June 2004

SJ-12-0015 : Berkahwin dengan anak zina

Assalamualaikum kepada semua, semoga kita semua sentiasa berada di dalam pandangan Rahmat Allah swt insya Allah.

Saya adalah pengguna baru forum ini dan ada satu kemusykilan berhubungkait dengan bab perkahwinan. Diharap dapat bantuan dari mereka yang alim dan arif mengenainya.

Baru-baru ini saya mendengar dari seorang rakan karib bahawa ada pendapat (beliau merujuk kepada kitab fathul gharib) yang mengatakan bahawa seorang bapa boleh (sah) berkahwin (bernikah) dengan anak perempuan yang terhasil dari perzinaannya dengan seorang perempuan.

SJ-11-0046 : Insuran Kenderaan untuk pekerja

Asalamualaikum,
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih atas jawapan untuk kemusykilan saya terdahulu. Allah sahaja yg dapat membalas segala usaha baik pihak al-Ahkam.

Saya berkerja disebuah syarikat insurans konvensional. Saya adalah diantara pekerja yg mendapat keistimewaan iaitu insurans percuma untuk kenderaan. Tetapi pada tahun lepas, ia telah diubah kepada sedikit, iaitu ia dimasukkan kedalam pendapatan (diistiharkan sbg sebahagian pendapatan yg dikenakan cukai).

Bagaimana pandangan pihak al-Ahkam ttg hal ini? Terima kasih.

SU-000324: hadith yg mmbolehkan talkin

assalamualaikum...
terlebih dulu saya ingin mmohon maaf krn tdak check sama ada ia adalah soalan2 ulangan.
ramai yg mnyatakan hukum talkin itu adalah bidaah.ada juga yg mnyatakn ia adalah sunat.
adakah ianya adalah isu khilifiah?
hadith yg mnyatakn ia adalah sunat ialah hadith yg dkluarkan oleh umamah dalam kitab karangan imam assayuti,syarahu suddur(kalau tak silap)m/s 44 dan banyak lagi.hadith ini adalah sahih mngikut ibnu hajar asqalani..sila semak semula.

SJ-12-0028 : Tatacara berkasih menurut dalam islam

Assalammualaikum,
Alhamdulillah sy dah lama juga mengikuti forum al-ahkam ini dan banyak guideline yg sy dan kwn2 sy perolehi, terima kasih kepada para moderator dan ahli al-ahkam semua moga usaha kalian diberkati Allah.

jadi kali ini sy ada beberapa kemuskilan mengenai tatacara perhubungan antara lelaki dan perempuan sebelum ke pintu gerbang perkahwinan.

saya ingin tahu akan kaedah atau tatacara saya selaku seorang lelaki :