May 2008

SJ-12-0287 : Tanggungjawab isteri dlm proses penceraian

:salam

Persoalan saya, apakah isteri masih lagi bertanggungjawab menjalankan tugasannya sebgai isteri dalam melayan suami zahir & batin ketika dalam proses penceraian. (isteri telah buat pengaduan ke mahkamah dan kesnya belum dibawa ketgh)

Suami seringkali mengungkapkan antara kita tiada lagi hubungan suami isteri dr segi syarak tetapi hanya tertakluk dlm undang negara. Apakah lafaz sedemikian telah jatuh talak terhadap isteri?

SJ-08-0092 : Re: Adakah dr Imam Syafi'i.

:salam ,

Membayar fidyah bermaksud membayar tebusan, adalah satu hukum yang berkaitan dengan banyak bab fiqh, ada fidyah yang berkaitan dengan puasa, ada yang berkaitan dengan haji dan yang berkaitan dengan peperangan. Jadi fidyah yang mana satu yang tuan maksudkan?

Kemudian jika dalam bab puasa, adakah fidyah yang berkaitan dengan orang yang ada keuzuran meninggalkan puasa atau yang tiada keuzuran, orang sakit, orang hamil, orang menyusu, haidh dll?

dlm bab puasa..ya Syeikh Izrail. ::D

SU-00389 : Hadis Nabi larang Ali krmwjh kahwin lain

ÇáÓáÇã Úáíßã æÑÍãÉ Çááå ÊÚÇáì æÈÑßÇÊå

Didoakan semoga ahli panel al-ahkam dalam inayah Allah

Saya musykil sikit tentang sebab kenapa Rasul s.a.w. tolak hasrat Ali krwjh nak kahwin dengan anak Abu Jahal sedangkan anak Abu Jahal sudah islam ( klu x silap ) . Adakah sebab dia anak perempuan Abu Jahal , maka Rasul benci keturunannya ? Mohon penjelasan ahli panel ?

Wassalam

SJ-03-0107 : ANAK TERKENA NAJIS

Assalamualaikum...

Ana ada anak kecil yang biasanya kami pakaikan pampers. Suatu hari kami telah kesempitan wang dan tidak mampu membeli pampers. Kemudian kami gunakan kain kampin utk anak. Tiba-tiba timbul masalah bila anak kencing, maka kain lampin jadi basah dgn kencing. Sudah beberapa kali ditukar lampin, tapi bila kecing akan berlaku masalah sama, iaitu: anak saya pegang kain lampinnya...jadi tangan anak bernajis. Saya tidak sempat menukar lampin, tetiba anak capai biskut lalu dimakannya.

SJ-05-0361 : Takbir Dalam Solat

:salam

Maaf sekiranya soalan saya ini pernah diajukan sebelum ini. Saya ingin memohon penjelasan dari ahli panel mengenai tertib mengangkat tangan ketika takbir dalam solat. Pada pemahaman saya yg bersandarkan pengetahuan yg sgt cetek, perbuatan mengangkat tgn ketika takbir dilakukan pada rakaat pertama dan ketiga. Apakah hukum jika terlupa untuk berbuat demikian?

SJ-12-0286 : Hubungan dihalang ibubapa

assalamualaikum...berkenaan dgn tajuk hubungan dihalang dlm posting ustaz zain,adakah kebahagiaan rumah tangga pasangan yg bernikah tanpa mendapat persetujuan/restu keluarga di pihak lelaki terjamin?sbb biasa saya terdengar cerita2 tentang perkahwinan yg tidak dapat restu keluarga di pihak lelaki terutama drpd ibu kandung sendiri menjadi tidak bahagia/porak peranda.....dan mereka cakap allah redha jika ibu redha...bagaimana nak dikaitkan dgn bab nikah nih kerana kita nikah kerana tak mau derhaka kepada allah?