Pelbagai Soaljawab dan masalah Islam

  • Tuan,

    boleh tolong saya ape dia sebenarnya hadis mursal?

    atsar sahabat juga dikenali sbg hadis mauquf[mauqutuf?],benarkah begitu?

    atau atsar itu adalah hadis mauquf?

  • tuan,

    usrah ini sunnah nabi ke atau sunnah as- syahid hasan al-banna?

    ramai gak tanya soalan ni terutama ye jemaah tabligh. diaorang sentiasa

    pandang lekeh dgn usaha usrah yg dilajukan oleh jim,abim,parti kaler

    hijau dll.

    hadis marfuk tu hadis ape??[kalau boleh adakah ianya hadis sahih]

  • Assalamualaikum wbt,
    Seorang isteri yang suaminya sudah mengaku murtad dengan kembali kepada agama asalnya. Apakah ini juga dianggap perceraian? Sekiranya begitu, bagaimanakah pula perkiraan iddahnya? Dan andaikata isterinya itu sedang mengandung, apakah status anak dalam kandungannya itu? Haruskah di'bin' atau di'bintikan dengan nama suaminya atau dengan nama lain?

  • :salam
    saya terjumpa sejumlah duit dalam kereta yg saya sewa...dan apakah yg perlu saya buat dengannya?

  • Tuan,

    ape beza isnad dan sanad dlm ilmu hadis???

    ana tak fahamla.tolong ana ye.

  • Assalammualaikum,

    Ana selalu dengar ustaz2 bagi kuliah kata bahasa akhirat kelak guna bahasa arab. Ada ke dalil dan nas yang menyokong pernyataan ini. Selalu dgr tp tak tau dalil pun tak syok jugak.

    Terima kasih didahulukan kepada panel al-ahkam.

    Wassalam.

  • :salam

    saya dah semakin terkeliru ngan malaysia kini..islam hadhari sebenarnya diorang nak buat apa? poning.........tolong sesiapa yang ALLAH s.w.t kurniakan ilmu bagitau saya dengan jelas...agar keponingan n kekeliruan ini lenyap... :salam

  • apakah hukum menyimpan janggut dan jambang.Adakah harus, wajib atau sunat. :wassalam

  • boleh ke kita pakai baju bergambar dalam solat ataupun selagi gambar tu tak mengganggu solat orang lain maka dibolehkan,harap dapat jelaskan. syukran.

  • Apakah hukum melukis.Adakah berdosa melukis komik atau karikatur.Adakah berdosa juga pembacanya.Dan apakah hukum membuat animasi seperti cerita kartun dan games.Dan apakah hukum menonton kartun dan bermain game yang berasal daripada lukisan yang dikatakan haram itu.Diharapkan ustaz dapat menerang secara panjang lebar demi kesedaran pembaca juga.Wallahualam

    :salam