March 2007

SJ-14-0033 : Verify kesahihan hadith: dialog nabi dan iblis

:salam

Saya selalu difoward email daripada kawan-kawan berkenaan dialog nabi dan iblis. Tetapi tiada disertakan sumbernya.

Ada juga saya jumpa laman web yang menceritakan dialog nabi dan iblis.

Pernah juga dalam khutbah jumaat, khatib membicarakan dialog nabi dan iblis.

Ketiga-tiga cerita yang saya jumpa adalah cerita yang berbeza.

Adakah benar cerita-cerita ini? Jika tidak, apakah hadith yang pernah menyebut tentang dialog nabi dengan iblis?

SJ-13-0222 : tasyabbuh

:salam

minta maaf, walaupun soalan psl dye rambut ni dah berkali2 tapi ade satu part yg sy kurang jelas.
sy pernah baca jwpn SS dr Maza dalam NUR (few years back) bila ditanya hukum isteri mewarnakan rambut atas permintaan suami dgn memberikan hadis yg Nabi kata baik diwarnakan rambut sbb org yahudi tak warnakan (supaya kita tidak sama dgn mereka). maaf saya lupa hadis penuh.

SJ-13-0223 :RABI'ATUL ADAWIYAH & CINTA SUCINYA? TUHAN YA

1]tuan thtl,
tuan boleh jelaskan lagi ape itu cinta rabi'atul adawiyah?
plsssss
sbb kawan pompuan ana terpengaruh dgn cerita rabi'atul adawiyah.dia dah x mahu kahwin kerana nak membuktikan cinta sejatinya kpd allah.
aiseh ana dah tahu nak hujah mcmmn dgn dia.
ana ckp fatimah binti rasul pun kawin.
dia balas ,dia lain.
rabi'atul adawiyah pulak sanggup buktikan cintanya pada allah dgn x kahwin.
plss mcmmn nak hujah dgn kawan pompuan ana ni?

SJ-11-0104 : Bekerja/Berurusan Dengan Konvensional Bank

:salam Ya Ustaz!

Saya ingin bertanya adakah boleh kita bekerja atau berurusan dengan institusi perbankan yang menjalankan perniagaan berunsurkan RIBA? Apakah tindakan kita itu dikira menolong memajukan sistem riba itu sendiri.

Adakah dengan adanya produk perbankan Islam yang ditawarkan oleh kebanyakan bank conventional pada masa sekarang telah membolehkan untuk kita bekerja atau berurusan dibank tersebut.

Harap dapat dijelaskan Ustaz. Tima Kasih.

SJ-12-0150 : aurat dengan suami ketika iddah

Assalamu'alaikum

Sekiranya suami melafazkan talak, mereka masih boleh tinggal sebumbung sehingga habis tempoh iddah. bagaimana pula aurat isteri kepada suaminya? perlukah dia menjaga aurat sama seperti aurat terhadap lelaki ajnabi? minta penjelasan