March 2007

SJ-11-0097 : Software pirate utk bisnes

:salam:

ustaz, saya ada kemuskilan ttg perisian ni. Saya tgk ada ramai org bisnes guna software tiruan atau cetak rompak, cthnya mcm MS Office, Windows, Photoshop dsb, ada member cakap payah le nak bisnes sebab software je harga dia suma dah mahal dari harga PC sebuah, saya pun pening rasa2 mcm malas pikir sebab saya kerja gomen, PC semua original siap dengan perisian ori, tapi mana la tau satu hari nanti saya nak bisnes pula, dan kalau la saya nak bisnes dgn gunakan perisian cetak rompak ni, haramkah semua pendapatan saya yg bersangkut paut dengan perisian tersebut?

SJ-06-0035 : Mahu belajar solat Jama' dan Qasar

Saya tinggal di Bangi dan keluar rumah sekitar jam 8.00 pagi dan memandu kereta mengikut Lebuhraya Utara Selatan utk menuju ke Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan (melawat saudara). Perjalanan saya adalah sejauh 125KM (satu hala) dan mengambil masa 2 jam.

Oleh kerana saya tidak yakin akan kefahaman saya tentang solat Jama' dan Qasar, maka pada kebiasaannya saya akan menunaikan solat Zohor disana dengan 4 rakaat dan juga solat Asar sebanyak 4 rakaat; sebelum menaiki kereta untuk pulang kerumah sejurus kemudian.

SJ-16-0003 : HUkum menukar nazar

:salam kepada semua
Ana ada kemusykilan. Seorang telah bernazar selepas solat hajat untuk melakukan solat sebanyak 1000 rakaat sekiranya dia mendapat hajatnya dalam masa tiga minggu. Hajatnya tidak tercapai dalam masa yang diinginkan maka dia solat hajat sekali lagi dan menukar nazar untuk solat 100 rakaat. boleh ke dia berbuat begitu. Sekian :wassalam

SJ-12-0145 : Kaedah akad nikah dengan janda

"Janda lebih berhak terhadap dirinya daripada walinya, sedang perawan dimintai izin tentang urusan dirinya, dan izinnya itu ialah diamnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

dari hadis ni yg ana faham janda tak perlukan wali untuk akad nikah, maknanya boleh akad nikah ngan janda tanpa ada wali la maksudnyer yer. Ana berada di luar negara,

Soalan:camna kaedah yg betul utk akad nikah dgn janda.

SJ-05-0166 : Selawat di dalam khutbah jumaat

Saya tak boleh nak reply jawapan thtl tu...[Lihat SJ-05-0165]

Jadi saya nak tanya ustaz Zain, Mazlee, hasrizal dll

Sah tak sembahyang jumaat pentaqlid mazhab yg empat sembahyang dimasjid yg selawat dikira bukan rukun khutbah? Ini bukan tanya main2 atau nak memainkan sentimen sebab saya adalah bermazhab syafie. Mohon bantuan!

SJ-07-0055 : bacaan zikir diantara takbir solat raya

:salam

di masjid2 dan surau2 yang menjalankan solat sunat raya(puasa/haji), sebelum solat didirikan biasanya imam akan bangun dan beri taklimat tentang cara melaksanakan solat sunat ini. yang biasa saya dengar dari taklimat imam menyatakan sunat membaca zikir "subhanallah walhamdulillah walailaha illALLAH HUWALLAHU akbar" diantara takbir2 di dalam solat raya. adakah ini warid daripada amalan Rasulullah s.a.w dan salafussoleh?