May 2008

SJ-10-0087 : status halal vitamin diimport

salam...

saya telah membeli sejenis supplement/vitamin yang diimport dari England dari sebuah farmasi. Apabila melihat kepada bahan-bahannya, ada tercatat 'gelatin'. Maka, saya melakukan research dan mendapati 'gelatin' yang digunakan untuk supplement ini adalah daripada bovin (sejenis kerbau/seladang). Persoalannya sekarang, saya musykil apakah status gelatin yang mereka gunakan untuk menghasilkan supplement ini sekiranya kerbau/seladang itu tidak disembelih mengikut hukum syarak? Harap dapat memberi penjelasan...terima kasih.

SJ-10-0086 : Mohon penjelasan berkenaan arak?

Keputusan Fatwa Muzakarah Jaw. Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam

Kategori : Makan&Minum
Tajuk :
Alkohol Sebagai Penstabil Minuman Ringan

Keputusan
Kordial yang mengandungi bahan citarasa(flavour) yang dimasukkan alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan untuk tujuan minuman sekiranya:

a) Alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak.

b) Bahawa kuantiti alkohol dalam citarasa (flavour) itu adalah sedikit iaitu tidak memabukkan.

SJ-12-0281 : Urgent : Masalah keputihan dan haji

Assalamualaikum ustaz,
Soaljawab mengenai masalah keputihan, selalu kencing dan buang angin telah dibaca. Soalan saya:-

1. Bagaimana cara terbaik bagi orang-orang yang mengalami masalah keputihan ketika mengerjakan tawaf (telah sumbat kapas dan ambil wudhu) terutama semasa musim haji. Bolehkah diteruskan sehingga selesai 7 kali pusingan bagi orang bermasalah keputihan.

SJ-02-0023 : kewajipan menyertai jemaah...

assalamualaikum..

saya ada nak tanya soalan.. sering kali orang menggunakan ayat ini untuk menunjukkan kita wajib bergerak under jemaah/wadah iaitu

"sesungguhnya Allah mencintai orang2 yg berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur,mereka seakan2 seperti suatu bangunann yg tersusun kukuh" As-Saff ayat 4

soalan yang saya nak tanya.. benarkah tafsiran bahawa Allah menyukai kita kerja beramai2?ataupun tafsiran bahawa Allah menyukai gerak kerja yg berstrategi/teratur walaupun kamu seorang diri?

SJ-01-0117 : satu pertanyaan dari hati yang resah

maafkan saya saudara,

kiranya pertanyaan ini berada di tempat yang salah, saya seorang lelaki islam yang jahil. Jiwa saya sejak akhir-akhir ini begitu resah dan gelisah. soalan saya

1. Kenapa masa kita berada dalam kejahilan rezeki kita banyak dan ketika kita cuba hampir kepadaNya kita tidak mempunyai apa-apa.

2.Setiap kali sujud akhir dalam smbyh kenapa dosa masa silam terbayang kembali.

3.Masih adakah keampunan dariNya walaupun kita pernah berlaku Syirik terhadap Allah.

SJ-01-0115 : Kain Kuning dan Jin Islam

Assalamualaikum Wmt Wkt,

Didoakan semoga semua ahli panel dlm inayah dan taufiq Allah

1. Apakah hukum membalut senjata lama seperti keris, lembing dan sebagai dengan KAIN KUNING sahaja ? Adakah perbuatan ini syirik

2. saya ada terbaca kata -kata Imam Ibnu Taimiyah tentang keharusan bersahabat dengan jin Islam ( klu tidak silap dalam buku Ust fathi Yakan - ÇáÓÍÑ æãÔÊÞÇÊå )

æÞÏ ÝÕáøó ÔíÎ ÇáÅÓáÇã ÇÈä ÊíãíÉ ÑÍãå Çááå ÇÓÊÚÇäÉ ÇáÅäÓ ÈÇáÌä ÍíË ÞÇá:

SJ-13-0416 : Maksud SAW

:salam

dikatakan orang itu bakhil apabila disebut nama Nabi tetapi ia tidak membaca selawat kepadanya (Nabi) tetapi bagaimana pula jika kita menulis nama Nabi dengan tulisan S.A.W. atau tulisan SAW sahaja!
bila kita menulis begitu macamana cara membacanya dan apakah maksud perkataan begitu!