di dalam :

SJ – 2329 : ADAKAH AHLUL KITAB MASIH WUJUD ?
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=11105

SJ - 2070 : MENGENALI ALIRAN AKTIVIS & HUKUM SEMBELIHAN SYIAH
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=9050

SJ-1510: ahlul kitab
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=6173

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
22 / Safar / 1424 H
24 / April / 2003 M

KHAMIS – Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum