Pelbagai Soaljawab dan masalah Islam

  • Assalamualaikum,

    Saya ingin tanya beberapa soalan berkaitan dengan Bayan yang saya dengar tadi.

    1. Adakah Sunnah RasululLah SAW untuk duduk rapat-rapat dalam satu majlis agama/ilmu?

    2. Adakah hadith sah dari Nabi SAW mengenai barangsiapa yang ada sifat kibir walau sebesar zarahpun, tidak dapat mencium bau syurga?

    3. Adakah hadith sah mengenai seseorang akan mendapat sekurang-kurangnya 700,000 ribu bidadari dalam syurga nanti Insha AlLah?

    4. Apakah maksud sebenar mengenai "berada di jalan AlLah"?

  • Assalamualaikum,kepada panel al ahkam yang saya hormati.pertama sekali,saya yang sedikit ilmu agama ini ingin memohon maaf kerana banyak bertanya. di sini saya ada 3 soalan kepada panel al ahkam.

    1.Adakah sembahyang masih dikira sah sekiranya tidak membaca tasbih semasa iktidal,rukuk dan sujud(sekadar diam sahaja) ?
    benarkah ada pendapat yang mengatakan cukup sekadar membaca tasbih subhanallah semasa rukuk dan sujud?

  • :salam

    apakah hukum bermain alat muzik bertali dan alat muzik bertiup?

    mintak huraian selanjutnya.

    WA

  • :salam

    Adakah benar aurat anak lelaki yg sudah baligh dgn ibunya adalah sama spt aurat anak itu dgn org lain?maknanya auratnya adalah antara pusat dan lutut?

    Adakah ia juga terpakai terhadap anak perempuan dgn ayahnya?

    harap dpt pencerahan segera.

    jkk...

    :wassalam

  • :salam

    Moga dirahmati Allah...

    Soalan saya pada kali ini pada topik kerasulan yakni soal aqidah dan keimanan...

    1) Benarkah pada batang tubuh Nabi SAW terdapat seribu kerahmatan??

    2) Benarkah apa yang ada pada Nabi SAW termasuk harta dan pakaian juga terdapat kerahmatan dari baginda SAW??

    3) Benarkah dengan menyimpan helaian rambut / janggut / cebisan pakaian / pedang / tongkat / cop mohor dan sebagainya dari Nabi SAW akan mendapat kerahmatan dan syafaat dari baginda SAW??

  • :salam

    Moga kita dirahmati Allah..amin.

    Nak tanya ahli panel:-

    1) Apa dia definisi dari sudut bahasa dan istilah tentang perkara ini:

    a) MUZAKARAH
    b) MUQABALAH
    c) MUNAQASYAH
    d) MUSYAWARAH

    2) Apa pandangan dari sudut feqh / syariah / quran / hadis mengenai empat (4) perkara tersebut??

  • :salam

    Apakah hukum pd seseorang pemberita yg membaca berita di TV yg jelas dimanipulasi (terdapat penyelewengan fakta/finah) oleh sesetengah pihak yg menguasai media? Adakah ianya termasuk sbg dharurat bagi dirinya kerana dia hanya tukang baca?

    jzk

  • Assalamualaikum,
    Ada tak ikhwah2 yang boleh ceritakan siapa Ibn Sunni. Macamana status hadis2 riwayat beliau..
    Dalam kitab al-Azkar Imam Nawawi dgn kitab Itqan Fi Ulum Quran, al-Suyuthi byk hadis2 daripada riwayat beliau..

  • Salam,

    Disebutkan oleh seorang Qadhi di Perak tentang kisah seorang ulama melayu terkenal yg dikatakan solat zuhur dia bersolat di Mekah, asar di Madinah dan malamnya di Tanah Melayu pada hari yg sama. dia hanya menaiki sampan. Cerita ni pelik tapi apakah ia boleh berlaku???

    Syukran.

  • :salam

    Maaf jika ini soalan ulangan.

    Diketahui bahawa mendedahkan aib adalah dilarang, menipu juga adalah dilarang. Bagaimana jika seseorang itu ditanya tentang kesalahannya yang lampau spt, " Awak dulu pernah berzina / minum arak ke?" dll. Adakah individu yang ditanya itu dibolehkan menipu bagi menutup aibnya? Atau mahu tak mahu kena juga beritahu sejarah hitamnya atas dasar bercakap benar?

    TK