JH-ASAS-008- MEMPELAJARI HADITH PERLU BERPERINGKAT
Submitted by admin on Sat, 31/05/2008 - 7:31pmDalam artikel yang ringkas ini saya cuba untuk membawa para pembaca berfikir bersama tentang satu tanggapan yang wujud dalam kalangan pencinta hadith atau pencinta sunnah.
Tanggapan tersebut ialah tanggapan bahawa hadith boleh dipelajari dengan mudah malah sangat mudah. Sehinggakan seorang muslim atau muslimah yang hanya belajar beberapa perkataan arab boleh membuka mana-mana buku berkaitan hadith. Malah dirinya telah dibolehkan untuk memberikan pandangan terhadap persoalan-persoalan berkaitan hadith tanpa kajian yang teliti dan dalam masa yang singkat. Ada pula yang mengetengahkan pendapatnya tanpa merujuk kepada tulisan para ahli ilmu hadith terdahulu tetapi cukup dengan hanya merenung lafaz hadith yang berkaitan.