Displaying 1171 - 1185 of 1659
1171 [Video] Syarah Sahih Muslim: Bab I'tikaf

Petikan dari syarah Sahih Muslim oleh Maulana Mohd Asri Yusoff. Bab I'tikaf:
1. Apakah Tujuan dan Pengajarannya

2. Hukum Beri'tikaf dan Apakah Disyaratkan Berpuasa Terlebih Dahulu?

3. Mestilah Di Masjid & Bolehkah Di Tempat lain?

4. Di Masjid Mana? Semua masjid? Masjid jamik sahaja? Atau di 3 masjid sahaja (Masjidil haram/Masjid Nabawi/Masjid al-Aqsa)

5. Had Masa Beri'tikaf? Dirikan Khemah Di Dalam Masjid?


    13 years 2 months ago
    1172 [Video] Imam al-Bukhari, al-Syafi'i, Abu Hanifah dll Berpendapat Non Muslim Boleh Masuk Masjid

    Kesimpulan mazhab masalah bolehkah non Muslim masuk ke masjid selain dari Masjidil Haram?:
    Imam Malik dan Muzani: Tidak boleh samasekali
    Imam al-Bukhari, Abu Hanifah, al-Syaf'i dan lain-lain: Dibenarkan dengan perincian masing-masing mazhab.


    13 years 2 months ago
    1173 Dr. DANIAL ZA: ISU NON MUSLIM MASUK MASJID

    Dr Danial Zainal Abidin mengulas isu non Muslim masuk ke sebuah masjid di selangor. Sebahagian tokoh parti politik mengecam tindakan non muslim itu. Apakah benar non muslim dilarang memasuki masjid atau tempat solat atas alasan tertentu?


    13 years 2 months ago
    1174 Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid

    Keputusan:
    Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.


    13 years 2 months ago
    1175 [Video] Kenali Organisasi Muhammadiyah

    Perjalanan Persyarikatan Muhammadiyah, sebuah gerakan Islam, Dakwah amar makruf nahi Munkar dan tajdid, bersumber pada Al Quran dan As Sunnah serta berasas Islam. Maksud dan tujuan Persyarikatan ialah menegakkan dan menjunjung tinggi agama Islam sehingga terwujud masyarakat Islam yang sebenar-benarnya.


    13 years 2 months ago
    1176 Lailatul Qadar: Bila Waktu Berlakunya

    Bilakah berlakunya Lailatul Qadar. Terdapat pelbagai pendapat mengenainya. Mana satu..?


    13 years 2 months ago
    1177 Malam Lailatul Qadar: Apakah Maksudnya?

    Pelbagai pendapat ulama mengenai maksud sebenar malam Lailatul Qadar. Antaranya ialah bermaksud malam penentuan anatara iman dan kufur. Di mana petunjuk untuk menentukannya ialah al-Quran. Ada juga yang berpendapat ia bermaksud malam menentukan nasib manusia.


    13 years 2 months ago
    1178 [Mesti Beli] Buku Ramadhan dan Rasulullah s.a.w.

    Buku ini merupakan himpunan ringkas beberapa nasihat dan pengajaran daripada hadith-hadith Rasulullah s.a.w. tentang puasa.

    Untuk sesiapa yang berminat, boleh hantar pesanan berserta nama dan alamat ke e mail - alitantawi@yahoo.com atau boleh juga hantar ke fb ni dalam bentuk mesej.

    Tebal: 48 m/s.
    Harga: RM5 (termasuk kos penghantaran)


    13 years 2 months ago
    1179 Reformasi Radikal dan Tariq Ramadan

    Dr Ahmad Farouk Musa
    Di terjemahkan daripada artikel asal “Radical Reform and Tariq Ramadan” oleh Edry Faizal Eddy Yusof, Fellow Penyelidikan, Islamic Renaissance Front.

    Mungkin apa yang jelas di dalam minda setiap Muslim yang berfikir dan bersifat rasional adalah cabaran yang dihadapi umat Islam dewasa ini, bukanlah semata-mata dalam merumuskan kembali prinsip-prinsip demokrasi dalam ungkapan yang berbentuk Islami, tetapi juga cabaran dalam memperbaharui dan menyesuaikan etika serta pengamatan perundangan Islam dengan amalan demokrasi.

     


    13 years 2 months ago
    1180 Hamka - Puasa Ramadhan

    Kuliah tentang puasa Ramadhan oleh Prof Dr Hamka.


    13 years 2 months ago
    1181 Rahsia Tamar

    Buah kurma atau dalam bahasa Arab menggelarnya tamar tergolong dalam keluarga phoenix. Sekumpulan jenis palm seperti kelapa sawit sementara buahnya bertangkai seperti buah pinang. Kurma mengandungi khasiat pemakanan yang tinggi seperti kismis dan aprikot kering. Antaranya kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat mineral atau galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.


    13 years 2 months ago
    1182 Radical reform and Tariq Ramadan

    Dr Ahmad Farouk Musa   

    What is perhaps clear to the perceptive minds of many rational thinking Muslims is that the challenge facing Muslims currently is not merely one of reformulating democratic principles in an Islamic idiom, but also of reforming and adapting Islam’s ethical and legal percept to the practice of democracy.

    About a century ago, prospects appeared fairly hopeful that Islam would find a way to devise a system between faith and modernity.


    13 years 2 months ago
    1183 Nikah Khitbah satu Alternatif

    Oleh: Nasrudin Hassan at Tantawi

    Permudahkan Nikah Cegah Penzinaan

    1. Sedang pelbagai pihak seperti buntu mencari penyelesaian kepada barah sosial yang menjurus kepada pergaulan dan seks bebas [ zina ] serta rogol dan buang bayi berleluasa pada hari ini , Dewan Pemuda PAS menyarankan satu program atau projek besar iaitu " Taysir az Ziwaj " dilaksanakan , khasnya oleh pihak berwajib.

    2. Taysir Az Ziwaj ialah " Permudahkan Proses Perkahwinan " terutama kepada anak - anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan .


    13 years 2 months ago
    1184 Tayamum Tak Semestinya Dengan Debu Tanah : Yang Sependapat Dengan al-Bukhari

    Imam al-Bukhari berpendapat bahawa "sho'idan thaiyiban" bermakna bumi. Sedangkan sebahagian ulama seperti imam al-Syafi'i berpendapat ia bermakna debu bersih yang tanah yang boleh menumbuhkan tanaman. Jadi oleh kerana al-Bukhari memaknakannya sebagai bumi maka boleh bertayamum dengan debu tanah dan juga dengan selain dari debu tanah seperti pokok, rumput dan selainnya yang tumbuh di bumi. Juga termasuk yang turun ke bumi seperti salji.


    13 years 2 months ago
    1185 Ramadhan: Apakah Boleh Solat Witir 3 Rakaat Satu Salam?

    Kebiasaan yang dilihat ataupun yang dilakukan oleh kia ialah melakukan solat Witir 3 rakaat dengan dua salam. iaitu 2 rakaat dan satu rakaat. Panel Feqh al-ahkam.net pernah ditanya tentang solat Witir 3 rakaat 1 salam. Bolehkah? Atau bagaimana?


    13 years 2 months ago