June 2011

Syiah Malaysia saman Utusan, JAIS, Khusrin

Pemimpin Syiah Malaysia Mohd Kamil Zuhairi Abd Aziz akhirnya menyaman Utusan Malaysia, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan bekas pengarahnya Datuk Khusrin Munawi atas alasan memfitnahnya.

Dalam writ saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin, Mohd Kamil mendakwa Khusrin mengeluarkan kata-kata fitnah itu di Utusan pada 15 dan 16 Disember tahun lalu.
Laporan Utusan itu antaranya memuatkan kenyataan Khusrin mengenai tangkapan penganut Syiah. Beliau turut dilaporkan menghuraikan beberapa ciri dan pendekatan aliran itu mengikut kefahamanya.

Tak Berpuas Hati Dengan Artikel Tentang Syed Qutb Ini?

Kalau anda rajin, anda boleh baca sampai habis artikel oleh pengikut salafi ekstrem di bawah ini nanti yang menghentam keras Syed Qutb. Setelah itu, jika anda tak berpuas hati banyak perkara di dalamnya.. Anda adalah orang yang patut mendaftar dan pergi ke Seminar Pemikiran Politik Islam as-Syahid Sayyid Qutb. Anda boleh kongsikannya atau luahkannya atau mencari jawapannya di seminar ini.

Seminar Pemikiran Politik Islam as-Syahid Sayyid Qutb
Tarikh: Sabtu 16 Julai 2011
Masa: 9.00 am - 1.00 pm
Tempat: ISTAC

Jangan Asyik Seronok Nak Berdemonstrasi Saja, Pelajari Juga Adab-adabnya

Demonstrasi: Sertailah Jika…..

Oleh Ustaz Abu Umair

Demonstrasi ialah tunjuk perasaan yang dilakukan dengan cara berkumpul beramai-ramai dan berarak sebagai tanda protes terhadap sesuatu isu. Orang yang menyertai demonstrasi tidak turun padang semata-mata untuk berkumpul dan berarak tanpa tujuan. Di sebalik tindakan mereka, ada suara hati yang mahu didengari dan pandangan yang mahu diambil perhatian pihak tertentu. Atau dengan kata lain, ada objektif yang hendak dicapai. Maka difahami bahawa demonstrasi hanya wasilah atau pendekatan untuk menyuarakan pandangan secara jama’ie.

Harus ‘berduaan’ dalam kereta dengan syarat : Mufti Mesir

Oleh: Shamsul Muda


Mufti Mesir, Al-Allamah Syaikh Ali Jum’ah ditanya tentang hukum seorang wanita menaiki sebuah kereta bersama seorang lelaki.

Apakah dibolehkan sedangkan dalam kereta tersebut, hanya terdapat mereka berdua sahaja, iaitu seorang lelaki dan seorang lagi wanita?

Menjawab soalan itu, Syaikh Ali Jum’ah menfatwakan, secara dasarnya, seorang wanita BOLEH menaiki kereta bersama seorang lelaki.

Kategori Berita: 

Nota: Sahih Muslim 03/06/2009 - Proses Cuka Dan Bolehkah Berubat Dengan Arak?

Tajuk yang dibincangkan: Pengharaman Memproses arak untuk dijadikan cuka. Pengharaman berubat dengan arak. Menyatakan semua yang direndam untuk dibuat arak daripada kurma, tamar dan anggur itu dinamakan khamar/arak. Larangan Merendam Buah Tamar Dan Buah Zabib Dengan Mencampurkan Kedua-duanya Sekali

Kategori Berita: 

Ulasan Buku: Hukum Membid’ahkan Dalam Masalah Ijtihad – حكم التبديع في مسائل الاجتهاد

Oleh Dr Abdul Basit Abdul Rahman (www.abuanasmadani.com)

Buku ini telah ditulis seorang pensyarah di Jabatan Syariah, Universiti Islam Madinah, al-Madinah Munawwarah, iaitu Syeikh Prof Dr Muhammad bin Husain Al-Jizani hfz. Beliau adalah salah seorang guru ana dalam subjek Usul-Fiqh di UIM, seorang yang baik dan petah berhujjah. Telah mendapat gelaran “Ustaz” Professor Usul al-Fiqh pada tahun 2010. 

Nota: Syarah Sahih Muslim: Bab: Pengharaman Khamar - (Keunikan Pendapat Imam Abu Hanifah)

Imam Abu Hanifah tidak memasukkan apa sahaja minuman yang memabukkan ke dalam kategori khamar. Ini tidak sebagaimana jumhur ulama yang mengatakan apa sahaja minuman yang memabukkan adalah khamar. Untuk mengatakan sesuatu itu khamar atau tidak, Imam Abu Hanifah membataskan beberapa bahan sahaja. Dan ada sebahagian bahan yang perlu dilihat pula cara pemerosesannya atau pembuatannya.

Kategori Berita: 

Nota: Syarah Sahih Muslim: Bab: Pengharaman Khamar / Arak

Kepada sesiapa yang ingin mengkaji tentang hukum arak, alkohol dan yang berkaitan dengannya di samping mereka membaca pelbagai fatwa ulama kontemporari mengenainya, adalah dicadangkan juga untuk mengikuti isikandungan kuliah ini dan siri berikutnya. Ia akan membawa kita kembali kepada perkara paling asas atau bahan mentah berkenaan hukum-hakam arak dan alkohol. Kita akan didedahkan dengan ijtihad para imam salaf mengenainya.

Kategori Berita: