November 2002

SJ-1996: SJ-1988 (2) - Pembelian rumah BBA

Jazakallahu khairan kathira atas jawapan yg diberikan.
Cuma maaflah sebab masih ada kemushkilan lagi. Bagaimana pula dgn skim BBA yang diperkenalkan oleh kerajaan utk kakitangannya.
Manakah yg lebih baik sama ada nak ambil Bank Islam atau pun yg kerajaan punya? Apakah operasi BBA yg kerajaan punya serupa dgn yg diamalkan oleh Bank Islam?
JazakaLlahu khairan kathira sekali lagi sebab sudi menjawab kemushkilan saya.

SJ-1995: sj 1981 (2) : Lagi Kisah mungkar

Terima kasih atas jawapan yang telah lalu. Membaca jawapan ustaz menambah ketidak fahaman saya berkenaan mungkar, maksiat dan haram.
Memandangkan ianya adalah asas yang perlu difahami saya memohon penjelasan yang lebih lanjut, terutamanya bila ustaz menyatakan kemalasan juga salah satu dari mungkar

Memandangkan benda khilaf tidak boleh dikira mungkar ( kefahaman saya) saya memohon penjelasan yang lebih terutamanya dalam melihat missi Al-Ahkam yang menimbang semua pendapat mazhab
sekian terima kasih

SJ-1994: Kalau Raya Juma'at

Pagi tadi saya terdengar satu kuliah yang mengatakan ada satu hadis Nabi saw yang mengatakan " tidak ada dua Khutbah dalam satu hari " persoalan saya.

1. benarkah ada hadis yang sebegitu dan status hadis
2. Jika benar bagaimana pula nak melakukan solat raya dan Jumaat sedangkan kedua duanya memerlukan khutbah
3. Apakah kewajipan solat jumaat telah gugur disebabkan perkara diatas.