[IRF] Akta Jenayah Aqidah: Jawapan terhadap Kritikan Kapten Hafiz Firdaus
Submitted by admin on Sat, 20/08/2011 - 10:20am18 Sept 2011
Respon yang kami terima jelas mempamerkan kelaziman dari hujah puak salafi dalam mana-mana perdebatan. Dari cuba menyampaikan hujahnya dengan cara intelektual, mereka lebih cenderung kepada serangan peribadi.
Penulis mengandaikan bahawa pandangan kami mewakili sosok liberal dan pluralis. Hal Ini sesungguhnya menzahirkan sikap tidak hormat terhadap perbezaan pendapat dan tuduhan yang memperkecilkan kewibawaan ulama Islam dan intelektual seperti Dr Taha Jabir al Alwani, Presiden Universiti Cordoba dan pengasas dan bekas Pengerusi Majlis Fiqh Amerika; Dr Jamal Badawi, ahli Majlis Fiqh Islam Amerika, Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah, dan Kesatuan Ulama Sedunia; Dr Louay Safi, bekas Pengarah Ekskutif dan Pengarah Penyelidikan di Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (IIIT) dan kini menjawat Pengerusi Majlis Syria Amerika; antara lainnya.