August 2011

Hadis-hadis Popular (5): Peliharalah diri kalian dari neraka sekalipun dengan (bersedekah) sebutir kurma

Dari 'Adiy bin Hatim r.a berkata, aku mendengar Rasulullah Shallallahu'alaihi wasallam bersabda: "Peliharalah diri kalian dari neraka sekalipun dengan (bersedekah) sebutir kurma". (Sahih) (Muttafaq Alaih dan lafaz riwayat al-Bukhari)

[Petikan kitab: Al-Ahaadith an-Nabawiyah al-Mutadawalah Fi Hayatina al-Yaumiyah, Dr Athif al-Miliji]

Nak Tahu Ke Mana Zakat Diagihkan? Baca Laporan Ini

Oleh zain-ys

Ke mana wang zakat diagihkan? Mungkin laporan dari Lembaga Zakat Selangor (LZS) boleh memberi gambaran umum mengenainya.

Pada tahun 2010 kutipan zakat LZS sebanyak RM336.8 Juta dengan bilangan pembayar sebanyak 167,990 orang. Agihan pula sebanyak RM330.3 juta dengan bilangan penerima sebanyak 287,101 orang.

Hadis-hadis Popular (4): Takutilah pada firasat orang mukmin

Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a. berkata: Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam bersabda: "Takutilah pada firasat orang mukmin kerana sesungguhnya dia melihat dengan cahaya Allah."
Lalu beliau membaca: "Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang memperhatikan tanda-tanda." (Al Hijr: 75)

[Video] Tahukah Anda Bagaimana Zakat Diurus dan Diagihkan?

Oleh zain-ys

Kita tahu bagaimana zakat dikutip dan mungkin kita adalah salah seorang dari pembayar zakat itu sendiri. Namun kita kurang tahu bagaimana zakat diagih-agihkan.

Berikut ini adalah paparan video yang mengandungi maklumat tentang pengagihan zakat Lembaga Zakat Selangor (LZS). Dengan menontonnya, kita akan dapat gambaran sepintas lalu bagaimana dan ke mana wang zakat disalurkan. Di bawahnya pula adalah maklumat ringkas senarai jenis-jenis bantuan LZS untuk asnaf zakat.

Kategori Berita: 

Hadis-hadis Popular (3): Takutlah terhadap doa orang yang dizalimi

Ibnu 'Abbas r.a. berkata; Rasulullah Shallallahu'alaihiwasallam berkata, kepada Mu'adz bin Jabal r.a. ketika Baginda mengutusnya ke negeri Yaman: "Sesungguhnya kamu akan mendatangi kaum Ahlul Kitab, jika kamu sudah mendatangi mereka maka ajaklah mereka untuk bersaksi tiada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah dan bahwa Muhammad adalah utusan Allah. Jika mereka telah mentaati kamu tentang hal itu, maka beritahulah mereka bahwa Allah mewajibkan bagi mereka shalat lima waktu pada setiap hari dan malamnya.

‘Bazar Ramadhan’ Jangan Jadi ‘Bazir Ramadhan’!

By Shahmuzir

Apabila datang Ramadhan yang mulia, banyak tempat akan mengadakan pasar yang menyediakan banyak pilihan makanan dan juadah untuk berbuka puasa.  Pasar ini yang juga lebih dikenali sebagai ‘Bazar Ramadhan’ sangat memberi faedah buat masyarakat terutamanya buat pasangan suami isteri yang bekerja.  Kesuntukan masa dan kepenatan balik dari tempat kerja tidak mengizinkan mereka untuk menyediakan juadah berbuka puasa dengan sendiri.  Justeru, ‘Bazar Ramadhan’ adalah jawapannya.

Hadis-hadis Popular (2): Perkara halal yang paling Allah benci adalah perceraian

Dari Ibnu Abbas dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Perkara halal yang paling Allah benci adalah perceraian."

(Sahih) (Sunan Abi Daud, Kitab Talaq: 1863, diriwayatkan juga oleh Ibnu Majah, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Tabrani dalam al-Kabir dan Ibnu Adi dalam al-Kamil)

[Petikan kitab: Al-Ahaadith an-Nabawiyah al-Mutadawalah Fi Hayatina al-Yaumiyah, Dr Athif al-Miliji]

Hadis-hadis Popular (1): Manfaatkan untuk dirimu sendiri terlebih dahulu

Manfaatkan untuk dirimu sendiri terlebih dahulu (ابدأ بنفسك)

Dari Jabir r.a. dia berkata;
Seorang lelaki dari Bani Udzrah memerdekakan hamba sahayanya dengan tebusan. Berita itu sampai kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bertanya kepada pemilik hamba itu: "Masih adakah hartamu selain hamba itu?"

Warga facebook Protes Iklan Tahlilan Arwah Komersil Di harakahdaily.net

Sebahagian warga facebook kurang senang dengan penyiaran iklan tahlil arwah di harakahdaily.net (pada: 21/072011 & 29/07/2011). Ia mula disiarkan tidak lama sebelum Ramadhan. Mereka menganggap pihak yang mengiklankan telah cuba mengkomersilkan tahlil arwah. Bagi mereka pihak harakahdaily.net milik gerakan Islam PAS tidak sepatutnya menyiarkan iklan berkenaan.

Debat: Ustaz Zamihan Sedia Mencabar & Dicabar SS Mufti Perlis

MENGAPA HARUS MELENTING?

Oleh Ustaz Zamihan Al-Ghari

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak diucapkan kepada semua umat Islam yang menunaikan kewajipan ibadat puasa dan ibadat selainya. Semoga dengan akidah dan ibadah yang sahih kita berhasil memperolehi ketaqwaan dan keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Semoga  semangat perjuangan Ahli Sunnah Wal Jamaah terus bersemarak dalam menentang kebatilan golongan pelampau agama.