July 2008

SJ-05-0374 : solat qada

:salam

di sini, ana ingi brtny tentang qada solat

Adakah berdosa bg seseorang trlewat solat hngga trlepas wktnya? (dlm kes ini dia tertidur)

bagaimanakah tatacara solat qada, dr segi niat cnthnya apa yg perlu diniatkan?

sekiranya terlewat solat subuh (bgn lwt) bolehkah kita solat pd wkt matahari terbit? sb kalau x salah itu dah masuk wkt haram solat.

mintak huraian dr panel selengkapnya insyaallah.

WA

SJ-16-0011 : tuduhan zina dan liwat

:salam:

saya ada kemusykilan semasa bebual dgn sahabat2 mengenai kes zina. kemuskilan pertama mengenai penuduhan zina, dalam kes zina penuduhan kenalah ada disertakan saksi 4 org, kalau tak cukup boleh jatuh kes tuduh zina dan kena sebat 80. kemusykilan saya ialah dalam kes muktahir ini, kes dato anuar ibrahim, ada yg mengatakan kalau mangsa sendiri lapor dah kira kes lain walaupun tak cukup bukti tak sabit kazaf? kazaf ini hanay sabit bila org lain buat tuduhan selain mangsa, betul ke?

SJ-05-0439 : Perihal Muwafiq Yang Ketinggalan Dari Imam

:salam

Setakat pengetahuan saya, muwafiq ni jadi sekiranya makmum yang mengangkat takbir sama dengan imam dan tak dapat ikut 2 rukun yg panjang sekali dengan imam.. antara sebab mungkin habiskan al-fatihah.

1) saya tengok ada banyak percanggahan dalam buku2 berkaitan solat bab muwafiq ni.. ada kata lepas 2 sujud (rukun panjang).. ada yang kata lepas sujud pertama.. (rukuk+sujud pertama).. yang mana satu yg betul?

SJ-12-0293 : mempelajari teknik2 hubungan sex suami-isteri

:salam

Ana ditanya oleh sahabat..apa pandangan Islam mengenai suami-isteri yang mempelajari teknik-teknik hubungan sex melalui laman-laman web/gambar 'adult'..sebab buku-buku mengenai perkara-perkara begini tiada kat Malaysia..katanya.

Mohon pencerahan daripada Panel Feqh.. ::roll:

SJ-13-0453 : Tidak Berzikir, Lafaz Doa, & Ilmu Hadis

Assalamualaikum,kepada panel al ahkam yang saya hormati.pertama sekali,saya yang sedikit ilmu agama ini ingin memohon maaf kerana banyak bertanya. di sini saya ada 3 soalan kepada panel al ahkam.

1.Adakah sembahyang masih dikira sah sekiranya tidak membaca tasbih semasa iktidal,rukuk dan sujud(sekadar diam sahaja) ?
benarkah ada pendapat yang mengatakan cukup sekadar membaca tasbih subhanallah semasa rukuk dan sujud?

SJ-13-0497 : 12 soalan daripada Bayan Maghrib

Assalamualaikum,

Saya ingin tanya beberapa soalan berkaitan dengan Bayan yang saya dengar tadi.

1. Adakah Sunnah RasululLah SAW untuk duduk rapat-rapat dalam satu majlis agama/ilmu?

2. Adakah hadith sah dari Nabi SAW mengenai barangsiapa yang ada sifat kibir walau sebesar zarahpun, tidak dapat mencium bau syurga?

3. Adakah hadith sah mengenai seseorang akan mendapat sekurang-kurangnya 700,000 ribu bidadari dalam syurga nanti Insha AlLah?

4. Apakah maksud sebenar mengenai "berada di jalan AlLah"?

SJ-10-0092 : Tempeh, Tapai dan alkohol

Assalamu'alaykum w.b.t.

Tempeh dan tapai adalah antara contoh makanan yang melalui proses fermentasi. Dan sprti yang sedia maklum, proses fermentasi akan menghasilkan alkohol.

Jadi, ingin bertanya, sejauh mana makanan yang melalui proses fermentasi ini boleh dikira sebagai makanan yg halal? Kerana walaupun tidak memabukkan, tapi makanan tersebut tetap mengandungi alkohol. Dan ada juga kebarangkalian bagi makanan tsb memabukkan.

SJ-05-0377 : Solat berimamkan lelaki tua yg uzur

Assalamu'alaykum w.b.t.

Ingin bertanya pandangan sekiranya seorang lelaki tua yg uzur (i.e. immobile & tak mampu bercakap dgn baik) mengimami solat, dalam situasi hanya ada dia (lelaki tua tsb) dan seorang muslimah (cthnya cucu perempuan) di dalam satu rumah.

Kerana maklum bahawa imam harus lebih baik/sempurna drp makmumnya. Jadi, ingin tahu jika solat berjama'ah itu tiada masalah dlm kes ini, atau solat fardi itu lebih utama?

SJ-05-0375 : Perihal berjemaah berdua

:salam

-Adakah wajib makmun dam imam sekiranya solat berdua solat di dalam satu saf?

-Sekiranya imam baru perasan makmum nan sorang ni berada di belakangnya sedikir (ikut kurikulum KBSM).. perlukah beliau berundur untuk menyamakan saf? Adakah batal sekiranya dia bertindak untuk tetap berbeza saf(yakni makmum ke belakang sedikit).