May 2006

SJ-14-0009 : HADIS MENGENAI MENCARUT

:salam

Ini isu lama tapi sebab ada orang tanya berkenaan ngan matan hadis ni ana tak boleh jawab

Hadis:

Saidina Ali pernah berkata pergi balik jilat bontot berhala kamu kpd seorang Yahudi yang nak cium tangan RasuluLlah SAW. Rasulullah saw tak kata apa-apa (yakni tidak menegur perbuatan Ali mencarut di hadapan baginda)

Ana dengar ucapan TG Nik Abdul Aziz (MB Kelantan) berkenaan dengan isu mencarut. Nak mintak panel al-Ahkam bagi tahu berkenaan dgn isu mencarut.
NAK MINTAK PANEL AL-AHKAM BAGITAU MATAN HADIS DAN PERAWINYA

JZKL.

SJ-01-0064 : Garis panduan Islam terhadap amalan khurafat

ÇáÓáÇã Úáíßã

Didoakan semua ahli panel berada di dalam keadaan sejahtera

1.Apakah garis panduan Islam dalam menetapkan sesuatu perbuatan itu sebagai khurafat. Sebagai contoh : Jika satusatu perbuatan itu mungkin ada persamaan dengan amalan sihir...adakah boleh kita katakan perbuatan itu khurafat.... Ch ; amalan mengasap keris dengan kemenyan dan kemudiaanya dibalut dengan kain kuning,yang kebetulan sengaja dilakukan pada malam Jumaat atau Selasa.

Jzkmllh, Wassalam

SJ-12-0121 : keliru

:salam
saya dalam kekeliruan tentang hukum perbuatan onani.saya pernah terbaca ada mengatakan onani hukumnya tak haram kerana ia adalah salah satu cara melepaskan nafsu yang membuak-buak dikalangan orang yang belum berkahwin dan yang sudah berkahwin.di sini apakah hukum sebenar perbuatan ini?

SJ-14-0006 : tafsir Ayat An-Nisaa': ayat 110

Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia mohon ampun kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (An-Nisaa': ayat 110)

adakah dosa akibat maksiat yang disabitkan dengan hukuman Hudud boleh juga diampuni Allah setelah Taubatan Nasuha?.

SJ-14-0007 : tafsir surah Al-Anfaal Ayat Ayat 65

Assalammualaikum.
Ayat 65 Al-Anfaal

Wahai Nabi , perangsangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu 20 orang yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan 200 orang (dari pihak musuh yang kafir itu), dan jika ada di antara kamu 100 orang, nescaya mereka dapat mengalahkan 1000 orang dari golongan yang kafir disebabkan mereka (yang kafir itu) orang yang tidak mengerti**.

**Yakni disebabkan mereka tidak beriman dan tidak megerti akan perkara-perkara yang membawa kepada mencapai keredhaan Allah Azza wa Jalla yang mengurniakan kemenangan

SJ-12-0122 : Masaalah anak luar nikah di jadikan anak angkat

Ambil anak luar nikah sbg anak angkat tidak digalakkan. Patutnya ibu yang bersalah itu bertanggungjawab atas anak yang dikandung. Dia patut tersiksa dan menerima hukuman dengan bersusah payah menjaga anak itu. Lagipun anak luar nikah ini keturunannya sudah jelas bukan keturunan baik-baik. Lebih baik ambil mereka dari keturunan yang baik-baik. Bukan begitu?
Setiap anak yang dilahirkan adalah fitrah, yakni bersih dan suci.

POLEMIK TAFSIR DI ANTARA KAUM TUA DAN KAUM MUDA DI NEGERI KELANTAN

Petikan: Menariknya, sekalipun Tuk Kenali kelihatan berminat dengan pemikiran-pemikiran Kaum Muda, beliau tidak pula menampakkan kecenderunggannya kepada Kaum Muda di dalam masalah hukum-hakam[38]. Beliau yang dikenali sebagai seorang ulama yang tidak suka melibatkan diri di dalam isu-isu kontroversi seringkali mendiamkan diri di dalam persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh Kaum Muda. Malah murdi-murid beliau sendiri yang seterusnya menjadi ulama-ulama terkemuka di negeri Kelantan seperti Haji Idris (meninggal 1927), Haji Abdullah Tahir bin Haji Ahmad (1897-1961) dan Haji Yaakob Legor dikenali sebagai golongan yang paling kuat menentang fahaman Kaum Muda.