June 2004

SJ-12-0023: iddah dan talak

saye ada dua soalan:
1)berkaitan lafaz talak. suami telah sms kepada isteri,apabila lahir anak ke empat, maka dia tidak lagi menjadi suami kepada isteri tersebut.adakah valid lafaz tersebut?

2) jika valid, maka selepas melahirkan anak ke empat itu,barulah jatuh talak tersebut. jadi,bagaimanakah iddah wanita itu dikira?

SJ-13-0039: MANDI SAFAR 2

Quote:
Apa itu mandi safar?

Antara amalan khurafat yang pernah muncul di alam Melayu ialah upacara Pesta Mandi Safar. Amalan ini menjadi popular suatu waktu dahulu. Apabila tiba bulan Safar, umat Islam terutamanya yang tinggal berhampiran dengan pantai atau sungai akan mengadakan upacara mandi beramai-ramai dengan kepercayaan perbuatan berkenaan boleh menghapuskan dosa dan menolak bala. Pada biasanya amalan mandi Safar ini dilakukan pada hari Rabu minggu terakhir dalam bulan Safar.

SU-00339: bertawassul...

assalamualaikum...

apakah maksud tawssul itu?bolehkah bertawassul dengan jah-kedudukan yang mulia disisi allah,seperti aku bertawssul dengan kemuliaan nabi..wali..kemuliaan allah..?bagaimana pula jika bertawassul dgn jasad yg masih hidup?

bertawssul dgn orang yg sudah mati pula bagaimana?setahu saya pendapat jumhur ulama adalah harus tetapi ibnu taimiyah mengatakan ianya adalah haram!betul ke begitu?

SJ-05-0011: Sifat Salat Nabi (Tawarruk)

Mohon penjelasan berkenaan buku di atas dalam bab Tasyahhud Akhir. Di dalam bab tersebut pengarang ada mengemukakan beberapa hadis yang menunjukkan duduk tawarruk pada tasyahhud akhir. Tetapi hadis-hadis tersebut tidak dinyatakan selengkapnya. Kalau ada yang tahu minta tolong kemukakan hadis-hadis tersebut dengan lengkapnya.

Sekian terima kasih.

SJ-12-0039 : Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk

Assalamualaikum..
Saya ingin kemukakan beberapa soalan mengenai penceraian..

1. Satu pasangan telah bercerai tidak sampai sebulan (penceraian persetujuan bersama) telah berjumpa semula, dan melakukan hubungan bersama, tetapi si isteri tidak mahu rujuk semula, apakah hukumnya?

2. Alasan utama si isteri, kedua2 keluarga tidak akan dapat menerima mereka semula, ingin bebas, suami & isteri masih belum betul2 bersedia kerana masih muda (23 tahun). Alasan yg paling utama si isteri adalah ingin bebas.

SJ-05-0012 : Imam sembahyang jemaah

Asalamulaikum W.T.H

Permasalahannya adalah seperti berikut; Seorang mengimamkan sembahyang jemaah, beliau terlupa bahawa dirinya berhadas besar (terlupa mandi wajib), perkara tersebut telahpun disedarinya pada rakaat kedua, tetapi masih meneruskan sembahyang tersebut sehingga akhir. Persoalannya, adakah solat jemaah tersebut dikira, adakah makmum turut terbatal dan apakah hukumnya imam tersebut yang telah menyedari akan kesilapan tetapi masih meneruskan solat. Wallahu'alam. Jazakallah.

SJ-03-0011: air ketuban

Saya telah pun browse arkib soalan2 yg pernah dikemukakan yg berkaitan dgn air ketuban yg keluar bersama darah sebelum bersalin. Dan diutarakan fatwa yg dikeluarkan bahawa (ada satu ulamak kata) ianya adalah nifas, manakala satu ulamak lagi ianya adalah haidh. Maka di situ tidak diwajibkan solat.