SJ-13-0138 : Kredibiliti buku2 Sirah & sumber ambilan ce

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0138 : Kredibiliti buku2 Sirah & sumber ambilan ce

Salam,

Saya ada beberapa persoalan, ringkas sahaja;

1- Buku-buku fiqh sirah seperti karya Dr Said Ramadhan al Buti, adakah secara umum dipersetujui,atau ada sanggahan dari tokoh lain yang credible? Contohnya seperti waktu keluar hijrah Rasulullah bersama Abu Bakar. Ada yang kata siang,ada yang kata malam. Ada yang kata cerita Ali ganti tempat tidur Rasulullah itu adalah riwayat orang yang pro Syiah dsb.

2- Adakah sesuatu yang sihat, buku-buku sirah ditiadakan nota kaki, untuk memudahkan pembacaan? Dengan kata lain, cerita ini sumber sekian-sekian,ditiadakan.

3- Bagaimana kisah sirah Rasulullah dibukukan, adakah sumber sejarahwan, atau sumbangan ahli hadith. Atau sumber sejarahwan dan ditahqiq oleh ahul hadith.

wslm.

SJ-13-0138 : Kredibiliti buku2 Sirah & sumber ambilan ce

:wassalam

alJawab:

1. Kitab alBooti ditahqiq oleh al-Albani. apakah RasuluLlah saw hijrah siang atau malam, dari rumah beliau atau rumah abu bakar itu tidaklah menjadi masalah. yang pasti berlaku hijrah, dan semua sahabat awal berperanan membantu proses hijrah itu. masa tu belum ada isu syi'ah-sunni.

2. buku2 seerah yang tiada nota kaki, maka dilihat kepada pengarangnya. Jika dia seorang ulamak yang diakui kesarjanaannya, maka boleh saja.

3. topik bgmn sejarah dibukukan ni panjang cerita, spt juga bagaimana hadith dibukukan atau alQur:an dibukukan. Wbmnpn peranan ahli hadith penting dalam mentahqiq usaha pembukuan sejarah. sejarah Islam agak lewat ditulis berbanding hadith, maka sudah tentu ia banyak kesalahan fakta kerana ia juga berdasarkan ingatan para perawi. sumbangan tokoh sejarah spt Ibn Isyhaq, ibn hisham, ibn athir, ibn sa'ad dan ibn kathir amatlah penting. namun hasil kerja itu semuanya sudah ditahqiq, cuma ia belum diterjemah dan sampai ke Malaysia.

alKautsar kelantan misalnya gigih mentahqiq seerah Ibn Isyhaq dan mereka mendapati banyak kesalahan fakta.

sekian