July 2008

SJ-13-0448 : Belajar bermain muzik tidak Islamik

:salam

Anak saya sedang mempelajari piano/violin di sebuah pusat muzik klasikal yang berdekatan. Masalahnya, silabusnya antara lain mengandungi skor/tune berasal drpd karya2 klasikal yg berunsur tidak Islamik, spt lagu 'Jesus Joy', 'Christmas', dsb. Adakah boleh anak saya meneruskan pelajaran tsb, sekalipun dia tidak menghayati mahupun menyanyikan senikata/mesej lagu2 tsb, yakni hanya sekadar memainkan iramanya?

jzk

SJ-07-0149 :Nabi ajar Saidina Ali zikir Laa Ilaha IllalL

Assalamualaikum,

Saya mendapati ada orang berhujjah dengan dalil Nabi S.A.W mengajar Saidina Ali R.A zikir "Laa Ilaha IllalLah" dengan lafaz:

"Ya Ali, apabila kamu menyebut 'Laa', tumpukan pada pusatmu, kemudian apabila menyebut 'Ilaha', toleh kepalamu ke kiri, dan apabila menghabiskan dengan 'IllalLah', habiskan dengan kepala kembali ke pusat"

Adakah hadis ini sah?

Jazak AlLah.

P/S: Saya ingin post di dalam kawasan lain, tapi tak dapat, dan saya punya kekeliruan ni kritikal jugak.

SJ-02-0027 : Tentera Fisabilillah

Assalamualaikum semua,

saya baru dlm forum ni...baru join...x brp reti lagi nk mengajukan soalan2 ni...ni baru nk test power...hehehe

nk tanya...
betulkah pada zaman rasulullah dulu...angkatan tentera fisabilillah ni kena bersumpah dengan quran...taat kepada pemerintah,menyebarkan syiar islam dan lain2 yg memperjuangkan islam...dan amalan ini mmg benar dilakukan oleh rasullullah sendri?

sbb pada masa ini famous dengan kumpulan 3line,asalnya PEKIDA, tp sbb da menyimpang...tu pasal jd 3 lines,sarjan,apa lagi tah...

SJ-04-0086 : minyak pada kulit, tak sah wudhu?

1) Adakah melumurkan minyak zaitun ke kepala sebelum tidur adalah sunnah nabi?

2) Apa apndangan tuan2 tentang minyak pada kulit yang menghalang air pd waktu wudhu? adakah mana rukhsah yang dibenarkan kerana agak membebankan jika selepas makan ari atau goreng pisang tentunya tangan berminyak dan secara logiknya air xkan sampai ke kulit.

SJ-04-0081 : mandi wajib teknikal

Salam

1) Dalam pelbagai buku fiqh, saya dapati sunnah dalam mandi wajib adalah mengambil wudhu sebelum mula menjirus air ke kepala dan badan untuk diratakan. Dalam masa yang sama, ada dinyatakan jika tangan tersentuh kemaluan ketika proses meratakan air, maka wudhu dikira btal dan kita mesti mengulang wudhu setelah selesai mandi untuk mengharuskan bersolat. Soalan saya, apa rasionalnya wudhu pada awal mandi sedangkan sudah pasti kita akan menyentuh kemaluan untuk memastikan air rata? Dan mengapa perlu dikatakan “ulang wudhu JIKA menyentuh kemaluan” ?