Wuduk, mandi dan permasalahannya

  • saya ada membaca posting di bahagian wudhu' dan saya ada kemushkilan sedikit dibahagian mengusap rambut....

    Kemudian mengusap kepala beserta kedua telinga satu kali, dimulai dari bahagian depan kepala lalu diusapkan ke belakang kepala lalu mengembalikannya ke depan kepala. Setelah itu langsung mengusap kedua telinga dengan air yang tersisa pada tangannya.

    persoalannya.....

    i....apakah kita mengusap rambut kita menggunakan kedua belah tapak tangan kita atau hanya sebelah dikira sudah memadai...

  • :salam , :mrgreen:

    Masalah yg dikemukakan kpd saya yg tak leh saya jawab... ::!:

    Seorang wanita yg baru shj habis haid tapi tak boleh mandi wajib dgn air kerna ada anggotanya yg baru dibedah tak boleh kena air...nak tayamum pulak debu tak ada kerana musim hujan sepanjang 2-3 hari HABIS CAMNO NAK BUAT? ::cry:

    Bagaimana dgn solat yg tak boleh dikerjakan semasa belum dapat angkat hadas besar itu ? :eeeek:

    Bolehkah dia solat hormat waktu masa belum dapat angkat hadas besar tersebut ::cry: ::roll: ::roll: ::roll: ::?: ::?: ::?:

  • Assalamulaikum,

    Ada pendpt mengatakan sekiranya bersentuh kemaluan suami & isteri (sekadar bersentuh), maka perlu mandi wajib, dan satu pendapat pula mengatakan sekiranya kemaluan suami memasuki faraj isteri, tetapi tidak melebihi `kepala' (hafazah) kemaluan, maka tidak perlu mandi wajib. Mohon penjelsan tuan2 yg arif. T/kasih.

  • assalammualaikum
    saya ingin bertanya

    1. saya mandi wajib pd sblh pagi dan yakin telah menyempurnakan semua rukun. keesokannya sewaktu saya sedang istinjak saya terlintas adakah bhgn dubur saya tekena dgn air.saya cuba ulangi apa yang saya buat sewaktu mandi wajib sebelum itu dan selepas itu saya yakin ia telah dibasahi. soalanya adakah perlu saya mandi semula kerana meragui mandi saya yang awal?

    2. adakah perasaan was-was atau meragui ibadah yang kita lakukan menyebabkan ibadah itu tidak sah.

    terima kasih atas perhatian saudara semua.wasslam

  • assalamualaikum w.b.t
    Saya ada beberapa persoalan yang ingin dikemukakan kepada ahli panel mengenai permasalahan wudhuk dan mandi wajib. Harap dapat dibantu.
    1. Membasuh muka ketika wuduk merupakan satu rukun. Persoalannya, adakah mata termasuk dalam rukun ini, yakni adakah perlu diratakan air ke dalam mata ketika membasuh muka? Bagaimana pula jika ia memakin kanta lekap? Perlukah dibuka ketika mengabil wuduk ataupun tidak?
    2. Perlukah juga kita meratakan air ke dalam mata dan juga lubang hidung(menghirup air ke dalam lubang hidung) ketika mandi wajib?

  • :salam

    Hadis ada menerangkan bahawa 1.batalnya wuzuk apb menyentuh kemaluan & 2. ada juga hadis yang menyatakan tidak. 3. Ada juga hadis yang menerangkan bahawa tidak perlu wudzuk selepas mandi wajib untuk melaksanakan solat.
    Soalannya: Apakah perlu bewudzuk semula selepas mandi kerana semasa mandi wajib kita menyentuh kemaluan untuk meratakan air keseluruh anggota badan @ tidak perlu dan terus solat shj spt hadis ke3?

    :wassalam

  • :salam kepada ustaz2 al-ahkam.net sekalian,

    1) Bagi seseorang yang mempunyai penyakit kencing tidak lawas, sekiranya dia mempunyai solat fardhu yang perlu diqadhakan kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, adakah dia perlu berwudhuk 2 kali iaitu untuk solat fardhu waktu itu dan solat qadha atau cukup hanya sekali?

  • :salam

    Sekiranya berwuduk dengan hanya mengalirkan air ke serata anggota wuduk, sahkah wuduk itu?

  • assalamualaikum..sy minta maaf kalau ini adalah soalan berulang...

    1) boleh pihak tuan menjelaskan tentang pemakaian khuf?

    2) adakah boleh kita cuma menyapu air sembahyang diatas kasut kulit sedangkan kita tidak memakai khuf? dan jika memakai khuf pula adakah kita perlu meyapu air wudhuk itu diatas khuf atau diatas kasut kita saja?

    harap minta penjelasan kerana ini melibatkan masalah yg besar dan jika tidak sah wudhuk maka tidak sah sholat seseorg itu...wslm

  • Minta maaf la, nak tanya sikit.

    Bagi orang perempuan yg mengamalkan sentiasa mengekalkan wuduk, sekiranya dia dlm keadaan haid...bolehkah dia meneruskan mengambil wuduk bila terbatal.

    Maksudnya...sahkah wuduk yg diangkat ketika dlm haid? Maaf kalau soalan ni berpusing2 sikit.