March 2013

Apa Rahsia Angka Ganjil Yang Sering DiPerintahkan Di Dalam Islam?

Info Audio Video: 
Solat witir ganjil. Berwudhuk 3 kali.. 3 kali.. Ganjil. Nabi bercelak juga dengan bilangan yang ganjil. Zikir subhanallah 33 kali. Alhamdulillah 33 kali. Apakah rahsia di sebalik angka-angka ganjil yang sering diperintahkan untuk dilakukan kepada umatnya?

Kematian Sheikh al-Buty : hentikan kritikan keatas beliau

Dunia dikejutkan dengan kematian Shiekh Ramadhan al-Buty yang dikatakan mati akibat letupan pengebom berani mati yang memasuki ruangan Masjid al-Iman tempat beliau mengajar. Banyak yang mendo’akan kerahmatan dan keampunan keatas beliau. Namun tidak kurang juga mesej-mesej yang kurang enak didengari, yang tidak layak disangkutkan keatas seorang yang begitu alim yang mutakhashish didalam ilmu-ilmu Islam. Diantara bunyi SMS nya : “Musailamah al-Bouti telah mati di bom”, seolah-olah bergembira diatas kematian Sheikh Al-Buty.

Kategori Berita: 

Penemuan Ilmiah: Mekkah Adalah Pusat Dunia ! Maka Yakinlah dengan Islam

Dengan demikian, Mekah adalah jantung bumi. Dan hal ini sebelumnya sudah diindikasikan oleh sains modern melalui temuan para ilmuwan, yang menyebutkan kota Mekah merupakan pusat radiasi gravitasi magnetic. Fenomena unik juga akan dirasakan oleh semua orang yang mengunjungi kota Mekah untuk tujuan haji atau umrah, dengan hati yang tulus dan bertaubat kepada Allah. Ia merasa seolah olah tertarik dengan semua yang ada di Mekah, dari tanah, pegunungan, hingga semua yang ada di sana, seolah olah ia merasa melebur bersama kota Mekah dengan segenap jiwa dan raganya. Dan ini adalah perasaan yang terus berlangsung sejak awal keberadaan bumi.

Kategori Berita: 

Syeikh Dr. Al Buti Terbunuh Dalam Letupan Bom Berani Mati

Syeikh Dr. Muhammad Said Ramadhan Al Buti seorang tokoh Sunni Syiria terbunuh dalam letupan berani mati ketika mengajar di masjid al-Iman di kawasan Mazra'ah, Damsyik. Menurut informasi al-Arabiya yang memetik sumber dari stesyen rasmi TV Syiria, seramai 42 orang turut terbunuh manakala 84 yang lain mengalami kecederaan.

Kategori Berita: 

Tunjuk Dengan Ibu Jari Ikut Ajaran Yahudi? Benarkah?

Secara ringkas, ada sebahagian pihak yang membangkitkan isu ini iaitu 'tidak boleh' mengisyaratkan sesuatu atau seseorang dengan menggunakan ibu jari sebagaimana sebahagian masyarakat kita lakukan. Isyarat tersebut dianggap sebagai ajaran Yahudi. Lalu isyarat yang sedemikian mesti digantikan dengan isyarat menggunakan jari telunjuk kerana itu adalah Sunnah Rasulullah s.a.w.

Kategori Berita: