January 2003

SJ–2228: Taraf Hadis kejahatan dunia

Assalamualaikum ustaz nak tanya tentang hadis di bawah :

1) Diceritakan oleh Abu Usamah dan diriwayatkan pula oleh Ath Thabarani bahawa suatu ketika katanya Rasulullah ditanya oleh sobatnya. Begini pertanyaan yang dimaksudkan: “Wahai Rasulullah, siapakah umatmu yang paling jahat?”, maka Rasulullah tanpa ragu segera menjawab bahawa katanya yang paling jahat ialah orang kaya /The rich are the cruelest.

SJ-2180: akikah dan korban

Assalamualaikum,
Saya bercadang hendak berkongsi dengan beberapa org kaum keluarga saya untuk membeli seekor lembu untuk di buat korban dan akikah. Dalam masa yang sama, ibubapa saya kebetulannya nak buat kenduri kahwin untuk adik saya. Boleh tak lembu yang kami nak buat korban/akikah tu disumbangkan kepada ibubapa saya untuk dibuat jamuan kahwin? Untuk makluman tuan, kenduri kahwin akan dibuat pada 14/02 iaitu 2 hari selepas raya haji. Terima kasih.

SJ-2182: Solat sunat sambil duduk

Assalamualaikum,

1. Dalam keadaan sihat bolehkan seseorang solat sunat sambil duduk, saya ada terlihat imam di kampung dimana beliau solat fardu secara berdiri tetapi kemudian bersolat sunat sambil duduk.

2. Dalam keadaan kita keletihan disebabkan sesuatu perkara seperti bekerja, bergotong royong atau bertani adakah dibolehkan kita bersolat sunat sambil duduk, tetapi solat fardu kita lakukan sambil berdiri.

SJ-0000 : Status Anak Luar Nikah (3)

Assalamualaikum wbt.
Terima kasih kpd Ust. THTL atas jawapan yg diberikan. Saya amat berpuas hati dgn jawapan tersebut.

Cumanye, boleh tak Ust THTL nyatakan link kpd permasalahan status anak luar nikah ini.

Saya cuba mencarinya di dlm website al-ahkam nie, tetapi disebabkan terlalu banyak bahagian dan topic, jadi saya tidak menjumpai perbincangan berkenaan anak luar nikah ini.

Saya minta jasa baik Ust. THTL utk nyatakan link berkenaan supaya saya dpt membaca perbincangan tersebut.

Wallahua'lam