Displaying 1531 - 1545 of 1659
1531 JH-ASAS-005- Maksud Hadith dan Sunnah

Maksud HADITH :

Bahasa : baharu, perkhabaran dan masih baru bukan lama.

Istilah : ialah apa sahaja yang di sandarkan  kepada Rasulullah samada perkataan, perbuatan dan taqrir (pengakuan) Baginda. Perkataan yang sinonim kepada hadith ialah athar dan khabar. Walaubagaimana, ulama mempunyai pelbagai pendapat samada athar dan khabar sinonim dengan pengertian hadith.


15 years 6 months ago
1532 JH-MANHAJ-002- Jangan Terperangkap Dalam Istilah

Setiap cabang ilmu mempunyai istilah-istilah yang tertentu dan khusus. Ianya difahami oleh mereka yang dianggap ahli atau pakar dalam ilmu tersebut. Begitu juga ilmu kajian hadith. Tiada siapa yang dapat menafikan bahawa untuk menjadi seorang pengkaji yang berjaya, pengkaji hadith perlu menguasai beberapa kemahiran termasuklah kemahiran mengenal pasti maksud sesuatu istilah yang digunakan dalam ilmu kajian hadith.


15 years 6 months ago
1533 Pandangan Dr. Wahbah al-Zuhaili Tentang Bidah

Mari kita dengar pandangan salah seorang tokoh Fiqh Islam masa kini, Dr. Wahbah al-Zuhaili (Pengarang Tafsir Munir, Fiqh Islami, ahli majlis Majma Fiqh Islami dan terbaru, ketua Rabitah Ulama Negara-Negara Syam - Jordan, Syria, Lubnan dan Palestin) - laman web beliau ialah www.zuhayli.net


15 years 6 months ago
1534 JH-ASAS-004- Kaedah Sahabat Mengelakkan Kesilapan

Terdapat dua kisah yang hampir sama berlaku pada dua orang sahabat Nabi SAW. Kedua-dua kisah ini telah dicatat oleh al-Bukhari dalam bukunya yang terkenal – Sahih al-Bukhari atau nama sebenarnya al-Jami’ al-Sahih.


15 years 6 months ago
1535 JH-SEJARAH-003- Bilakah Bermulanya Penapisan Hadith?

Terdapat beberapa persoalan yang mungkin bermain di fikiran seseorang apabila dirinya ingin mendekati Sunnah atau Hadith. Mungkin di antara persoalan itu ialah apa yang ingin disentuh secara ringkas di dalam artikel ini iaitu : ‘Sejak bila sunnah mula dipelihara dan ditapis?’. Terdapat beberapa sangkaan yang pernah saya temui sepanjang membaca dan berbual dengan sebahagian peminat sunnah. Di antaranya ialah:


15 years 6 months ago
1536 JH-MUTIARA-003- Solat dan Ibu Bapa

 

 

أَفْضَلُ الأَعْمَالِ الصَّلاَةُ لِوَقْتِهَا وَبِرُّ الْوَالِدَيْنِ

Maksudnya: Sebaik-baik amalan ialah solat pada waktunya dan melakukan kebaikan terhadap kedua ibubapa.

(Hadith riwayat Muslim – no.266)


15 years 6 months ago
1537 JH-ASAS-003- Fungsi dan Tugas Hadith

Hadith merupakan sumber perundangan yang kedua selepas ALQuran. Ia merupakan amali apa yang telah di jelaskan di dalam AlQuran. Kadangkala ia mentafsirkan ayat, menjelaskan kekeliruan, memperincikan hukum hakam yang tidak di jelaskan di dalam mana-mana ruangan kecuali hadith. Inilah yang kita nyatakan seseorang yang mendakwa beliau hanya cukup beriman dengan AlQuran adalah sesat. Ini kerana beliau meninggalkan sumber perundangan islam yang kedua iaitu hadith.


15 years 7 months ago
1538 JH-MUTIARA-002- Tuntutan Berfikiran Positif

 

احْرِصْ عَلَى مَا يَنْفَعُكَ وَاسْتَعِنْ بِاللَّهِ وَلاَ تَعْجِزْ

Maksudnya: Bersungguhlah kepada perkara yang memberi manfaat untukmu dan mohonlah bantuan daripada Allah, dan janganlah merasa lemah.

(Hadith riwayat Muslim – no.6945)


15 years 7 months ago
1539 JH-BUKU-002- Sahih Muslim

Oleh: alitantawi

- Nama penuh buku: Al-Musnad al-Sahih al-Mukhtasor Min al-Sunan Bi Naqli al-‘Adl ‘an al-‘Adl ‘An Rasulillah (SAW).

- Buku yang dianggap kedua terbaik dalam mengumpulkan hadith-hadith sahih selepas buku Sahih al-Bukhari.


15 years 7 months ago
1540 JH-SEJARAH-002- BIODATA IMAM AL-BUKHARI

Oleh ibnu hazam dan alitantawi

- Nama penuh beliau ialah Muhammad Ibn Ismail bin Ibrahim Ibn al-Mughirah al-Ju’fi, al-Bukhari. Gelarannya ialah Abu Abdillah.

- Dilahirkan dalam keadaan yatim di Bukhara (Uzbekistan) pada tahun 194 Hijrah. Bapanya merupakan salah seorang ahli hadith yang pernah berguru dengan Imam Malik (179H) dan juga Abdullah Ibn al-Mubarak (181H).


15 years 7 months ago
1541 JH-ASAS-002- NASIHAT SEORANG TOKOH TABIIN

CARILAH IA SEPERTI MENCARI SESUATU YANG HILANG

Sesekali terlintas di hati kita atau terdengar di telinga kita rungutan tentang sukarnya mengenal pasti hadith sama ada ia sahih atau tidak. Kepada mereka yang pernah merungut dan mengeluh tentang perkara ini, saya ingin tegaskan...ya! Sememangnya ia adalah sesuatu yang sukar dan hanya boleh dilakukan oleh pakar-pakar hadith yang layak. Jadi? Apa penyelesaiannya? Takkanlah tak ada apa yang boleh kita lakukan?


15 years 7 months ago
1542 JH-MUTIARA-001- Rambut Rasulullah SAW

Mutiara Hadith (JH-MUTIARA) – huraian ringkas terhadap hadith-hadith sahih sebagai tazkirah setiap minggu. Penumpuan akan diberikan kepada hadith-hadith daripada Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim.


15 years 7 months ago
1543 JH-CINTA-001- Keperluan Mengenali Rasulullah SAW

Oleh: Ibnu Hazam

Kita perlu mengenali Rasulullah dan mencontohi Baginda atas beberapa sebab. Antaranya :

1-Mengikut Perintah Allah

Mentaati dan mengikut cara hidup baginda merupakan perintah dari Allah Ta’ala. Buktinya, Allah berfirman di dalam ayat 64 Surah AnNisak:

وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ رَسُولٍ إِلَّا لِيُطَاعَ

“Tidak kami utuskan daripada Rasul melainkan untuk ditaati”


15 years 8 months ago
1544 JH-BUKU-001- Sahih al-Bukhari

Oleh: Ibnu Hazam dan alitantawi

 

Judul Buku :

Dikenali dengan nama ‘Sahih al-Bukhari’. Manakala nama penuhnya ialah ‘al-Jami’ al-Musnad al-Sahih al-Mukhtasor Min Umur Rasulillah Wa Sunanihi Wa Ayyamihi’.


15 years 8 months ago
1545 JH-MANHAJ-001- AHLI HADITH MODEN LEBIH HEBAT?

Kategori ‘Manhaj’ adalah kategori yang diwujudkan khas untuk membincangkan beberapa persoalan berkaitan kajian hadith secara lebih terperinci. Mungkin ia sukar difahami oleh sebahagian pengunjung al-ahkam.net yang baru mula mengenali ilmu ini. Oleh itu saya memohon maaf sekiranya perbincangan di sini mungkin membosankan anda atau menambahkan kekeliruan kerana itu bukan tujuan saya. Jabatan Hadith AAN telah pun menyediakan kategori-kategori lain seperti Asas, Sejarah, Buku dan sebagainya untuk anda mendapatkan maklumat asas tentang kajian hadith. Bagi yang membaca artikel kategori ‘Manhaj’ ini, diharapkan anda dapat memberikan maklum balas kepada kami di Jabatan Hadith AAN sama ada berbentuk pembetulan, penambahan atau persoalan agar dapat kita manfaatkan bersama untuk masa depan kajian hadith terutama melalui alam siber. Wallahu a’lam.


15 years 8 months ago