November 2002

SJ-1966: [U] ZIHAR dan mahram.

Apakah itu ZIHAR dan bagaimanakah boleh jatuh zihar terhadap seseorang isteri? Apakah dia anggota-anggota zihar?
Jika seorang ayah menyamakan mata anak perempuannya dengan isteri/ibunya, adakah itu dikira zihar?
Harap dapat memberikan penjelasan dengan segera kerana ramai yg terkeliru dengan ZIHAR ini.

SJ-1946: SJ-1943 part 2-Puasa

Assalamualaikum

Bagaimanapula dengan puasa menurut itenerary.

Solat duduk dalam Kpl trbg saya kira duduk dengan isyarat kepala dan meletak tangan atas peha semasa tahiyat awal dan akhir. Perlukah saya takbir mengangkat ke telinga, saya kira takbir wajib perbuatan menangkat tgn adalah sunnah.

JKK.

SJ - 1954 :SIKAP KITA TERHADAP PESAKIT / JENAZAH BUKAN ISLAM

Assalamu'alaikum Warah Matullah

Apakah hukumnya bagi ...
1) menziarah orang kafir (sakit sprt coma) dirumahnya (dimana patung2 dan bau2 serta mentera dimainkan)
2) menziarahi orang kafir yang mati dirumahnya? (keadaan lebih keagaamaan kafirun)
3) pergi ke mortuary/kubur untuk upacara pembakaran/cremation?

Jazakallah

SJ-1945: Wuduk Dan Puasa

Assalammua'laikom Ustaz....
1] Jika cecair dari hidung masuk ke anak tekak masih tidak membatalkan sembahyang bagaimana pula kalau di bulan puasa? haruskah cecair itu diludahkan ketika sembahyang?

2] saya ada terbaca berkaitan wuduk bahawa tujuan Nabi. Muhammad S.A.W membasahkan anggota sebanyak 3x adalah kerana hendak memastikan keseluruhan anggota tadi terkena air. dan baginda benci angka genap. maka 3 adalah yg sesuai. Bolehkah jika kita hanya membasuh 1 atau 2 kali sahaja setiap anggota dengan yakin bahawa air telah rata disetiap anggota tersebut?

SJ-1964: [U] Zikir selepas solat

Assalamualaikum,

Lantaran zikir secara seorg adalah sunnah dan secara ramai berimam tiada nas/dalil yang mengatakan kelebihannya atas berseorg.

Adakah nas/dalil yang mentidakapakan zikir beramai seperti selepas solat atau ia sememangnya dikategorikan dalam bidaah baik.

dan adakah lebih afdal jika selepas selesai solat jamaah saya duduk tunggu sebentar hormat imam dan jema'ah kemudian bangun dan mengejarkan solat sunat, zikir dan doa sendirian sedang imam berzikir dan berdoa secara ramai.
JKK

SJ-1963: Najis & Tayamum 3

Assalamualaikum wmt wkt

1.Benarkah najis boleh berpindah dari satu tempat ke satu tempat seperti orang yang tidak berselipar berwuduk dan kakinya basah berjalan di atas lantai bilik air yang bernajis dan kemudian beliau masuk ke dalam masjid? Adakah masjid menjadi najis lantainya?

2. Tempoh hari THTL sudah menjawab tentang org yang uzur berwuduk..jadi apa yang perlu dilakukan jika untuk bertayamum pun tidak boleh disebabkan luka yang sangat parah... adakah beliau perlu solat dengan tidak berwuduk dan apabila sihat wajib qada` solatnya?

SJ-1942: Membezakan Bida'ah

Assalamu'alaikum!

Apakah cara terbaik untuk org awam seperti kami membezakan yang mana bid'ah dan yg mana keadaan/perlakuan yg tidak dilakukan oleh Nabi SAW tapi tidak menyalahi syara'?
Contohnya, apabila Ustaz mengatakan berzikir atau mencium Al-Quran itu bid'ah kerana tidak pernah dilakukan oleh Nabi SAW dan sahabat, namun org lain mungkin akan berhujah, "bagaimana pula dgn bersolat di atas sejadah yg berwarna-warni atau di atas carpet dsb? Itu juga tidak pernah dilakukan oleh Nabi SAW."