November 2002

SJ-2057: Niat dan Surah Sajadah

Assalamu'alaikum!

1) Adakah nas yang menetapkan bahawa niat untuk solat mesti dilakukan antara lafaz Allahuakbar di dalam takbiratul ihram?

2) Niat berpuasa pula. Adakah dengan sekadar bangun bersahur atau mengingatkan yang esok masih lagi bulan Ramadhan dan sbg umat Islam sudah tentu kita wajib berpuasa, maka itu sudah sah dianggap niat berpuasa tanpa menyebut di dalam hati niat seperti "Sahaja aku berpuasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini krn Allah Taala".
3) Adakah Rasulullah SAW melazimkan membaca surah As-Sajadah pada subuh hari Jumaat?

SJ-2052: TAKBIR Raya dan perihal mayat

1. Bolehkah kita melakukan / melaungkan takbir raya sebelum hari raya (dlm bulan ramadhan)?
2. Saya pernah mendengar yang sekiranya kita bertakbir di bulan puasa mayat di dalam kubur akan turut bersedih, Adakah ini metos org melayu atau ada riwayat yang rajeh tentangnya.

SJ - 2047 : NASYID RAIHAN & RADIO DIRAMPAS

Assalamualaikum wmt wkt,

1.Siapakah golongan tihamah yang disebut dalam nasyid kumpulan Raihan?

2.Sek menetapkan radio barang larangan, kemudian ada pelajar yang masih membawanya...dirampas oleh guru disiplin...ditetapkan radio boleh diambil selepas 6 bulan jika tak tuntut, hangus kemudian sek melelong radio tersebut kepada orang ramai... apa pandangan ahli panel tentang hukum ini?

wassalam

SJ - 2045 : ADAKAH KARAMAH BERTENTANGAN DENGAN LOGIK AKAL ?

assalamualaikum...lama dah x tulis apa2 kat sini..smenjak al-ahkam tukar site dulu, login x dpt masuk..ni login baru nih...ok, terus kpd soalan :

1) Apa pendapat panel al-ahkam tentang pendapat brothers salafi (sestengah mereka) yg snang2 mnafikan karomah atau kejadian ajaib yg berlaku ke atas org2 selepas Nabi S.A.W dan sahabah R.A?

SJ-2048: Solat Sunnah (3)

Assalamualikum,

Mengenai Solat Hajat saya rasa banyak diamalkan sebagai solat tersebut untuk berubat, memohon doa dsb. apa pendapat tuan. Maka saya keliru status dari seqi fiqh, jika pendapat/dalil tidak kuat kenapa ramai alim/ulama/abid mengamalkannya untuk pelbagai sebab.

Tambahan-Solat 2-8 rakaat selepas Maghrib dikenali dengan solat awabin/hifzil iman.

JKK

SJ-2053: Doa, ruqyah, hadith sahih, siapakah Jameel Zeeno?

Soalan (1):
Di dalam hadith ada dinyatakan yang do'a itu suatu ibadah, dan setiap ibadah itu pula mesti ditujukan kepada Allah sahaja; oleh itu dikatakan menjadi kufur orang yang menyeru di dalam do'a mereka pertolongan kepada malaikat, nabi, jin atau apa-apa sahaja makhluk Allah. Bagaimana pula dengan kedudukan jampi (ruqyah)? Adakah ia juga suatu bentuk sembahan (worship)? Apakah hukum seseorang (bomoh/kahin) yang menyeru nama-nama malaikat, nabi atau orang Soleh terdahulu di dalam jampi mereka?

SJ-2046: Solat sunat dan solat ketika hujan

1) Benarkah pendapat yang mengatakan solat sunat lebih afdhal dikerjakan di rumah manakala solat fardhu di Masjid/ surau/ musolla? Pendapat ini merujuk kepada riwayat yang mengatakan "Janganlah jadikan rumah-rumah kamu sebagai kubur" (mungkin Tuan boleh memberi matan sebenar riwayat tersebut")

2) Saya pernah membaca sebuah hadith di dalam Sahih Muslim yang mana Rasulullah SAW bersabda maksud hadithnya "Solatlah kamu di tempat di mana kamu berada ketika hujan".