January 2003

SJ – 2170 : HUKUM BERSEMBAHYANG DI DALAM MASJID SYIAH ( IRA

:salam

Apa pandangan ustaz tentang bersembahyang di dalam masjid Syiah? Contohnya seseorang yang melawat negara Iran, kemudian ia mengikuti jemaah yang sedang sembahyang di situ, atau pun keadaan seperti di Baghdad, di mana terdapat ramai Sunni dan juga Syiah. Adakah mereka mempunyai masjid berasingan?

SJ – 2164 : IBLIS ( L.A ) TIDAK PERNAH SYIRIK ?

assalamualaikum wm wb.

saya ingin tumpang bertanya tentang bab ilmu tauhid.

saya telah berfikir satu perkara mengenai iblis dan syaitan dan kaitan dengan manusia.

saya dapati(pada dasar kefahaman saya) iblis tidak menyekutu Allah,cuma menderhaka pada perintah Allah takala disuruh sujud (hormat pada Adam) pada Adam berbanding dengan
kebanyakkan manusia yang jelas menyekutukan Allah seperti menyembah berhala dan sebagai-nya.

adakah iblis tidak melakukan syirik sebagai mana manusia melakukkan syirik?

SJ-2168: [U] Status Anak Luar NIkah

:salam

Saya mengenali seorang saudari yang sering dianiaya oleh suaminya. Anaknya ramai dan pada suatu hari, dia mengaku yang dia telah "berkahwin bersaksikan Quran" (!!! Astaghfirullah) secara tersembunyi sebelum melangsungkan perkahwinan mereka semula (!) dengan persetujuan keluarga.

Masalahnya, saudari ini telahpun mengandung dari perkahwinan "pertama" mereka (!!) dan anak pertama mereka dilahirkan 6 bulan selepas dikahwinkan (mereka berjaya menipu lain-lain ahli keluarga dengan mengatakan bahawa anak mereka lahir tak cukup bulan).

SJ – 2163 : HAJI & UMRAH BEBERAPA KALI VS FIQH KEUTAMAA

:salam

Ustaz saya nak tanya mengenai hukum mereka yang kerap menunaikan haji & umrah.

Sekiranya umrah dilakukan pada tiap-tiap tahun.Mereka bukan ahli perniagaan/agensi yang membawa Jemaah umrah.Persoalannya sejauh manakah dalam islam membenarkan umrah itu dilakukan. Adakah apa yang saya maksudkan ni adalah tanda akhir zaman dimana saya ada baca buku berjodul 40 hadis tentang Peristiwa Akhir Zaman(hadis ke-40 dlm buku ni)susunan Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi

:confused: :buttrock

SJ-2166: wudhu' dan sakit!!!

:salam

1) nak bertanya pasal wudhu'. kite sunat utk berwudhu' 3 kali setiap anggota tanpa ada unsur pembaziran.
Ok, soalan saya. Katakanlah kita sedang berwudhu' di bahagian muka misalnya. membasuh muka yg pertama...ok cantik...masalah saya timbul pada yg kali kedua. apabila kita mengambil/menadah air utk membuat basuhan muka kedua, air di muka menitis ke dalam tadahan air kita. Maka ia telah menjadi air mustakmal. tidak sah utk berwudhu. Sekiranya kita membasuh juga muka dgn air itu, adakah sah wudhu' kita yg pertama tadi itu atau perlu diperbaharui kesemuanya?