August 2011

Tafsir Muhammad Asad: Mendengungkan Prinsip Abduh

Oleh: Dr Ahmad Farouk Musa [Diterjemahkan oleh Ahmad Nabil Amir (PhD Usuluddin)]

Pembaca Tafsir Muhammad Asad “The Message of the Qur’an” akan mengenal dengan baik pendekatan Asad dalam menterjemah dan menulis komentarnya yang ekstensif. Pembaca akan menemui dalam nota penjelasannya rujukan yang ketara kepada pandangan yang diketengahkan oleh Muhammad Abduh (1849-1905). Menurut Asad, kepentingan Abduh dalam konteks dunia moden Islam tidak akan dapat diungkapkan dengan sempurna. Tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa setiap tren dalam pemikiran Islam kontemporer dapat dikesan dari pengaruh, secara langsung atau tidak, kepada idealog paling terkemuka ini di kalangan pemikir Islam moden.

SJ-05-0547 : SOLAT TARAWIKH (waktu solat)

Assalamualaikum...

Bilakah waktu bermula dan berakhir solat tarawikh...adakah bermulanya selepas Isyak dan berakhir sebelum subuh seperti solat witir? Dan bilakah waktu yang afdal dilakukan? Ada yang menyatakan lebih afdal dilakukan di tengah malam. Minta penjelasan...