May 2006

SJ-14-0005 : tafsir ayat An-Nisaa': ayat 116

Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa menyekutukannNya, dan Dia mengampuni dosa yang selain dari syirik itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya. Barang siapa yang menyekutukanNya, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya. (An-Nisaa': ayat 116)

KESAN HADITH DHAIF DAN PALSU TERHADAP KEHIDUPAN MUSLIM

KESAN HADITH PALSU DAN DHAIF TERHADAP KEHIDUPAN MUSLIM

Hadith dhaif adalah hadith yang tidak mencukupi syarat-syarat hadith sahih sebagaimana diterangkan melalui kajian para ulama hadith. Ini menjadikan hadith dhaif adalah hadith yang tidak dapat dipastikan adakah ia benar-benar bersumber daripada Rasulullah SAW. Para ulama hadith menegaskan bahawa hadith dhaif tidak digunakan dalam soal hukum-hakam dan aqidah. Manakala hadith palsu pula ialah hadith yang sememangnya rekaan dan disalah anggap sebagai hadith Rasulullah SAW.

SJ-13-0182 : Takhrij Hadis Diakhir Hayat Nabi saw. "Sol

:salam

Kita selalu menyatakan bahawa kita menyintai Rasulallah SAW. Adakah kita benar-benar menyintainya ataupun sekadar lafaz di mulut? Sedangkan banyak dari sirah2nya yg kita sendiri tidak ketahui apatah lagi untuk mempratikannya di dalam kehidupan kita seharian. Tidaklah keterlaluan jika saya katakan bahawa kebanyakan masyarakat Islam hari ini hanya mengenali Rasulallah SAW pada namanya saja serta beberapa tugas2 kebiasaan bagi seorang nabi.

SJ-13-0183 : SAPE SEBENARNYA DR FARISH A. NOOR???

Tuan,

Ana sebenarnya dah lama bersabar dgn farish a noor.Dah bertahun, nampaknya dia masih mempertahankan bahawa Raihana seorang wanita yahudi adalah gundik kpd Nabi Muhammad S.A.W.

Mana hadis dia pakai.Belum ada kenyataan balas dari beliau.nampaknya dia membuat kenyataan palsu terhadap nabi.

dan di posting ini ana ingin tahu apa pendapat ahli panel al-ahkam.net mengenai beliau terhadap nabi kita dgn raihana.nampaknya farish a noor bebas berkarya dalam http://www.ummahonline.com dlm kolum islam bi la hudud.

SJ-07-0035 : BENARKAH SAKIT SEMASA SAKRATULMAUT ITU TIADA???

Tuan,

ana dah lama nak nyatakan soalan ini tapi lupe.menurut Dr musa fathullah harun di dalam ruangan agama siasah[ana dah lupa bil no. berapa akhbar siasah] bahawa sakit semasa sakit sakratulmaut itu di dasari oleh hadis2 yg daif[rasanya amat daif].So, kesimpulan yg dibuat oleh beliau bahawa tiadalah sakit semasa sakratulmaut.

Jadi bagaimana ade hadis yg mengatakan bahawa sakit semasa sakratulmaut itu umpama sakit di cincang 300 kali oleh pedang.
DAn ada hadis yg meriwayatkan nabi pun terasa sakit yg amat
walaupun ditarik ruh nya oleh malaikatmaut dgn lembut.