March 2007

SJ-01-0066 : 'kun fayakun' dan 'enam hari'

setakat yg saya faham,

dalam surah yasin dekat2 nak ujung tu, ada sebut kun fayakun. dihuraikan oleh kebanyakan ustaz Allah berkuasa menjadikan sesuatu, apabila Allah kata jadi (kun) maka jadilah ia (fayakuun...)

kemudian, sy dapati dlm surah sajadah, camna pulak dikatakan Allah menjadikan langit dan bumi dan apa yg ada diantara keduanya dalam tempoh 6 hari...?

sy keliru. terima kasih atas penerangan ustaz

SJ-13-0220 : hukum mewarnakan rambut dgn pewarna yg kekal.

apakah hukum mewarnakan rambut dgn pewarna yg kekal?
adakah apabila seseorg yg tlh mewarnakan rambutnya,mesti dipotong rambut?
adakah si pemakai pewarna rambut tidak boleh solat jika rambutnyer masih berwarna lagi?
adakah sah mandi wajibnya sbb mandi wajib mesti seluruh anggota badan???

tolong jwb...
URGENT

SJ-13-0216 : Pedoman Orang Mukmin- Imam Ghazali

Di dalam kitab tersebut, Imam Ghazali ada meriwayatkan Hadith yang dimana Rasullullah s.a.w bersabda, " Janganlah kamu himpunkan namaku dengan gelaranku" Di sana tidak ada penjelasan dari Imam Ghazali.

Adakah ini bermakna kita tidak boleh menamakan anak anak kita dengan nama Muhammad Al Mustafa, ataupun Muhammad Al Amin. dll

Mohon pencerahan.

wassalam