November 2002

SJ-2039: Pinjaman yang dibenarkan dalam islam

Assalamualaikum.
Boleh tak ustaz senaraikan Bank2 yang bebas/semua muslimin boleh berurusan dalam pinjaman.
Ini kerana saya ingin membeli kereta terpakai (second hand) kedai itu telah memberi tiga bank yang berurusan dengan mereka.antara..AM finance & 2 lagi kurang pasti
Kalau boleh ustaz tolong ler uraikan dengan detail masalah nie kerana kereta yang nak beli kereta terpakai, jika yang masih baru mudah sikit untuk berurusan dengan Bank islam

SJ-2035: Doa Qunut dalam witir

1. Kenapa ada doa qunut dlm solat witir selepas hari ke 15. Adakah ini dari riwayat yang sahih dan pendapat yang rajeh

2. Secara umumnya bolehkan diterangkan adakah 'hadis ' yang dikategorikan sebagai hadis itu adalah pertuturan Nabi hanya setelah beliau dilantik menjadi nabi ( selepas umur 40 th ) [="purple"] [/]

SJ-2033: Rencam puasa dan ronga terbuka

1. apakah dalil yang mengatakan memasukkan sesuatu kedlm rongga itu membatalkan puasa.

2. Dari mana pulak kesahihan mengorek telinga dan hidung itu membatalkan puasa?

3. Bagi mendidik anak bersolat telah jelas disebut dalam hadis, tetapi bagi berpuasa adakah ianya mengikut kaedah hadis yang sama dan anak yang berumur 10 th wajib kena pukul kalau tak puasa

SJ-2032: Solat 2X

Assalamualaikum...

Apabila saya berkunjung ke surau setelah solat berjemaah selesai, biasanya saya akan solat sendirian. Tetapi apabila saya selesai solat bersendirian, saya dapati ada jemaah yang baru datang dan mengerjakan solat secara berjemaah. Apakah hukum saya mengulangi sembahyang tersebut dengan secara berjemaah?

kedua: Jika saya mengikuti solat secara berjemaah tersebut dan solat saya terbatal, adakah saya perlu melakukan solat semula ? atau solat saya yang pertama tadi (secara bersendirian) sudah mencukupi.

SJ - 2031 : MENGGAULI ISTERI YANG SEDANG HAID

Assalamu'alaikum,
Apabila seorang isteri itu berada dlm keadaan haid, bolehkah isteri tersebut memuaskan nafsu suaminya dengan hanya bermain ataupun onani kemaluan suaminya? Hal ini berlaku dgn kerelaan isteri tersebut dan bukan dlm keadaan paksa.

SJ-2030: [Part 1/2] Pelbagai soalan mengenai solat

Assalamu’alaikum!

1) Adakah membaca doa iftitah itu sunnah Rasulullah SAW?

2) Jika jawapan 1 Ya, sekadar manakan bacaan doa iftitah yang menuruti sunnah Rasulullah SAW? Ada sesetengah ustaz menyatakan sehingga akhir seperti yang biasa di baca (la syari ka lahu wa biza lika umirtu wa ana minal muslimin). Namun begitu ada juga sesetengah ustaz yg menyatakan bacaan Rasulullah hanya sekadar (wasubhanallahi bukratan waashila). Mana satukah yang sebenarnya sunnah? Atau kedua-duanya sunnah?