Displaying 1276 - 1290 of 1659
1276 Ahlus Sunnah Wal Jamaah vs Wahdatul Wujud

Oleh zain-ys

Petikan dari buku Ahli Sunnah dan Wujudiah-Batiniah (Mengenai Ajaran salah) susunan Dr Abd Fatah Haron Ibrahim, terbitan JAKIM:

Wahdat al-Wujud daripada Upanishad

Sejarah menunjukkan bahawa Wahdat al-Wujud mula lahir di India. Ini boleh dibuktikan dengan apa yang terkandung dalam Upanishad yang tertulis di antara 9 hingga 6 abad sebelum Masehi. Maka teori Wahdat al-Wujud berasal daripada Hindu. Daripada India ia menular ke Greek dan merebak ke Iskandariah, digelar aliran Neoplatonism dalam abad 3 Masihi, kemudian daripada sini menyusup masuk ke dalam tasawuf dipelopori oleh al-Hallaj (dan kemuncaknya ialah ibn `Arabi). Berikut ialah beberapa petikan daripada Upanishad:

"Sesungguhnya pada permulaan dunia ini ialah Brahma, Maha Tunggal - tanpa batas ke timur, tanpa batas ke selatan, tanpa batas ke barat, tanpa batas ke mana arah sekalipun. Memanglah bahawa baginya timur dan arah-arah lain tiada berwujud, melentang pun tidak, di bawah pun tidak, di atas pun tidak."


13 years 4 months ago
1277 Sebelum Membaca Buku Hadith...Bahagian 3

Sebelum membaca mana-mana buku hadith atau buku berkaitan kajian hadith, kita perlu mengetahui bahawa buku-buku ini ditulis pada asalnya di dalam Bahasa Arab. Ini  bermakna kita perlu menerima dua hakikat penting :

Pertama: ia ditulis oleh penulis asalnya di dalam Bahasa Arab dan hanya dengan memahami bahasa asal penulis kita dapat memahami atau hampir dapat memahami apa yang diingini oleh beliau.

Kedua: apabila ia cuba diterjemah, sudah pasti ia tidak akan dapat menghuraikan seratus peratus apa yang ditulis di dalam bahasa asalnya. Ini mendedahkan kita kepada satu perkara penting dalam bidang terjemahan….

Izinkan saya untuk memetik apa yang pernah saya tulis di dalam blog alitantawi.blogspot.com tidak lama dahulu:


13 years 5 months ago
1278 Dialog Antara Agama- Dr Maszlee di Durham, U.K.

Beberapa bulan yang lalu ketika saya masih menjawat jawatan presiden Durham University Islamic Society merangkap wakil Durham Muslim Community, saya telah diminta oleh rakan-rakan untuk memohon ruang solat di salah sebuah tapak di dalam universiti. Seperti  kebiasaannya, pihak universiti bersikap positif. Hanya selepas satu mesyuarat bersama pihak pentadbir sahaja kami telah berjaya mendapatkan apa yang dimohon. Antara yang begitu pro-aktif tampil memberikan ruang untuk tujuan tersebut ialah pihak chapel (gereja kecil) dari kolej-kolej di dalam universiti.


13 years 5 months ago
1279 Revisiting Sayyid Qutb's Milestones

DR AHMAD FAROUK MUSA

“Mankind today is on the brink of a precipice, not because of the danger of complete annihilation which is hanging over its head – this being just a symptom and not a real disease – but because humanity is devoid of those vital values which are necessary not only for its healthy development but also for its real progress”.

These are the first few words written by Sayyid Qutb in his last book Ma’ālim fi at Tarīq (Milestones), the book that is believed by many biographers of Sayyid Qutb to be the main reason why he was sentenced to death.


13 years 5 months ago
1280 [Fokus] Kasturi - Penjelasan Lengkap Oleh Maulana Mohd Asri 3/3

Maulana Mohd Asri dalam kuliah Sahih al-Bukhari ketika mensyarahkan hadis memperincikan tentang kasturi, hakikat dan khasiatnya. Juga sedikit hukum-hakam yang berkaitan dengannya.


13 years 5 months ago
1281 Sebelum Membaca Buku Hadith...Bahagian 2

Perkara kedua yang amat perlu dilakukan sebelum membaca atau menggunakan sebarang buku rujukan dalam bidang hadith ialah – mengenali tujuan buku tersebut ditulis. Atau dalam erti kata lain kita mengetahui apakah yang berlaku sehingga menyebabkan seseorang ulama hadith itu berazam untuk menulis sesebuah buku dan apakah tujuan dan matlamat beliau menyusun buku tersebut.


13 years 5 months ago
1282 Khutbah: Palestin Memanggil Kamu Pulang Kepada Islam

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Sekali lagi, umat Islam sedunia dihidangkan dengan pusingan seterusnya kekejaman regim Zionis ke atas umat Islam dan manusia di bumi Palestin. Kekejaman yang melampaui batas fikiran manusia, yang tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengiyakan apa yang diamarankan oleh al-Quran, tentang fasad besar-besaran pusingan kedua yang dicetuskan oleh kaum Yahudi ini.


13 years 5 months ago
1283 Sebelum Membaca Buku Hadith...Bahagian 1

Di samping membaca buku-buku yang dikarang dalam bidang ilmu hadith – sama ada buku berkaitan teks hadith, huraiannya, ilmu kajian hadith dan sebagainya – kita sebenarnya amat perlu mengetahui beberapa perkara asas sebelum kita membaca buku tersebut. Semoga maklumat ringkas yang ingin dikongsi di sini menjadi panduan berguna untuk diri saya dan anda semua yang meminati bidang yang mulia ini.


13 years 5 months ago
1284 [Fokus] Kasturi - Kijang Jantan / Rusa Kesturi 2/3

Oleh: zain-ys

Melalui beberapa sumber mari kita berkenalan dengan lebih dekat lagi kijang jantan yang menghasilkan kasturi atau juga dipanggil dengan rusa kesturi/kasturi. Kita akan sertakan gambar-gambarnya serta beberapa klip video kijang jantan ini.


13 years 5 months ago
1285 Hadith Kelebihan Membaca Surah : Yaasin dan al-Waaqi'ah

Kita semua sudah sedia maklum bahawa membaca mana-mana ayat atau surah di dalam Al-Quran sudah pasti akan membawa ganjaran pahala daripada Allah SWT. Begitu juga sebahagian besar kita sudah mengetahui bahawa terdapat beberapa ayat dan surah tertentu yang disebutkan ganjaran membacanya secara khusus.


13 years 5 months ago
1286 Keluarkan Yahudi Dari Semenanjung Arab

Kisah Nabi s.a.w. diracun merupakan lambang kejahatan, kedegilan dan kelicikan Yahudi. Sehingga Baginda s.a.w. berpesan, keluarkan Yahudi dari semenanjung Arab..
Penjelasan oleh Maulana Mohd Asri Yusoff.


13 years 5 months ago
1287 Hukum Menanam Pokok Krismas

Soal: Menanam pokok hiasan ( pokok krismas ) adalah salah disisi agama ? nyatakan sebab-sebabnya.

Jawab: Menanam pokok hiasan seperti pohon ru sempena hari krismas atau tidak, tidak ada di sebut di dalam Al-Quran mahupun sunnah Nabi s.a.w dan juga sirah Rasul. Dan pohon Ru juga tidaklah melambangkan krismas yang dirayakan oleh orang-orang kristian.


13 years 5 months ago
1288 Dua Buku Tulisan Wardina Dianggap Berkualiti

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Dua buku tulisan pelakon dan pengacara televisyen Wardina Safiyyah Fadullah Wilmot yang dianggap sangat berkualiti untuk dibaca oleh keluarga dilancarkan pada Jumaat.

Buku berjudul "Mama, saya lapar" dan "Siapa Aliens" yang masing-masing berharga RM19.90 dan RM19 kini berada di pasaran di seluruh Malaysia.


13 years 5 months ago
1289 [Fokus] Kasturi - Kenali Asal-Usul dan Khasiatnya Bhg 1/3

Oleh zain-ys

Dari 'Aisyah r.a, "Seorang wanita bertanya kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam tentang cara mandi dari haid. Beliau lalu memerintahkan wanita itu bagaimana cara mandi. Beliau bersabda: "Ambillah sepotong kapas yang diberi kasturi lalu bersucilah." Wanita itu bertanya, "Bagaimana aku bersucinya? Beliau menjawab: "Bersucilah dengan kapas itu!" Wanita itu berkata lagi, "Bagaimana caranya aku bersuci?" Beliau bersabda: "Bersucilah dengan menggunakan kapas itu!" Wanita itu bertanya lagi, "Bagaimana caranya?" Maka Beliau berkata, "Subhaanallah. Bersucilah kamu!" Lalu aku menarik wanita itu kearahku, lalu aku katakan, "Kamu bersihkan sisa darahnya dengan kapas itu." (HR al-Bukhari)


13 years 5 months ago
1290 MP3 Dua setengah tahun :Pemerintahan Umar Abdul Aziz:Apa yang boleh..... -Dr Zulkifli al Bakri
Penceramah : Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Tempat : Auditorium Blok B1 Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Tarikh : 27 Mei 2010


Download CERAMAH di http://www.mediafire.com/?mzq3zfmkmwy

Download SOAL JAWAB di http://www.mediafire.com/?memed0irw5r

Kredit www.kulliyyah.blogspot.com


13 years 5 months ago