Displaying 1231 - 1245 of 1659
1231 MP3 Seminar Kepentingan 4 buku Sunan Hadith

MP3 Seminar Kepentingan 4 buku Sunan Hadith Kerjasama antara Islamic Information & Services Foundation (IIS) dan al-ahkam.net


13 years 3 months ago
1232 SMS Mengarut Tentang Hari Jumaat

Saya terima SMS karut! Baca sendiri:
"ASsalamualaikum... renungkn 27-11-09 aidiladha pd hr jumaat.. 18-12-09 thn bru hijriah pd hr jumaat.. 25-12-09 natal pd hr jumaat.. 01-01-2010 thn bru pd hr jumaat.. 26-2-2010 maulud nabi muhamad pd hr jumaat.. 28-5-10 nuzul Al-Quran pd hr jumaat 27-8-10, hr wesak pd hr jumaat.. 10-9-10 hr rya idilftri pd hr jumaat.. 'ingat dan renungkan!!!.. di dlm al-quran Allah telah mnyebutkn bhw KIAMAT trjdi pd hr JUMAAT!!!

Byk istigfar n bdoa pd Allah, smg dosa d AMPUNI.. Sebarkn & slg ingt mngingti.. Dan juga deepavali, 5.11.10, jumaat.."


13 years 3 months ago
1233 Kertas Kajian SS Mufti WP Yang Menjadi Asas Kepada Fatwa ESQ

Penjelasan Datuk Mufti Mengenai Gerakan Islam Liberal yang mana dipercayai bahawa fatwa tentang ESQ berasaskan kepada kajian yang terdapat di dalam kertas ini. Info berkaitan kertas kajian ini adalah sebagai berikut:

Kertas: Gerakan Islam Liberal Di Indonesia Dan Kaitannya Dengan ESQ
Kajian oleh: Sahibus Samahah Datuk Wan Zahidi bin Wan Teh
Mufti Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur
Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan
DOWNLOAD: Sila Klik Di Sini...


13 years 3 months ago
1234 [DOWNLOAD] MP3 Pengajian Sunan Tirmizi untuk sessi Mac, April dan May tahun 2010

Pengajian Sunan Tirmizi oleh Ustaz Nasim dari Darul Kautsar untuk sessi Mac, April dan May tahun 2010. Isikandungan perbahasan ialah sambungan bab Haidh dan Kitab Solat


13 years 3 months ago
1235 Isu Fatwa Mufti WP: Pandangan Ustaz Mohd Aizam Tentang ESQ

KOMEN PERIBADI TENTANG FATWA ESQ MUFTI WILAYAH

Oleh Ustaz Mohd Aizam bin Mas'od

Beberapa hari kebelakangan ini penulis dihujani banyak pertanyaan berkenaan kedudukan fatwa pengharaman ESQ yang telah diwartakan oleh SS Datuk Mufti Wilayah Persekutuan (SSDMWP) pada 17 Jun 2010. Sebagai seorang yang pernah beberapa kali mengikuti kursus ESQ (sebelum ia dibawa ke JK Fatwa Kebangsaan dan mempunyai Panel Syariah sendiri), menonton video-video dan membaca buku-buku ESQ, penulis merasa terpanggil untuk memberi sedikit komentar berkenaan fatwa yang dikeluarkan oleh SSDMWP tersebut. Lebih-lebih lagi penulis teramat sedih apabila timbul fitnah-fitnah lain berikutan pewartaan fatwa berkenaan. Komentar penulis berkenaan isu ini adalah seperti berikut:-


13 years 3 months ago
1236 MP3 Fitnah Akhir Zaman- Dr. Abdul Basit Abdul Rahman

Kuliah Maghrib Masjid Mukim Chekok 9 April 2010

Dr. Abdul Basit Abdul Rahman - Fitnah Akhir Zaman 


13 years 3 months ago
1237 MP3 Kuliah Tasawwur Islam- Dr Haron Din

TAJUK : KULIAH TASAWWUR ISLAM - PERIHAL HARI KIAMAT
TARIKH : 2hb Julai 2010
MASA : Selepas Maghrib
TEMPAT : Masjid Negeri, Shah Alam


13 years 4 months ago
1238 E-book Syeikh Muhammad bin ‘Abd. al-Wahhab: Tokoh Yang Dizalimi

Syeikh Muhammad bin ‘Abd. al-Wahhab: Tokoh Yang Dizalimi.

Karangan : Sheikh Mas’ud al-Nadwi

Terjemahan : Mohd Amin Yaacob

Kandungan

Pendahuluan

Kata Aluan Dr Taqi al-Din al-Hilali

Kata Aluan Dr ‘Abd. al-‘Alim al-Bastawi

Kata Pengantar al-Syeikh Mas’ud al-Nadwi


13 years 4 months ago
1239 [Fokus] Tragedi Hari Khamis? Syiah Menggambarkan Umar Itu Begitu Keji

Berikut ini petikan dari buku Tsumah Tadaitu (Akhirnya ku temui kebenara) karya Tijani Samawi yang terkenal. Dalam buku ini Tijani Samawi menceritakan perjalanan hidupnya dalam mencari kebenaran. Bermula dari sebagai seorang sufi, kemudian menjadi salafi wahabi dan konon akhirnya beliau menemui kebenaran di dalam Syiah Imamiyah.

Petikan berikut ini ialah ketika beliau menceritakan bagaimana buruknya perangai dan akhlak sahabat Nabi s.a.w. terhadap baginda s.a.w. Serangan yang cukup dahsyat dilancarkan terhadap mereka terutamanya diri peribadi Saidina Umar r.a.

Untuk mengetahuinya, anda baca sendiri tulisan dari orang Syiah Imamiyah sendiri. Dan dengan putarbelit penulisan yang dilakukan, anda sendiri mungkin akan menjadi ragu-ragu terhadap diri peribadi para sahabatnya, terutama saidina Umar r.a. Lebih-lebih lagi rujukan yang digunakan adalah berdasarkan kitab hadis Ahlus Sunnah sendiri, antaranya ialah kitab kedua paling sahih iaitu Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim.

[NOTE] Anda dinasihatkan agar bertanya dengan orang yang pakar dalam bidang Syiah jika terdapat kemuyskilan selepas membaca artikel berikut.


---Petikan Buku AKhirnya Kutemui Kebenaran--

II. Tragedi Hari Khamis Dan Sahabat

Ringkasan cerita adalah seperti berikut:

Para sahabat sedang berhimpun di rumah Rasul SAWA tiga hari sebelum hari wafatnya. Rasul memerintahkan mereka untuk mengambil kertas dan dakwat agar dituliskan kepada mereka suatu wasiat yang akan memelihara mereka dari kesesatan. Namun para sahabat berselisih. Sebahagian mereka enggan mematuhinya dan menuduhnya telah meracau sehingga baginda marah dan mengusir mereka dari rumahnya tanpa menuliskan apa-apa. Perinciannya sebagai berikut:

Ibnu Abbas berkata:"Hari Khamis, oh Hari Khamis. Waktu Rasul merintih kesakitan, beliau berkata,'mari aku tuliskan untuk kalian suatu pesanan agar kalian kelak tidak akan tersesat.' Umar berkata bahawa Nabi sudah terlalu sakit sementara al-Qur'an ada di sisi kalian. Cukuplah bagi kita Kitab Allah. Orang yang berada di rumah berselisih dan bertengkar. Ada yang mengatakan berikan kepada Nabi kertas agar dituliskannya suatu pesanan di mana kalian tidak akan tersesat setelahnya. Ada sebahagian lain berpendapat seperti pendapat Umar. Ketika pertengkaran di sisi Nabi semakin hangat dan riuh Nabi pun lalu berkata,"Pergilah kalian dari sisiku". Ibnu Abbas berkata:"Tragedi yang paling menyayat hati Rasullullah SAWA adalah larangan serta pertengkaran mereka di hadapan Rasul yang ingin menuliskan suatu pesanan untuk mereka." [1]


Kes ini benar-benar berlaku. Para ulama, ahli hadith dan ahli sejarah Syiah dan Sunnah menuliskan riwayat ini di dalam buku-buku mereka. Dan ini harus aku terima lantaran ikrarku dan janji yang telah aku buat. Di sini juga aku berasa hairan di atas sikap yang dilakukan oleh Umar terhadap perintah Nabi SAWA. Perintah apa itu? Perintah yang akan menyelamatkan ummat ini dari kesesatan. Tidak syak lagi bahawa wasiat ini menyirat sesuatu yang baru bagi kalangan kaum Muslimin dan akan menghapuskan segala keraguan-keraguan yang ada dalam diri mereka.


Kita tinggalkan pendapat Syiah yang berkata bahawa Nabi sebenarnya ingin menuliskan nama Ali sebagai khalifahnya lalu Umar lebih cerdik dan segera melarangnya. Ini kerana tafsiran mereka tidak dapat kita terima secara prinsip Tetapi apakah kita mempunyai tafsiran lain yang logik dari peristiwa yang menyakitkan hati ini, sehingga baginda marah dan mengusir mereka dari kamarnya. Bahkan menyebabkan Ibnu Abbas menangis sehingga membasahi tanah, dan dikatakannya sebagai tragedi yang paling besar.


Ahlul Sunnah berkata bahawa Umar merasakan penderitaan Nabi, lalu kasihan dan semata-mata tidak ingin membebankannya. Namun tafsiran serupa ini tidak dapat diterima oleh orang-orang awam, apa lagi orang-orang yang alim. Aku berkali-kali berusaha mencari alasan untuk memaafkan Umar tetapi realiti kejadian enggan menerimanya. Bahkan hatta kalimat "yahjur" (meracau) telah diganti (semoga Allah melindungi kita) dengan kalimat "ghalabahul waja" (kerana terlalu sakit). Kita juga masih tidak akan dapat menemukan alasan apologetik lain atas kata-kata Umar, "Indakum Al-Quran" (di sisi kalian al-Quran) dan "Hasbuna Kitabullah" (cukup bagi kami Kitabullah). Apakah beliau lebih arif tentang al-Quran daripada Nabi yang telah menerimanya, ataukah baginda tidak sedar apa yang diucapkannya? (semoga Allah melindungi kita). Ataukah baginda ingin meniupkan api perpecahan dan pertengkaran dengan perintahnya ini? (Astagfirullah).


Kalau memang tafsiran Ahlul Sunnah ini benar, maka Rasulullah akan tahu niat baik Umar ini dan berterima kasih kepadanya. Bahkan baginda akan lebih mendekatkannya daripada harus marah dan berkata,"Keluar kalian daripadaku".


Aku juga ingin bertanya kenapa mereka ikut perintah Nabi ketika diusirnya keluar dari kamarnya dan tidak berkata bahawa baginda sedang meracau. Sungguh mereka telah berhasil dalam perencanaan mereka untuk menyekat Nabi dari menuliskan suatu wasiat. Itulah kenapa tiada sebab mereka harus terus berada di sana. Bukti bahawa mereka bertengkar di hadapan baginda dan terbahagi kepada dua golongan adalah isi riwayat berkenaan,"Ada yang berkata dekatkan kepada Rasulullah apa yang dimintanya agar dituliskannya untuk kalian pesanan itu, dan ada sebahagian lagi berkata seperti kata-kata Umar, yakni Nabi sedang meracau."

Perkara ini tidak sesederhana seperti yang dibayangkan lantaran ianya berkaitan dengan diri Umar seorang. Kalau memang demikian maka Nabi akan memarahinya dan berdalih bahawa beliau tidak berkata apa-apa mengikut hawa nafsunya, dan beliau tidak meracau di dalam membimbing umat ini. Namun masalahnya lebih serius dari itu dan dilihatnya bahawa Umar bersama sahabat-sahabatnya telah bersepakat sebelum kejadian itu. Kerana itu mereka bertengkar dan berselisih di hadapan baginda sehingga mereka lupa atau pura-pura lupa dengan firman Allah SWT,"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu meninggikan suaramu lebih dari suara Nabi. Dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara yang keras sebagaimana kerasnya (suara) sebahagian kamu terhadap sebahagian yang lain supaya tidak gugur (pahala) amalanmu sedangkan kamu tidak menyedari" (Al-Quran: 49: 2).

Di dalam kes ini mereka telah melampaui dari batasan "meninggikan suara" dan "berkata keras". Mereka telah mengatakan bahawa Nabi telah meracau. (Semoga Allah melindungi kita). Lalu bertengkar ramai dan hiruk-pikuk di hadapannya.

Aku hampir memastikan bahawa kebanyakan yang hadir berpihak pada Umar. Kerana itu maka Rasulullah melihat adalah tidak berguna lagi menuliskan pesanan itu. Baginda juga tahu bahawa mereka sudah tidak menghormatinya dan tidak patuh pada perintah Allah atas haknya sebagai Nabi di mana kaum Muslimin dilarang berkata kasar dan keras di hadapannya. Nah, jika mereka enggan patuh pada perintah Allah, maka apa lagi pada perintah RasulNya SAWA.

Kebijaksanaan Rasul memutuskan untuk tidak menuliskan wasiat itu kerana ia merupakan celaan pada masa hidupnya, maka bagaimana pula nanti selepas wafatnya. Kelak orang-orang yang mencelanya akan berkata bahawa Nabi waktu itu sedang meracau, dan mungkin juga mereka akan meragukan sebahagian hukum yang disyariatkan Nabi pada masa sakitnya itu juga kerana keyakinan mereka akan meracaunya baginda.

Aku memohon ampunan dari Allah dan ucapan seperti itu terhadap Nabi Rasul Allah. Bagaimana aku dapat menyakinkan diriku bahawa Umar bin Khatab tidak bermaksud sungguh-sungguh ketika mengucapkan itu. Padahal sebahagian sahabat yang hadir menangis dalam kejadian ini sehingga air matanya membasahi tanah dan dikatakan sebagai tragedi Hari Khamis.

Aku berkesimpulan untuk menolak setiap alasan yang diajukan untuk menjustifikasikan kejadian itu, dan berusaha juga untuk mengingkarinya secara total agar hati ini dapat tenteram. Tetapi sayangnya semua buku-buku sahih telah meriwayatkannya dan membuktikan kebenarannya.

Aku lebih condong kepada pendapat Syiah di dalam menafsirkan kejadian ini, kerana tafsirannya rasional dan mempunyai bukti yang kuat. Aku masih teringat jawapan Sayyid Muhammad Baqir Sadr ketika aku tanya bagaimana Sayyidina Umar dari segenap sahabat dapat mengerti maksud Nabi yang ingin menjadikan Ali sebagai khalifahnya seperti kalian duga. Bukankah ini adalah bukti kepandaiannya?

Sayyid Sadr menjawab:"Bukan Umar sendiri yang tahu maksud Rasul. Semua yang hadir juga tahu kerana sebelum itu pun Rasul juga pernah berkata kepada mereka,"Aku tinggalkan kepada kalian dua pusaka berat (thaqalain): Kitab Allah dan Itrahku Ahlul Baytku. Jika kalian berpegang teguh pada keduanya maka kalian tidak akan tersesat selama-lamanya". Di waktu sakitnya baginda berkata kepada mereka,"Biar aku tuliskan kepada kalian suatu pesanan di mana kalian tidak akan tersesat selama-lamanya". Semua yang hadir termasuk Umar tahu maksud Nabi yang ingin menegaskan secara tertulis apa yang diucapkannya di Ghadir Khum sebelum itu. Yakni  berpegang teguh pada Kitab Allah dan Itrah Ahlul Baytnya. Dan penghulu Itrah adalah Ali. Jadi seakan-akan Nabi ingin berkata,"Berpeganglah kalian kepada Al-Qur'an dan Ali. Ucapan-ucapan seperti ini pernah dikatakanya juga di berbagai tempat yang lain  seperti yang diungkapkan  oleh berbagai ahli hadith.

Majoriti Quraisy tidak suka dengan Ali kerana beliau adalah yang paling muda, yang pernah menghancurkan pembesar-pembesar mereka dan membunuh pahlawan-pahlawan mereka. Tetapi mereka tidak berani menentang Nabi ke tahap yang pernah berlaku di Perdamaian Hudaibiyyah, atau penentangan keras mereka terhadap Nabi ketika baginda menyembahyangkan jenazah Abdullah bin Ubai, seorang munafik, dan di dalam berbagai kejadian yang telah dicatatkan oleh sejarah. Sikap seperti ini, seperti yang anda lihat penentangan mereka atas penulisan wasiat di saat-saat akhir hayatnya, menimbulkan keberanian kepada yang lain untuk menentang dan bertengkar di hadapan baginda.

Ucapan "al-Qur'an sudah ada di sisi kalian; cukuplah bagi kita Kitab Allah", adalah bantahan yang nyata kepada maksud hadith yang menyuruh mereka berpegang kepada Kitab Allah dan Itrah Ahlul Bayt Nabi. Seakan maksud bantahan itu begini:"Cukup bagi kami Kitab Allah dan tidak perlu kepada Itrah". Selain itu tidak ada penafsiran lain yang dapat diterima, melainkan kalau kita katakan bahawa maksudnya adalah taat pada Allah tanpa perlu taat kepada Rasul. Hal demikian sudah pasti tidak benar dan tidak dapat diterima.

Jika aku buang jauh-jauh rasa taksub buta dan emosi serta berfikir secara rasional dan objektif aku mesti menerima tafsiran seperti ini; adalah lebih mudah untuk menuduh Umar sebagai orang pertama yang menolak Sunnah dengan kata-katanya,"Cukuplah bagi kita Kitab Allah".

Jika sebahagian penguasa menolak Sunnah Nabi kerana alasan ianya kontradiktif, sebenarnya ia hanya mengikut pengalaman sejarah kehidupan kaum Muslimin sebelumnya. Aku juga tidak mengatakan bahawa Umar adalah satu-satunya orang yang bertanggungjawab atas tragedi ini sehingga umat kehilangan bimbingan yang sepatutnya diterimanya. Agar lebih adil harus aku katakan bahawa ada sahabat lain yang bersamanya dan mempunyai pendapat seperti pendapatnya Umar. Mereka menyebelahi Umar di dalam sikapnya yang menentang perintah Nabi SAWA.

Aku hairan kepada mereka yang membaca peristiwa ini lalu menganggapnya ringan yang seakan tidak ada apa-apa makna. Padahal ia adalah tragedi yang paling besar seperti yang diungkapkan oleh Ibnu Abbas. Lebih hairan lagi adalah usaha mereka yang cub menjaga kemuliaan seorang sahabat dan membenarkan perbuatan salahnya dengan mengorbankan kemuliaan Rasulullah dan prinsip-prinsip Islam.

Kenapa kita harus lari dari suatu fakta dan berusaha menguburkannya ketika ianya tidak sejalan dengan kehendak kita? Kenapa kita tidak menerima dan mengakui bahawa sahabat sebenarnya manusia seperti kita juga. Mereka juga mempunyai hawa nafsu, kehendak, dan keinginan serta berlaku benar dan salah. Bagaimanapun rasa hairan ini akhirnya juga hilang ketika aku baca Kitab Allah yang mengisahkan kepada kita kisah-kisah para Nabi AS dan penderitaan yang mereka alami kerana sikap ummatnya yang menentang mereka walaupun setelah mereka saksikan  berbagai mukjizat. Ya Allah, janganlah Engkau palingkan hati kami setelah Engkau berikan Hidayah kepada kami. Kurniakanlah kepada kami dari sisiMu rahmatMu. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.

Aku mulai mengerti latar belakang sikap Syiah terhadap Khalifah Kedua yang dikatakan sebagai orang yang paling bertanggungjawab di atas segala tragedi yang berlaku di dalam kehidupan kaum Muslimin sejak Tragedi Hari Khamis yang telah menyekat penulisan wasiat yang kelak akan menyelamatkan manusia dari kesesatan itu. Hendaklah kita akui bahawa orang yang rasional yang mengetahui kebenaran adalah bukan lantaran seorang tokoh yang memahami sikap Syiah seperti ini. Namun bagi mereka yang tidak tahu kebenaran melainkan kerana tokoh tertentu, maka perbicaraan ini tidak akan bermanfaat bagi mereka.

Nota Kaki

1. Sahih Bukhari J.2; Sahih Muslim J. 5, hlm. 75; Musnad Ahmad bin Hanbal J.1 hlm.355; J.5, hlm. 116; Tarikh Tabari, J. 3, hlm. 193; Tarikh Ibnu Athir, J.2, hlm. 320.


13 years 4 months ago
1240 Hadith Dhaif Dalam Buku Imam-Imam Hadith?...Bahagian 3

Alhamdulillah bertemu kembali dalam siri penulisan yang saya namakan ‘Hadith dhaif dalam buku imam-imam hadith?’. Tulisan ini cuba untuk memberikan penjelasan sekadar termampu tentang keadaan atau situasi yang sering ditemui oleh penuntut ilmu hadith iaitu – kewujudan hadith-hadith dhaif dalam buku-buku yang ditulis oleh pakar atau imam hadith terdahulu. Keadaan sebegini jika tidak difahami dengan teliti mungkin akan menimbulkan salah faham dan menjejaskan hasil kajian penuntut ilmu hadith pada masa ini.

 


13 years 4 months ago
1241 [Fokus] Tragedi Hari Khamis?

Anda tahukah apa itu tragedi atau peristiwa hari Khamis itu?

Ia adalah sebuah peristiwa yang digunakan oleh musuh Islam sebagai senjata untuk cuba menghancurkan Islam. Sebuah peristiwa yang dianggap tragedi oleh mereka ini, dan apabila anda membaca kisahnya dari tangan mereka para musuh Islam ini, akan menyebabkan anda begitu terkejut sekali. Tidak percaya kerana ia menggambarkan betapa jahat dan kejinya para sahabat Rasulullah s.a.w. yang mengelilingi dan akrab dengan baginda s.a.w.

Islam telah cuba di cemarkan dan dihancurkan dengan cara menghancurkan imej para pembawa pertama obor Islam, iaitu para sahabatnya. Di mana al-Quran yang ada di tangan kita telah kita perolehi melalui jalur mereka. Begitu juga hadis bagnda s.a.w.


13 years 4 months ago
1242 [DOWNLOAD] MP3 Pengajian Sahih al-Bukhari Sessi Feb Mac Apr May 2010

Pengajian Sahih al-Bukhari oleh Maulana Mohd Asri Yusoff untuk Sessi Mac, April & May 2010. Perbahasan di sekitar bab haidh dan istihadhah.

 


13 years 4 months ago
1243 Awas ancaman serius talasemia

APA sebenarnya talasemia? Sering kali kita mendengar perkataan itu disebut, namun adakah kita faham apa sebenarnya penyakit itu?

Perunding Hematologi Hospital Pakar Ampang Puteri, Dr. Goh Kim Yen berkata, talasemia adalah penyakit keturunan yang berlaku pada sel darah merah.

“Ia merupakan keadaan yang diwariskan oleh ibu bapa kepada anak. Ini berlaku akibat kecacatan gen yang menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal,” katanya.


13 years 4 months ago
1244 Fatwa Berkenaan Dengan Kursus ESQ LEADERSHIP TRAINING Dan Fahaman Yang Seumpama Dengannya

Fatwa yang diwartakan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan: Fatwa Berkenaan Dengan Kursus ESQ LEADERSHIP TRAINING Dan Fahaman Yang Seumpama Dengannya. Ia dipetik dari laman web rasmi Pejabat Mufti WP.
Petikan:
"..ajaran, pegangan dan fahaman yang dibawa oleh ESQ Leadership Training anjuran Ary Ginanjar Agustin dan apa-apa ajaran yang seumpama dengannya adalah menyeleweng daripada ajaran Islam kerana mengandungi ajaran-ajaran yang boleh merosakkan akidah dan syariah Islam..."


13 years 4 months ago
1245 Kedudukan Adab di dalam Islam

+ Rasulullah s.a.w pernah berpesan kepada sebahagian para Sahabatnya : Sesungguhnya kamu bertemu dengan saudara-saudaramu sekalian , maka percantikkanlah pakaian kamu,perbaikilah tunganggan kamu, sehingga kamu itu seolah-olah tahi lalat di kalangan manusia, Sesungguhnya Allah tidak menyukai ketidaksopanan dan kurang adab [ berkata Syeikh Abdul Fattah :Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Al-Imam Ahmad dan Al-Hakim dalam 'Mustadrak' daripada hadith Sahl bin Al-hanzaliah r.a]

 


13 years 4 months ago