July 2008

SJ-05-0379 : Cara memaling muka ketika memberi salam

assalamualaikum.

soalan saya tentang rukun solat memberi salam. setahu saya, cara yg terbaik dalam memberi salam ialah bila dimulakan bacaan salam ketika pandang hadapan dan diakhiri bacaan dgn berpaling kekanan.

a. kalau kita mengucap salam sehingga habis baru berpaling, sah ke solat?

b. kalau kita berpaling dulu baru ucap salam, sah ke solat?

Wajarkah Dikaitkan Kelebihan Rejab Dengan Peristiwa Isra dan Mi`raj?

Oleh: al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Wednesday, 08 August 2007

KELEBIHAN REJAB YANG DIADA-ADAKAN

Sebahagian para penceramah agama yang kurang berhati-hati selalu mengaitkan kelebihan bulan rejab dengan peristiwa mu`jizat Isra dan mi`raj. Apa yang perlu difahami ialah tarikh sebenar berlakunya peristiwa hebat itu masih lagi menjadi perselisihan di kalangan ulama.

SJ-09-0033 : Pembesaran Tempat Saie

Assalamualaikum

Adalah difahamkan bahawa laluan Safa dan Marwah yg asal telah dipecahkan dan satu laluan baru di buat bersebelahan untuk tujuan Sa'ie. Maka terdapatlah pendapat bahawa Sa'ie yg akan dilakukan nanti tidak sah. Apa pendapat ahli panel AAN tentang perkara ini? Harap penjelasan ::? ::?

SJ-05-0378 : Masalah duduk tahiyat akhir ketika saf padat

Assalamualaikum diucapkan kepade ahli panel fiqh Al-Ahkam.net. Di sini saya ingin mengemukakan satu persoalan berkaitan duduk tahiyat akhir ketika saf yang agak padat.

Ketika solat berjemaah, kadang kala saf makmum agak padat dan menyukarkan para makmum untuk duduk tahiyat akhir. Saya melihat ada makmum terpaksa duduk dgn cara duduk antara dua sujud. Jadi, bagaimana penyelesaian untuk masalah ini?

Sekian. Terima kasih.

JH-MANHAJ-004- Belajarlah Menghormati Imam al-Tirmidzi!

Oleh alitantawi

Dalam kalangan pengkaji hadith atau penuntut ilmu hadith, terkadang kita temui segolongan yang tidak pandai menghargai ilmu ulama hadith terdahulu. Walaupun kita mengakui bahawa wujudnya segolongan pengkaji yang sentiasa menghargai, memandang tinggi dan berusaha memahami pendapat ulama hadith terdahulu, kita tetap perlu mengakui hakikat pahit bahawa wujudnya segolongan yang tidak pandai meletakkan kedudukan ulama hadith terdahulu pada tempat yang sepatutnya.

SJ-04-0088 : Wudhuk dengan Balutan luka.

:salam

Boleh tak mintak tolong panel feqh jelaskan dengan ringkas beserta dalil sedikit berkaitan pelaksanaan " cara mengambil wudhu` @ tayamum mengikut mazhab empat ketika:

1. Anggota yang berbalut
2.Anggota yang cedera tapi tidak berbalut

Dan mintak tolong tarjihkan pendapat empat mazhab..

jazakallah,

SJ-13-0456 : Hukum membaca berita palsu

:salam

Apakah hukum pd seseorang pemberita yg membaca berita di TV yg jelas dimanipulasi (terdapat penyelewengan fakta/finah) oleh sesetengah pihak yg menguasai media? Adakah ianya termasuk sbg dharurat bagi dirinya kerana dia hanya tukang baca?

jzk