Sumber Rujukan Islam Anda..
1516 |
JH-ASAS- 009 - Mendalami istilah SANAD Dua bahagian utama bagi sesebuah hadith ialah SANAD dan MATAN. Dalam artikel sebelum ini, telah dihuraikan maksud sanad dan matan. Dalam artikel kali ini, kita ingin melihat dengan lebih mendalam tentang sanad yang menghubungkan seseorang muhaddith/ahli hadith dengan teks hadith yang diriwayatkannya. Kita akan mengambil satu contoh daripada sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari di dalam bukunya al-Jami al-Sahih atau lebih popular dengan nama Sahih al-Bukhari. 15 years 2 months ago |
1517 |
JH-MANHAJ-005- Pertemuan Bersejarah Bersama Dr. Hamzah al-Malibari Oleh alitantawi Tiada terduga walau dalam mimpi...nikmat Allah SWT yang wajib disyukuri....Bertemu Dr. Hamzah al-Malibari... Siapa yang dapat menduga apabila tokoh yang dikaguminya melalui penulisan, tiba-tiba berada di depan mata? Tiada yang dapat menggambarkan kegembiraan apabila dapat bersua muka dengan seorang tokoh hadith masa kini yang merupakan salah seorang pengkaji hadith yang mendokong pemikiran manhaj al-Mutaqaddimin. 15 years 3 months ago |
1518 |
Wajarkah Dikaitkan Kelebihan Rejab Dengan Peristiwa Isra dan Mi`raj? Oleh: al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
KELEBIHAN REJAB YANG DIADA-ADAKAN
Sebahagian para penceramah agama yang kurang berhati-hati selalu mengaitkan kelebihan bulan rejab dengan peristiwa mu`jizat Isra dan mi`raj. Apa yang perlu difahami ialah tarikh sebenar berlakunya peristiwa hebat itu masih lagi menjadi perselisihan di kalangan ulama.
15 years 3 months ago |
1519 |
JH-MANHAJ-004- Belajarlah Menghormati Imam al-Tirmidzi! Oleh alitantawi Dalam kalangan pengkaji hadith atau penuntut ilmu hadith, terkadang kita temui segolongan yang tidak pandai menghargai ilmu ulama hadith terdahulu. Walaupun kita mengakui bahawa wujudnya segolongan pengkaji yang sentiasa menghargai, memandang tinggi dan berusaha memahami pendapat ulama hadith terdahulu, kita tetap perlu mengakui hakikat pahit bahawa wujudnya segolongan yang tidak pandai meletakkan kedudukan ulama hadith terdahulu pada tempat yang sepatutnya. 15 years 3 months ago |
1520 |
JH-SEJARAH-005- Fakta Ringkas Tentang Penulisan Hadith Berikut adalah beberapa fakta ringkas yang dirasakan patut untuk diketahui berkaitan penulisan hadith pada zaman Rasulullah SAW. 1- Sebahagian besar hadith-hadith Rasulullah SAW (berbentuk kata-kata, perbuatan, pengakuan atau sifat Rasulullah SAW) tidak ditulis ketika Baginda masih hidup. Ia dihafal oleh para sahabat dalam jumlah berbeza antara seorang sahabat dengan sahabat yang lain. 15 years 4 months ago |
1521 |
JH-BUKU-004- Kajian Metodologi Dan Penulisan Hadith - Dr. al-Azami oleh: Islah Sejumlah yang amat besar penulisan tentang kaedah penyelidikan hadith boleh didapati dalam bahasa Arab, tetapi generasi kita kini pada keseluruhannya tidak mengetahui bahasa Arab, oleh itu mereka tidak dapat mengambil faedah daripadanya. Bahkan orang-orang yang tahu berbahasa Arab pun mendapati kitab-kitab itu sukar difahami lantaran istilah-istilah yang digunakannya. Hanya beberapa buah buku sahaja tentang ilmu hadith yang ditulis dalam bahasa Inggeris, dan kebanyakannya pula seolah-olah bertujuan mengelirukan pembaca. Satu-satunya buku dalam bahasa Inggeris yang dapat diakui ditulis oleh Profesor Zubair Siddiqi. Saya telah pun membacanya kira-kira 15 tahun yang lalu, tetapi kini buku itu tidak boleh didapati lagi. Oleh itu, saya menulis buku Studies in Hadith Methodology and Literature untuk memenuhi keperluan pelajar-pelajar kolej, demikian juga orang kebanyakan yang terpelajar. 15 years 4 months ago |
1522 |
JH-MUTIARA-005- BUKTI IMAN مَنْ سَرَّتْهُ حَسَنَتُهُ وَسَاءَتْهُ سَيِّئَتُهُ فَهُوَ مُؤْمِنٌ Maksudnya: Sesiapa yang mana kebaikannya menggembirakannya dan kejahatannya tidak disukainya, maka dialah orang yang beriman. (Hadith riwayat al-Tirmidzi no. 2318, ia dinilai oleh al-Tirmidzi sebagai : hasan sahih) 15 years 5 months ago |
1523 |
JH-SEJARAH-004- BIODATA IMAM MUSLIM Nama penuh beliau ialah Muslim Ibn al-Hajjaj al-Qusyairi al-Naisaburi. Digelar Abu al-Husain. - Lahir di Naisabur (salah sebuah tempat di Iran) pada tahun 206 Hijrah. - Mula menuntut ilmu khususnya dalam bidang hadith ketika umurnya belasan tahun. 15 years 5 months ago |
1524 |
JH-MUTIARA-004- UTAMAKAN KELUARGA
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- دِينَارٌ أَنْفَقْتَهُ فِى سَبِيلِ اللَّهِ وَدِينَارٌ أَنْفَقْتَهُ فِى رَقَبَةٍ وَدِينَارٌ تَصَدَّقْتَ بِهِ عَلَى مِسْكِينٍ وَدِينَارٌ أَنْفَقْتَهُ عَلَى أَهْلِكَ أَعْظَمُهَا أَجْرًا الَّذِى أَنْفَقْتَهُ عَلَى أَهْلِكَ 15 years 5 months ago |
1525 |
JH-ASAS-008- MEMPELAJARI HADITH PERLU BERPERINGKAT Dalam artikel yang ringkas ini saya cuba untuk membawa para pembaca berfikir bersama tentang satu tanggapan yang wujud dalam kalangan pencinta hadith atau pencinta sunnah. Tanggapan tersebut ialah tanggapan bahawa hadith boleh dipelajari dengan mudah malah sangat mudah. Sehinggakan seorang muslim atau muslimah yang hanya belajar beberapa perkataan arab boleh membuka mana-mana buku berkaitan hadith. Malah dirinya telah dibolehkan untuk memberikan pandangan terhadap persoalan-persoalan berkaitan hadith tanpa kajian yang teliti dan dalam masa yang singkat. Ada pula yang mengetengahkan pendapatnya tanpa merujuk kepada tulisan para ahli ilmu hadith terdahulu tetapi cukup dengan hanya merenung lafaz hadith yang berkaitan. 15 years 5 months ago |
1526 |
JH-MANHAJ-003- Kenali Sumber Utama Buku-Buku Mustolah al-Hadith Ramai pengkaji hadith atau penuntut ilmu hadith yang suka membaca buku-buku Mustolah al-Hadith. Namun saya merasakan (berdasarkan apa yang saya temui) bahawa kebanyakan mereka suka membaca buku-buku yang ringkas, padat dan moden yang dianggap sebagai ringkasan terhadap buku-buku terdahulu. 15 years 5 months ago |
1527 |
JH-ASAS-007 - MAKSUD SANAD DAN MATAN HADITH Apabila membicarakan tentang hadith, kita tidak dapat lari daripada menggunakan istilah sanad dan matan. Bagi yang sudah terbiasa dengan istilah ini, pasti mereka tidak menghadapi masalah dalam memahami makna keduanya. Namun bagi sahabat-sahabat yang belum pasti atau belum tahu tentang makna kedua-dua istilah ini, berikut adalah penerangan ringkas untuk anda. 15 years 5 months ago |
1528 |
JH-ASAS-006- Untuk Mempelajari Hadith/Sunnah, Anda Perlu.... 1- Menghadirkan niat untuk mencari keredhaan Allah SWT. Sentiasa hadirkan di dalam hati sedaya upaya bahawa kita mempelajari al-Sunnah kerana ia adalah sebahagian daripada mempelajari agama Allah SWT dan mengharapkan ganjaran daripadaNya. Bukan kerana anda ingin jadi seseorang yang lain daripada orang lain atau menjadi satu kumpulan yang lebih tinggi daripada masyarakat yang tidak mempelajari sunnah. 15 years 5 months ago |
1529 |
JH-CINTA-002- Mari Makan Bersama Rasulullah SAW ADAB-ADAB MAKAN 1- Membaca bismillah pada mulanya dan alhamdulilah pada akhirnya
سم الله وكل بيمينك، وكل مما يليك Dari Umar bin Abu Salamah Radiyallahuanhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah mengajarkan kepadaku "Bacalah BISMILLAH dan makanlah dengan tangan kananmu, dan makan dari yang dekat denganmu" [Muttafaqun Alaih] 15 years 6 months ago |
1530 |
JH-BUKU-003- Riyadhussolihin - Imam al-Nawawi Buku Riyadhussolihin merupakan antara buku hadith yang popular di seluruh dunia Islam termasuk di negara kita. Apakah isi kandungan buku ini? Siapakah pula penulisnya? Kenapa ia diminati ramai? 15 years 6 months ago |