Pelbagai Soaljawab dan masalah Islam

  • Assalamualaikum WR WB

    Saya ingin minta bantuan ahli panel Al-Hakam.
    ::?:

    "Seorang ibu meminjamkan wang kepada seorang anaknya, dengan persetujuan tiap-tiap bulan si anak membayar dengan jumlah yang telah ditetapkan."

    1) Apakah wang pinjaman tersebut menjadi harta pusaka setelah si ibu meninggal?

    2) Bagaimana jika si ibu tersebut menghadiahkan wang itu sebelum meninggal? Bolehkah beliau berbuat demikian sebelum berbincang dengan anak-anak yang lain?

    Wassalaam.

  • :salam

    Saya nak tanya asal cerita batu tergantung tu.

    Yang saya dapat:
    Sewaktu peristiwa isra' mikraj, ketika RAsulullah saw nak berangkat ke langit menaiki buraq, batu tempat rasulullah pijak tu nak ikut sekali. Rasulullah kata tak boleh. Batu tu nak ikut juga. Tapi RAsulullah tak bagi. Akhirnya batu tu berhenti dari mengikuti Rasulullah dan tak mahu turun ke bawah. Maka, tergantunglah ia hingga sekarang.

  • Assalamualaikum
    Ada sedikit kekeliruan.. boleh tak kawan2 tolong jelaskan hukum memakai contact lens berwarna
    Syukran

  • assalamualaikum kepada semua antum!

    saya yang jahil ini ingin bertanya; apabila kita membaca Al-Qur'an surah
    Al hujuraat ayat pertama & Al Hadiid ayat 16 kita akn mengetahui perintah Allah seterusnya kita membaca surah Al Insaan ayat 8 hingga 10 tetapi kita amalkan sebaliknya dengan itu saya ingin mengetahui hukumnya dalam perkara ini. maaf! saya tidak pandai berbahas arab, nahu juga sebab nuzul ayat ayat ini.
    setiap perkataan, perbuatan dan amalan kita akan diperlihatkan semuanya dialam akhirat kelak. :wassalam

  • Salam,

    Saya ada beberapa persoalan, ringkas sahaja;

    1- Buku-buku fiqh sirah seperti karya Dr Said Ramadhan al Buti, adakah secara umum dipersetujui,atau ada sanggahan dari tokoh lain yang credible? Contohnya seperti waktu keluar hijrah Rasulullah bersama Abu Bakar. Ada yang kata siang,ada yang kata malam. Ada yang kata cerita Ali ganti tempat tidur Rasulullah itu adalah riwayat orang yang pro Syiah dsb.

    2- Adakah sesuatu yang sihat, buku-buku sirah ditiadakan nota kaki, untuk memudahkan pembacaan? Dengan kata lain, cerita ini sumber sekian-sekian,ditiadakan.

  • Aslmkm,
    Saya adalah seorang hamba Allah yang masih dalam perjalanan menuju dan mencari redha Allah. Namun perjalanan saya menjadi kabur sekarang. Begini, saya sering mengikuti usaha yang dibuat oleh 'Jemaah Tabligh' walaupun sebenarnya tiada nama bagi usaha ini. Saya membuat amalan makami iaitu di kampung tempat saya tinggal dan keluar untuk 3, 40 h dan 4bln lama dah tak keluar, namun saya akan berazam untuk keluar secepat mungkin.

  • Dibimbangi umat Islam terminum air holy water..Jika terminum apa hukumnnya dan perbahasan berkaitaannya,terutama apabila air tersebut memberi kesan seperti tidak boleh mengucap dan lain2...Syukran

  • a`kum,

    soalan sy adakah sabit hadis hubbul watan minal iman. apakah bahasan muhaddithin ttg kalam ini?

  • Assalamualaikum,
    saya ingin bertanya pendapat dan pandangan anda tentang isu peranan dan tanggungjawab muslim kepada tanah air.

    tq

  • Assalamua'laikum syeikh-syeikh sekalian

    Saya ingin bertanya:

    Apakah pandangan agama terhadap pendapat yang menyatakan telah wujud manusia sebelum Nabi Adam?

    Pendapat itu adalah daripada buku ini:
    "dari buku keluaran dewan bahasa dan pustaka yang bertajuk 'surat anbiyak'