May 2006

Wahai Sahabat, Jangan Cepat Melatah

Tulisan ini bukanlah bertujuan untuk menyebut keaiban sesiapa yang mempunyai penyakit ‘cepat melatah’. Saya menggunakan istilah melatah ini untuk menggambarkan sikap segelintir agamawan (ustaz/ustazah/protaz/protazah) yang cepat melatah apabila mendengar sesuatu pendapat yang ‘pelik’. Maksud melatah di sini ialah cepat menyalahkan sesuatu pendapat yang ‘pelik’. Pendapat yang ‘pelik’ di sini ialah pendapat yang tidak pernah mereka tahu atau tidak pernah mereka dengar. Maka mereka cepat menyalahkan pendapat tersebut dan menghukum orang yang berpendapat sedemikian (dengan pelbagai gelaran). Inilah ‘melatah’ yang saya maksudkan.

SJ-03-0046 :SJ-03-0002:Mazi berterusan(Perlu baharui wudhu?)

Assalamualaikum,
Berdasarkan jawapan SJ-03-0002 : Mazi berterusan. Seseorang mengalami salahsatu dpd masalah-masalah yang dinyatakan dan sekiranya dia telah mengambil wudhu, adakah perlu memperbaharui wudhunya semula sekiranya:

1a. Sedang bersiap-siap hendak memakai kain, baju atau telekung (belum mula solat), cecair keputihan atau mazi atau sbgnya keluar.

1b. Sedang dalam perjalanan ke masjid.

2. Bagaimana dengan memegang al-Quran?

Jazzaka Allahu Khairan. Wassalam.

SJ-05-0142 : Darurat - Solat duduk ?

Salam,

Di sini (France), terdapat sebilangan rakyat tempatan yg sering shj memandang serong terhadap org Islam. Terdapat bisik2 dan kata2 yg tak sedap didengar dari mulut org2 di sini.

Kami kaum lelaki buat tak kisah je dgn semua tu. Kalau solat, kami solat shj di mana2 tempat yg kami fikirkan bersih dan suci, tak kiralah tepi pokok ke, tepi stadium ke, tepi bus stop ke - apa mereka nak fikir, kami peduli apa.

Tapi agak menjadi masalah bagi kaum perempuan. DI sini, kami tak berada di satu tempat yg sama.

Keyakinan Rufaqa: Rijalul Ghaib/Roh Muqaddas (dengan teks)

Teks dari video: Rijal-rijal Ghaib yang membantu perjuangan kita antaranya malaikat. Antaranya Jin Islam. Antaranya roh-roh muqaddas. Roh-roh orang soleh yang meninggal yang rohnya itu berperanan dalam perjuangan ini sebagai rijalul ghaib. Mana kita nak nafikan.

Pemimpin-pemimpin dalam jamaah inipun Abuya bekalkan dengan rijalul ghaib. Mana pergi ada yang melindung. Banyak kerja-kerja jamaah yang kita tak boleh buat, rijalul ghaib tolong buat. Boleh jadi dia malaikat. Boleh jadi dia jin Islam. Boleh jadi dia roh muqaddas.

SJ-05-0140 : sah sembahyang

:salam

saya sekarang sedang mengandung dan mengalami masalah mabuk yang teruk....apabila di pejabat saya sering muntah2 dan ini membuatkan saya ragu2 apabila menunaikan sembahyang kerana takut ada terkena percikan muntah itu....soalan saya ialah

1)adakah percikan muntah yang sedikit itu dimaafkan untuk saya menunaikan sembahyang