January 2003

SJ-2152: Isteri ugut akan mintak cerai jika suami mahu kahwi

Seorang suami ingin berkahwin seorang lagi (nombor 2) kerana tuntutan emosi beliau terasa tidak dipenuhi. Si isteri pula berkata akan menuntut cerai jika suami ingin berpoligami. Apakah yang harus dilakukan oleh si suami supaya ia tidak mengundang kemurkaan Allah? Adakah Allah murka terhadap suami yang melukai perasaan isteri dengan berkahwin seorang lagi? Bolehkah kita menggelar lelaki yang berbuat demikian sebagai `tidak berhati perut' atau gelaran buruk yang lain? Saya bimbang jika kata-kata demikian boleh mungundang kemurkaan Allah kerana Allah maha mengetahui membenarkan poligami.

SJ-2149: Sapu muka lepas salam

:salam

amalan menyapu muka selepas salam merupakan satu amalan yg biasa kita lihat. Tetapi adakah ianya sunnah. Setakat yg saya jumpa, hadis2nya dikatakan sgt lemah dan kaum salaf mengatakan ianya sebagai satu bid'ah (kalau saya tak silap). Tetapi adakah amalan ini khilaf sepertimana amalan menyapu muka selepas salam. :confused:
:wassalam

SJ-2147: Aurat dan Junub.

Assalamu'alaikum,
1.Adakah suara wanita itu dikategorikan sebagai aurat?
2.Adakah terdapat larangan tidak boleh makan ataupun minum ketika berada dalam keadaan berjunub (hadas besar)?
Maafkan saya jika soalan ini telah pun ditanya dan dijawab oleh Ustaz THTL/Pendekar. Terima kasih.

SJ - 2141 : SEMBAH PATUNG = SEMBAH KAABAH ?

Assalamualaikum wmt Wkt ahli Panel,

Bagaimana nak mematahkan hujjah non Muslim yang mengatakan org Islam juga menyembah berhala iaitu Kaabah.Ketika solat juga orang Islam sembah pintu, tingkap dan bermacam lagi.Kata mereka lagi, kalau bgitu tiada perbezaan antara org Islam dan kafir dalam bab sembah berhala Ini rentetan dari hujjah org Islam yang mgatakan orang kafir sembah patung. Wassalam