November 2002

SJ - 2014 : KEKALKAH SYURGA (Lanjutan SJ-1979) ? .

Assalamualaikum.

Terimakasih kerana memberi penjelasan isu tersebut. Jika tidak dibangkitkan maka saya sebagai orang awam tak tahu menahu mengenai kes tersebut.

Saya tertarik dengan Surah Hud ayat 107. Untuk penghuni syurga pula pada ayat 108 iaitu
"Adapun orang-orang yang berbahagia, maka tempatnya di dalam surga, mereka kekal di dalamnya selama ada langit dan bumi, kecuali jika Tuhanmu menghendaki (yang lain); sebagai karunia yang tiada putus-putusnya. "

Apakah yang berlaku pada ahli syurga menurut ayat ini?

SJ-2017: Memberi Salam Dalam Sholat

Bagaimanakah kedudukan sholat ketika kita memberi salam yang pertama. Tidakkah kita telah berpaling dari menghadap Qiblat atau mungkin ada cara yang tertentu supaya sembahyang kita tidak batal kerana tidak menghadap Qiblat. Kerana apa yang menjadi kemusykilan ana ialah ada pendapat yang mengatakan dan melabelkan dada dan muka sebagai syarat utama menghadap Qiblat. Tolong jelaskan kenyataan ini.

SJ-2012: Adakah bayi dan budak termasuk wanita ajnabi

assalamualaikum ustaz dan ahli panel,

Banyak soalan berhubung dengan batal/tak batal wuduk bila bersentuk dengan wanita ajnabi. adakah bayi dan budak termasuk dalam kategori tsb? dan harap ustaz dan ahli panel berikan dalilnya.
t/k

SJ-2011: Pelbagai permasalahan(part 2)

Assalamualaikum,
Terima kasih kerana menjawab soalan2 sebelum ini. Lanjutan dr masalah RUKUN KHUTBAH.

In reply to:


Pendapat yg rajih ialah tidak ada rukun khutbah. Apa yg disebut rukun2 khutbah itu hanya sunnat2nya sahaja. Sayyid sabiq, Fiqh Sunnah; Albani, Ahkam alJum'ah) Jika Imam batal solatnya, maka solat Imam itu batal dan solat makmum itu sah. Dalil : HR Muslim dan Abu Daud dari Abu Bakrah. (Ibn Hazm, alMuhalla 4/217