June 2011

Yang Mana Pilihan Hati.. Hukum Demonstrasi Halal atau Haram?

Demonstrasi.. Ada yang kata halal. Yang seorang lagi kata haram. Yang mana pilihan anda?

Kiriman ini bukanlah bahan kempen untuk menggalakkan orang berdemonstrasi ataupun menghalang mereka dari menyertainya. Tetapi lebih kepada mengajak atau kempen kepada semua untuk belajar meneliti, menelaah dan melakukan perbandingan ke atas pandangan semua pihak yang berbeza dengan dada lapang dan fikiran yang terbuka.

Mustafa Sa‘id al-Khin (1922-2008M) : Ulamak Usul Fiqh Terkemuka dari Syria.

Oleh: Dr. Mohd Rumaizuddin Ghazali

Nama penuhnya ialah Mustafa bin Sa‘id bin Mahmud al-Khin al-Syafi’i al-Maydani al-Damasyqi. Beliau dilahirkan pada tahun 1922M.  Bapanya Sa‘id al-Khin adalah penghulu di daerah Maydan, Damsyik dan Mustafa adalah anak ke 11 daripada 18 orang adik beradik. Pada usia lapan tahun beliau telah memasuki sekolah peringkat rendah dengan menghafal al-Quran dan kemudian memasuki sekolah al-Jam‘iyyah al-Ghara’ dan guru besarnya ialah Muhammad Hasan Habannakah.

Syeikh Hassan Habannakah al-Maydani-(1908-1978M) Tokoh Ulama dan Pembina Para Pendakwah di Syria

Al-Maydan merupakan satu kawasan yang penduduk Arab yang asal dan amat memelihara syiar Islam dan tradisi Arab.  Kawasan  ini dinamakan al-Maydan kerana pada zaman dahulu ia merupakan tempat perlumbaan kuda. Dalam kawasan ini terdapat tiga masjid yang terkenal iaitu Masjid bab al-Musolla,  Masjid Manjak iaitu masjid yang dibina dibina oleh seorang pemerintah yang bernama Manjak dan Masjid Sayyidi Suhaib iaitu nisbah kepada sahabat yang bernama Suhaib al-Rumi yang dimakamkan berdekatan di situ bersama dengan para sahabat yang lain.

Apa Maksud al-Hafiz Dalam Bidang Hadis?

Gelaran dalam bidang hadis:
Al-Musnid: Orang yang meriwayatkan hadis dengan sanadnya, samada dia ada pengetahuan tentang hadis berkenaan ataupun hanya semata-mata meriwayatkannya.

Al-Muhaddis:
Orang yang menekuni dalam bidang ilmu hadis samada secara riwayah atau dirayah dan menelaah banyak periwayatan dan keadaan perawinya.

Al-Hafiz:
Ramai ahli hadis berpendapat ia sama makna dengan muhaddis.
Sebahagian yang lain berpendapat ia lebih tinggi kedudukannya berbanding muhaddis. Apa yang diketahuinya pada setiap tahap lebih banyak dari yang tidak diketahuinya.

Isu al-Hafiz al-Iraqi: Ustaz Adlan Jawab Abu SyafiQ!!

1- Terima kasih kpd ust Abu Syafiq di atas teguran beliau terhadap buku saya yang telah ditulis pada tahun 2006. Teguran yang tepat dan membina perlu diterima sebagai bukti kita adalah penuntut ilmu. Soal bahasanya yang kasar, itu mungkin kerana beliau merasakan saya sebagai 'musuh' sedangkan saya menganggapnya sebagai 'saudara' yang sudi menegur kesilapan saudaranya sendiri. Itu bukan persoalan untuk dibincangkan di sini. Persoalannya adalah seperti berikut:

Melampau!! Tak kanlah Sampai al-Iraqi Pun Hang Tak Kenal?

Anda baca petikan berikut, kemudian anda baca apa yang tertera pada gambar yang dipaparkan di bawah ini, apa pandangan anda  wahai kawan-kawan..

Petikan: "Lihat betapa biadap & kurang ajarnya WAHABI bernama al-Iraqi & penulis buku, Adlan Bin Abdul Aziz memperlekehkan Imam al-Ghazaly sehingga berani mengatakan Imam al-Ghazaly tidak tahu antara hadis yg. sohih dgn. yg palsu dlm. Kitab Ihya' Ulumiddin."

Pertemuan Ilmuan Dan Da’i Malaysia

Saling berpesan untuk kebenaran bersama kesabaran, bukanlah agenda kecil.

Ia mengiringi untung rugi hidup sebagai hamba Allah yang menghargai masa kehidupannya.

Alhamdulillah segala puji bagi-Nya yang telah melimpahkan kurniaan rezeki untuk para asatizah berhimpun di dalam sebuah ‘usrah’, dengan inisiatif al-Fadhil Ustaz Haji Zaharuddin Abdul Rahman yang mengambil inspirasi usaha Sheikh Yusof al-Qaradhawi dalam hal ini.

 

Layanan Nabi s.a.w terhadap aduan rogol tanpa empat saksi

Dalam perundangan Islam, mangsa rogol yang membuat aduan dirinya dirogol seseorang, diberikan pembelaan. Nasibnya dibela. Aduannya itu diterima, diambil kira dan disiasat. Samada aduan yang dilakukannya itu disokong empat saksi, atau disokong bukti-bukti lain yang berwibawa, yang menunjukkan berlakunya kes rogol.