August 2011

Orang Zakat Sendiri Jawab Isu Pengagihan Duit Zakat

Masalah institusi zakat dalam perspektif
Oleh: Dr Mujahid Yusof Rawa

Isu konflik JAIS dan Gereja Metodis Damansara Utama (GMDU) telah membuka ruang kepada berbagai permasalahan lain, antaranya melibatkan persoalan instituisi penguatkuasa Islam dari sudut perundangannya dan arahtuju pendekatannya dalam menjalankan tugas-tugasnya. Begitu juga persoalan yang timbul dari sudut usaha Pemerintah dalam menangani persoalan murtad yang menjadi topik panas mendasari konflik JAIS vs GMDU. Topik yang mendapat liputan besar selepas perhimpunan aman Bersih ini turut mengheret persoalan instituisi zakat yang dikatakan gagal menangani permasalahan  kemiskinan yang diambil kesempatannya oleh pihak Gereja untuk ‘memurtadkan’ umat Islam.

Gerakan Penyebaran Fahaman Syiah Turut Dikesan Di Terengganu

BESUT, 28 Ogos - Gerakan penyebaran fahaman Syiah turut dikesan di Terengganu dengan semua pengerusi masjid negeri itu dilaporkan menerima bahan bacaan berkaitan ajaran itu.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri Khazan Che Mat berkata semua pengerusi masjid dan pihak berkenaan menerima kiriman berkenaan menerusi khidmat Pos Berdaftar beberapa hari lalu.

Sehubungan itu, Khazan berkata semua yang menerima bahan bacaan berkenaan perlu menyerahkannya kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) supaya fahaman itu tidak tersebar di negeri ini.

Pengasas Produk Minuman Kesihatan Terkenal Dalang Sebar Syiah?

​Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam mendakwa yang menjadi dalang penyebaran Syiah di negeri berkenaan adalah pengasas minuman kesihatan. Dikatakan juga produk minuman ini dijadikan tempat berselindung untuk menyebarkan fahaman Syiah.

Kita jadi tertanya-tanya.. Produk minuman kesihatan yang mana satu?

Fatwa; Menunaikan Zakat Menggunakan Perbankan Dalam Talian dan Kad Kredit

Pembayaran Zakat Melalui Perkhidmatan Maybank2u (Internet)
Fatwa Negeri: Selangor
Keputusan:
Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'(FATWA)Negeri Selangor telah membuat keputusan bahawa hukum pembayaran zakat melalui perkhidmatan Maybank2U (INTERNET) adalah harus.

Kaedah pembayaran zakat dengan cara ini adalah terhad kerana zakat harta sahaja tidak termasuk zakat fitrah.

Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'(FATWA) Negeri Selangor juga memutuskan bahawa pihak Maybank yang menjalankan perkhidmatan Maybank2U (INTERNET) tidak dikira sebagai amil zakat.

Fatwa: Hukum Pembayaran Zakat Fitrah Melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS)

Pembayaran zakat fitrah melalui khidmat Sistem Pesanan Ringkas (SMS) adalah harus dengan syarat pihak Celcom Mobile Sdn. Bhd. hendaklah dilantik oleh Majlis Agama Islam Melaka sebagai amil atau agen yang hanya akan membuat pungutan zakat fitrah melalui kaedah SMS di Negeri Melaka bagi suatu tempoh tertentu yang dibenarkan oleh pihak Majlis.

Kategori Berita: 

Rasionalnya zakat diswastakan (devolution)

Oleh Dr Maszlee Malik

1) Tanggung jawab untuk membasmi kemiskinan tidak dibebankan kepada kerajaan semata-mata. Malah setiap anggota masyarakat melalui institusi masyarakat madani akan berkongsi beban untuk membangunkan masyarakat melalui wasilah umum berteraskan sistem zakat yang adil dan telus. Konsepnya ialah: 'Dari masyarakat untuk masyarakat'.

Bulan Keliling Kaabah?

Daripada Dato Mazlan astrology.. Malam ni di Mekkah jam 3.25 a.m (pagi) , bulan akan mengelilingi Kaabah .. dan langit akan bertukar menjadi biru cair (terang jadinya) . Dan masa inilah saat saatnya doa kita dimakbulkan .. Benda ini terjadi selepas 10 juta tahun .. Sila sebarkan perkara ini kepada kawan kawan .. Mekkah 3.25 pagi , Singapore , Malaysia 8.25 pagi (Sabtu Pagi)...

Apa Sebenarnya Di Sebalik Isu JAIS vs DUMC?

DISEBALIK ISU JAIS VS DUMC

Oleh: YB Dr Siti Mariah Mahmud

Saya baru menonton klip rakaman video pemeriksaan JAIS di majlis kesyukuran (thanksgiving) di DUMC. Tujuan klip tersebut ialah untuk mengutuk dan memburukkan PAS dengan peristiwa tersebut hanya kerana PAS tidak mengeluarkan kenyataan menyokong JAIS atau menghentam DUMC.

Cadangan untuk JAIS di dalam menyikapi isu kemajmukan agama di Malaysia:

Oleh Dr Maszlee Malik

Melihat kepada isu-isu yang sering timbul melibatkan JAIS, kita mendapati bahwa  media, persepsi umum dan masyarakat non-Muslim seringkali amat negatif mengenai badan tersebut. Hal ini disebabkan oleh bebanan sejarah (historical baggage) yang dipikul oleh JAIS selama mereka di bawah rejim BN. Isu terkini yang melibatkan persoalan gereja di Damansara Utama sebenarnya semakin meningkatkan persepi negatif masyarakat terhadap JAIS.

Terkesankah Tarbiyah Ramadhan Kepada Aqidah, Ibadah & Akhlaq Kita?

Aqidah, ibadah & akhlaq insan menjadi segar sepanjang Ramadhan

Ramadhan Mentarbiyah Aqidah, Ibadah & Akhlaq Insan

By Shahmuzir

Ramai para ulama menggelar bulan Ramadhan sebagai bulan tarbiyyah.  Di dalamnya penuh dengan rahmat & keampunan ALLAH `Azza wa Jalla.  Ditambah pula makhluq ALLAH yang bernama Syaitan telah digari dan dibelenggu sepanjang bulan yang mulia ini.  Disebabkan oleh musuh utama manusia iaitu Syaitan itu telah dikeluarkan dari diari hidup manusia buat sementara waktu, maka manusia bisa beroleh kekuatan tambahan dalam membentuk diri untuk meletak bekalan taqwa ke dalam dada masing-masing.