January 2003

SJ – 2162 : HUKUM MENGHIASI RUMAH DENGAN “ POKOK KRISMAS “

:salam
Adakah terdapat larangan bagi seorang muslim menanam pokok krismas dihalaman rumahnya atau pun di dalam rumah.Jika ada saya minta Ustaz THTL/Pendekar sertakan dalil serta nas yang melarangnya.
Terima kasih.

Sj-2155: Poligami( S vs S) dua pandangan menteri

:salam
Nak terima pandangan ustaz
masalah hangat/hot issue dimana dua menteri memberi pandangan masing2 apa pandang ustaz. Saya tak pasti adakah pihak yang bertanggungjawap memberi komen dengan masalah ini. Saya takut nanti masyarakat pening/comfused dengan masalah ini.
Maaf kerana saya tak tahu dalam ruangan ini sesuai untuk pandangan ustaz. Bagi saya kalau boleh semua orang boleh tahu isu begini supaya mereka/saya tidak terima bulat2 kata2 mereka dimana keperibadian mereka dipersoalkan. :ceewaah

SJ - 2156 : DILEMA ANTARA MAJLIS TAHLIL-KENDURI DENGAN MAJLI

:salam

Ustaz sebenarnya tajuk nie saya tak tahu nak tulis apa? so saya tulis mcm nie,saya takut nanti org kata saya plak mcm2.Niat saya bukan mcm tu,sebab tak tahu nak tulis tajuk yang sesuai ngan soalan yang hendak saya ketengahkan.

SJ-2154: [U] Qiblah dan waktu solah.

:salam

a) Bolehkah kita berbeza sedikit daripada arah qiblah yang sebenar (bbrp darjah) sebagai cth; katakan kita berada di tempat yang arah qiblah nye 45darjah ke utara, ttp disebabkan tiada kompas/orang yg tahu menunjukkan arahnya begini dan begini (tidak accurate 100%) jadi lajaknya adalah 47 atau 50 darjah. Sahkah solat? Adakah kita betul2 memerlukan kompas utk dibawa bermusafir (i.e masuk hutan, keluar negara) atau cukup mengganggarkan dgn melihat matahari shj?

SJ-2153: Status Orang Klon Dari Kacamata Islam

:salam

Saya ingin bertanya apakah status orang klon dari kacamata Islam? Sekiranya seseorang (dari negara Barat, tentunya) yang wujud disebabkan telah "diklon", dan kemudian masuk Islam, apakah dia setaraf dengan manusia yang wujud mengikut harfiah alam?
:wassalam

SJ-2157: Definisi orang beriman yang sebenar

Terdapat ramai orang yang melakukan solat, berdoa dan melakukan ibadat, tetapi tujuannya yang utama ialah supaya Allah memberi kesenangan serta kesejahteraan kepada keluarganya. Biasanya fokus ibadat mereka ialah tentang keselamatan diri dan keluarga, dimurahkan rezeki, dilindungi dari khianat manusia. Bukankah ini boleh dikaitkan dengan ayat di dalam surah al-Baqarah mengenai manusia yang berdoa kepada Allah supaya mendapat kesenangan di dunia, dan mereka tiada bahagian di akhirat?