SJ - 2972: [G] Darurat kah ini??

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2972: [G] Darurat kah ini??

Assalamualaikum WBT
Seorang ibu yang mengidap penyakit diabetes telah mengandungkan anak yang ke-3. Semasa kandunganya lebih kurang 6 bulan maka kakinya telah mengalami luka dan mendapat jangkitan kuman hingga membawa kepada masuk ward di hospital, saban hari kakinya semakin teruk, dan suatu hari didapati anak dalam kandungannya telah meninggal dunia di dalam perut ibu. Maka anak yang mati itu dikeluarkan dari perut ibu mengikut jalan normal dengan diberi suntikan. Kemudian anak itu dimandikan dan di sembahyangkan seperti biasa dan di kebumikan di tanah perkuburan Islam. Kaki ibu tadi semakin teruk dan doktor decided untuk memotong satu dari jari kakinya. Setelah di potong maka Ibu tadi masih dirawat di hospital sampai sekarang, sudah lebih dari dua bulan. Ibu tadi masih berhadas besar kerana tidak mandi wajib sejak melahirkan anak 2 bulan lalu. Soalannya:
1) Bagaimanakah ibu tadi hendak mandi wajib dalam keadaan balutan kakinya tidak boleh dibuka? FYI, dia mandi harian dengan meletakkan plastik dekat balutan kakinya.
2) Bolehkah ditayamun?
3) Dia tidak menyegerjakan solat 5 (lima) waktu lebih dari 2 bulan, adakah wajib ganti?
4)Adakah anak yang mati itu perlu di solatkan? Kerana ibu tadi pernah mengalami keguguran sebelum ini, tetapi umur anak dlm kandugan masa itu baru 3 bulan dan ianya tidak di solatkan. Hanya di tanam di tanah perkuburan.
Wassalam :confused:

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: Darurat kah ini??

:salam

Maaf krn lewat menjawab persoalan yg memerlukan kpd jawapan yg cepat. Sebenarnya jawapan perihal berwudhu/mandi janabah dalam keadaan memakai jabirah(pembalut) sudah ada dalam arkib. Namun saya akan jawab juga utk kemudahan bersama.

Soalan 1

Balutan kaki ini dipanggil jabirah. Berdasarkan kpd penerangan sdr mengenai situasi ibu tersebut, tidaklah gugur kewajipan utk mandi wajib itu. Caranya mandi seperti biasa ttp pada jabirah tersebut memadai disapu dgn air. Sama juga dgn kes berwudhu'. Namun wudhu' akan batal sekiranya jabirah tersebut dicabut.

soalan 2
tidak boleh bertayamum krn ibu tersebut boleh mandi spt biasa(sepertimana yg diterangkan oleh sdr sendiri)

soalan 3
SJ-2187: tiada qada dalam ibadah

soalan 4

Bayi yg gugur seblm 4 bulan tidaklah perlu dimandi dan disolatkan. Memadai dibalut dgn secebis kain dan ditanam. Demikianlah pendapat fuqaha' tanpa pertikaian.

Jika lebih 4 bulan dan mempunyai tanda2 hidup, maka ulama' sepakat mengatakan wajib dimandi dan disolatkan. Sekiranya tidak mempunyai tanda2 hidup, terdapat perselisihan pendpt dikalangan ulama' iaitu:

Hanafi, Maliki, Al-Awza'i = tidak perlu disolatkan
Ahmad, Sa'id, Ibn Sirin, ishak = perlu disolatkan

Kedua2nya berpegang kpd dalil hadis yg sama iaitu:
Dari Jabir ra bahawa Rasulullah saw bersabda, "Jika bayi yg gugur itu mempunyai tanda2 hidup hendaklah disolatkan dan ia berhak mendapat warisan."[HR At-Tirmidzi, Ibn Majah, Al-Baihaqi dan An-Nasa'i]

Golongan kedua juga memegang kpd kata2 Raulullah saw bahawa ditiupkan roh ke dalam tubuh bayi ketika berumur 4 bulan. WA.

:wassalam

Rujukan

Fatwa Mutakhir(Fatawa Muasirah)
oleh Dr yusuf qaradawi

Himpunan Isu2 Feqah Terpilih
Ust BAsri Ibrahim

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 2972: [G] Darurat kah ini??

:wassalam
Tahqeeq:
LULUS