Pelbagai Soaljawab dan masalah Islam

  • :salam

    Sesetengah negara spt. Jordan, Iran dan Pakistan membenarkan konsep "honour killings", iaitu seorang yang dituduh melakukan zina akan dibunuh oleh keluarga mereka sendiri, kononnya untuk "menebus malu". Apakah pandangan AhluS Sunnah Wal Jamaat mengenai perkara ini?

    :wassalam

  • :salam
    Saya teringin nak tahu bagaimana proses-proses fatwa, pihak2 terlibat, cara2 fatwa digezetkan dsb di Malaysia ni. Saya hairan selama saya boleh membaca ni, belum pernah lagi saya dapat surat atau fatwa dari majlis fatwa tentang apa2 fatwa yg sudah dikeluarkan. Ini kerana saya pernah mendengar, fatwa haram merokok sudah dikeluarkan oleh majlis fatwa tapi kenapa berita ini tak sampai kepada saya (contoh)?

  • Assalamualaikum WBT

  • :salam
    Ana ada sedikit kemusykilan...(style VHoutenJR)

    Apakah hikmah tumbuhnya bulu di badan seperti di kemaluan, badan, dan ketiak :eww?

    :wassalam

  • :salam
    Perkataan zuntiqam dalam Quran diterjemahkan kpd. balasan.Tapi kalau lihat pada kamus, intiqam ertinya dendam.mengapa terjadi demikian.Saya rasa inilah sebabnya orang islam selalu keliru bila dikatakan Allah bersifat dendam,samseng dan sebagainya.

  • :salam

    Ana dah cuba cari dlm web ni kalau2 soalan ana ni dah ditanya! Namun, tak ditemui. Begini soalannya: Kawan memang senang dicari lebih2 lagi dlm dunia menuntut ilmu. Ana ada berkenalan dengan seorang kawan (lelaki) baru2 ni. Dalam tempoh yg singkat ana dpt rasakan ada sesuatu yg ganjil berkenaan dgn dia ni, setelah lama ana perhatikan dan siasat, rupa2nya dia ni adalah seorang yg suka kaum sejenis! ana agak terkejut! jadi ana memutuskan utk memutuskan tali perkawanan antara ana & dia sebab takut sesuatu yg tak diingini berlaku.

  • a/kum

    saya selalu membaca buku-buku dan pengamal perubatan tradisional yg mendakwa Nabi Alis a.s. sbg penjaga tumbuh-tumbuhan. Jadi apabila hendak diambil daun, akar, dan bahagian tumbuh-tumbuhan utk tujuan perubatan tradisional maka perlu di beri salam dan meminta kebenaran beliau.

    Sejauh manakah dakwaan ini benar?

  • assalamualaikum,
    bagaimanakah boleh dikatakan seseorang itu tidak mensyukuri nikmat yg diberikan oleh Allah?

  • assalamualaikum..,
    Membunuh semut yang tidak membahayakan (spt semut hitam yang makan gula). Oleh kerana terlalu banyak sehingga bertelur atau bersarang di dalam kawasan rumah. Apa hukumnya membunuhnya dengan niat untuk kebersihan. Harap dapat penjelasan daripada saudara. Wassalam

  • assalamualaikum..,

    Bagaimanakah caranya untuk meminta maaf kepada orang yang kita buat salah dahulu di mana kita tidak tahu di mana dia berada. Sebab kesalahan sesama manusia adalah dengan cara meminta maaf daripada mereka. wassalam