March 2007

SJ-05-0171 : Solat Hajat Lagi...

:salam

ana ada soalan mengenai solat hajat lagi..setelah membaca artikel dan perbahasan yg panjang lebar mengenai solat hajat ni, saya nak tanya, apakah pula hukum solat hajat berjemaah??adakah solat hajat ini sesiapa yg membuatnya termasuklah orang membuat perkara bidaah??mohon pencerahan...

:wassalam

SJ-05-0169 : Solat sunat selepas Jumaat

Salam.

Kita sering mendengar persoalan berkenaan solat sunat sebelum Jumaat yang pelbagai qaul ulama menyokong dan menidakkan hadis yang pelbagai cara istinbatnya itu. Untuk keluar drpd perkara khilaf, maka kita dibolehkan untuk solat sunat mutlaq sahaja sebelum khutbah atau solat tahiyyatul masjid. Namun persoalan di sini, bagaimana pula dengan solat sunat selepas Jumaat, adakah ia mempunyai perbahasan dalil yang sama? Atau ada hadis sahih dan sorih yang menyebut tentangnya?

Mohon bayan...

sekian. terima kasih.

wassalam.

SJ-05-0170 : solat jemaah-masbuk

:salam

seorang imam dan seorang makmum sedang solat fardhu, datang seorang lagi datang bersembahyang dibelakang imam, tetapi beliau tidak menolak imam ke hadapan ataupun menarik makmum ke belakang, perlukah makmum yang pertama berundur ke belakang atau imam berganjak ke hadapan? Adakah makmum dapat fadilat berjemaah atau makruh hukumnya? Bagaimana makmum yang pertama yakin bahawa yang datang itu ingin bersolat jemaah atau mungkn beliau bersolat jamak