August 2011

Tak Tepat Kata Islam Itu Semata-mata Hujah

Islam tertegak atas al-Quran dan kekuasaan – Ustaz Hazizi

BANGI, 10 Ogos – Pandangan yang mengatakan bahawa Islam adalah agama hujah dan semestinya ditegakkan dengan hujah serta dilindungi oleh hujah semata-mata adalah satu pandangan yang tidak tepat dan dikhuatiri boleh membawa kepada salah faham masyarakat terhadap hakikat sebenar agama Islam.

Hadis-hadis Popular (8): Kamu telah berbuat baik!

Ia adalah sabdaan Rasullullah s.a.w. kepada Ali Karramallahu Wajhah ketika beliau diarahkan agar melaksanakan hukuman sebat ke atas seorang penzina wanita, dan didapati penzina itu sedang nifas (baru melahirkan anak). Lalu beliau menangguhkan hukuman berkenaan sehingga wanita itu selesai menjalani masa nifasnya.

Jawapan IRF Berhubung Isu Undang-undang Murtad

14-08-2011

First of all, thanks for all the comments. An overall view clearly seems like the netters missed the woods for the trees.

The essence of the statement is to say that state has NO business whatsoever in matters concerning faith. Faith is a personal issue and state should abstain from trying to enforce its authority in such matter. The Qur'an was silent on the worldly punishment for apostates. So any forms of punishment is deemed against the spirit of the Qur'an as the main principle is "There shall be NO coercion in matters of faith" [2:256]

 

Ada bezakah antara tunjuk perasaan dan rusuhan?

Demonstrasi: Aman dan teraturTunjuk perasaan
Tunjuk perasaan atau demonstrasi ialah perbuatan menyatakan bantahan beramai-ramai secara aman. Bentuk-bentuk tunjuk perasaan termasuklah perhimpunan dan perarakan. [wikipedia.org]

Rusuhan
Rusuhan adalah satu bentuk gangguan sivil yang terdiri daripada kumpulan yang tidak teratur dan mengamuk secara tiba-tiba serta bertindak melakukan keganasan, laku musnah atau jenayah lain. Sementara seseorang individu mungkin cuba memimpin atau mengawal rusuhan, rusuhan selalunya kucar-kacir dan tidak teratur.

Artikel Dakwah: Nabi Yunus a.s. Itu Dekat Dengan Kita

Oleh Solleh Al-Fatimi

Penat, letih, sakit, sedih, putus asa, mengalah, tidak bersemangat, rasa keseorangan tiada penyokong dan pelbagai lagi perasaan yang sering melanda diri kita tatkala berhadapan dengan ujian dakwah. Kadang-kadang diri terduduk lantaran bayu ujian menerjah diri. Kadang-kadang tangan penat menabur baja akibat tangan lain berterusan menabur racun. Mematikan pohon harapan. Namun apa yang harus diri ini lakukan? Apakah diri ini harus melangkah ke belakang. Meninggalkan pohon harapan yang terpikul dibahu. Atau terus memikulnya dan membajainya sekalipun diri penat dan sedih sudah menjadi sahabat karib.

Kedudukan Al Hadits Sebagai Rujukan Kedua Dalam Islam

Kertas kerja yang mengandungi hujah al-Sunnah adalah sumber kedua Islam. Ia wajar dibaca oleh setiap muslim yang mencintai sunnah Rasulullah s.a.w.  Terutamanya ketika masih ada lagi di sana kelompok yang meragui kehujahan Sunnah sebagai sumber kedua Islam selepas al-Quran. Di samping golongan orientalis ada juga golongan ini yang mengaku dirinya Islam tetapi meragui dan menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam tentang hal-hal yang berkaitan dengan Islam. Kertas kerja ini ditulis sekitar tahun 1995, namun isinya masih terus relevan untuk dibaca.

Anda juga boleh memuat turun audio pembentangan oleh penulisnya sendiri iaitu Maulana Mohd Asri Yusoff dari darulkautsar.

Hadis-hadis Popular (6): Carilah yang baik dalam mencari dunia

Dari Jabir bin Abdullah r.a. katanya, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Wahai manusia, bertakwalah kepada Allah dan carilah yang baik dalam mencari dunia. Sesungguhnya satu jiwa tidak akan mati hingga terpenuhi rezekinya sekalipun tersendat-sendat. Bertakwalah kepada Allah, carilah yang baik dalam mencari dunia, ambillah yang halal dan tinggalkan yang haram."

(Sahih) (Sunan Ibnu Majah - Kitab Tijaraat - Bab al-Iqtishad Fil Ma'isyah: 2135, 2133)

SJ-05-0548 : Posisi duduk untuk solat wajib & sunat

:salam

Moga dirahmati Allah,

2 persoalan

1) Seorang yang dalam keadaan sihat dan anggota tubuh badan...mendirikan solat wajib dalam keadaan duduk(saja2)..apa hukumnya?

2) Seorang yang dalam keadaan sihat dan anggota tubuh badan juga...mendirikan solat sunat(tahajjud,qabliyyah,ba'diyyah,tarawikh) dalam keadaan duduk(saja2)..apa hukumnya?

Feminisme, Persamaan Gender dan al-Qur’an

Oleh Ahmad Nabil Amir (PhD Usuluddin)
Diterjemahkan daripada artikel "Feminism, Equality and the Qur’an"oleh Dr Ahmad Farouk Musa.

Terdapat banyak tafsir yang muncul sepanjang zaman, tetapi sedikit yang menekankan tentang isu persamaan gender seperti yang diketengahkan dalam al-Qur'an. Banyak pentafsir yang gagal menjarakkan diri mereka daripada rangka pandang misoginis yang dominan dalam masyarakat mereka ketika mengusahakan tafsiran al-Qur'an. Tafsiran mereka berdampak kukuh dalam pemikiran Muslim hari ini dan dianggap sebagai puncak kebenaran yang mana tafsiran lain dianggap sebagai pendobrak atau, lebih buruk, zindik.