January 2003

SJ – 2218 : ANAK ORANG BUKAN ISLAM : KE MANA AKHIRNYA ? .

:salam

Kita sedia maklum.... setiap bayi yang dilahirkan itu adalah suci.... dan jika bayi tersebut mati,... maki dia akan dikira masuk syurga kerana tiada sebarang kesalahan yg dia lakukan.... Yg saya kelirunya.... macam mana dengan bayi orang kafir? Bukan ke dia jugak takde buat aper-aper kesalahan...>?
:wassalam :confused:

SJ–2222: Hukum taubat si murtad dan apakah dosa syirik diam

Assalamu'alaikum

Adakah org Islam yg telah menjadi kafir akan dimaafkan dan diterima taubatnya sekiranya dia kembali kepada Islam?

Adakah org yg telah melakukan syirik tidak langsung diterima taubatnya? Bagaimana keadaannya untuk dia memohon keampunan? dan adakah yg tidak diterima taubatnya itu syirik besar/syirik kecil atau keduanya sekali?

Terima kasih
Wassalam

SU-00012 Barangan Amerika

Assalamu'alaikum

Adakah yg difatwakan dosa itu cuma dalam pembelian barangan Amerika itu shj dan bukan dalam penggunaannya? Kerana selalu saya diberi barang2 itu oleh keluarga dan sahabat dan bukan dibeli sendiri. Sekiranya dibuang begitu shj dianggap membazir pula dan akan menyinggung perasaan keluarga seperti ibu bapa.

Terima kasih, wassalam

SU-00011 Sambungan SU-00009

A'kum wbt

Terima kasih kerana menjawab soalan saya sebelum ini SU-00009 . Cuma saya berharap agar dapat diterangkan sedikit jawapan itu.

Maka jika makmum belum habis membaca do'a iftitah ketika imam sudah mula membaca fatihah maka kita perlu berhenti membaca do'a iftitah?

Saya berimamkan imam yg terus membaca surah dengan kuat selepas fatihah kerana imam berpendapat makmum boleh membaca fatihah biarpun imam sedang membaca surah dengan kuat. Maka dalam keadaan ini, bolehkah saya membaca fatihah biarpun imam sedang membaca ayat al-quran lain?

Wassalam

SJ–2223: Hukuman bagi aliran-aliran sesat dalam islam

:salam

Saya rasa tak perlu dipertikaikan lagi hukuman bagi mereka yang murtad dari Islam dari segi syariah Islam. Tetapi yang saya musykil sekarang, ialah apakah mereka yang memegang kepada fahaman-fahaman yang jelas sesat spt. Ahmaddiyah, GAH, Syiah d.s.b., tapi masih mengaku sebagai orang Islam, dihukum mengikut undang-undang murtad? Kalau tidak, apakah ada hukuman untuk mereka dan jika ya, apakah hukumannya?

Harap diperjelaskan persoalan ini.

:wassalam

SJ – 2216 : HUKUM MENGUKIR KALIMAH “ ALLAH “ BERSEBELAHAN DG

:salam

Apa pandangan ustaz tentang amalan mengukir kalimah `Allah' dan `Muhammad' sebelah meyebelah dan sama bentuk serta saiz, kemudian meletakkannya di dinding masjid dan sebagainya? Bukankah ia nampak seperti mewakili satu simbol `partner' kepada Allah, sedangkan kedudukan nabi dan Rasul kepada Allah bukanlah begitu. Adakah amalan ini sudah wujud sejak zaman para salafus salih lagi?

SU-00009 Bacaan solat 2

Assalamu'alaikum

Bagi solat berjemaa'ah adakah makmum perlu senyap, tidak membaca apa2 ketika imam sedang membaca kuat?

Sekiranya makmum belum habis membaca do'a iftitah dan imam telah pun mula membaca al-fatihah, perlukah makmum berhenti terus membaca doa iftitah atau boleh dihabiskan dahulu?

Terima kasih