January 2020

(Ringkasan Sirah) Ringkasan Fasa Pertama Kehidupan Rasulullah s.a.w.

Sayyiduna Muhammad bin Abdullah dan Aminah al-qurasyi ah merupakan nabi yang terakhir, dan utusan Allah kepada seluruh manusia, agar mereka menyembah Allah yang Maha Esa dan tidak menyekutukanNya dengan sesuatu. Baginda s.a.w. telah dilahirkan di Mekah pada hari Isnin 12 Rabi’ul Awal. Ayahnya telah meninggal dunia sebelum kelahirannya dan dikebumikan di Madinah.

(Ringkasan Sirah) 9. Mengadili Antara Kaum Quraisy Ketika Meletakkan Hajar Aswad

Ketika baginda s.a.w. berusia 35 tahun, kaum Quraisy telah meruntuhkan Ka’bah dan memperbaharui pembinaannya. Baginda s.a.w. turut bersama mereka membinanya. Baginda s.a.w. mengangkat batu-batu bersama para pembesar Quraisy. Turut bersamanya ialah bapa saudaranya al-Abbas.

(Ringkasan Sirah) 8. Perkahwinan Baginda s.a.w. Dengan Saiyidah Khadijah

Selepas baginda s.a.w. kembali dari permusafirannya yang kedua, baginda s.a.w. telah berkahwin dengan saiyidah Khadijah. Beliaulah yang meminang baginda s.a.w. Saiyidah Khadijah ketika itu berusia 40 tahun dan umur baginda s.a.w. 25 tahun. Sebelumnya, saiyidah Khadijah pernah berkahwin dengan Abu Halah. Suaminya meninggal dunia dengan meninggalkan seorang anak lelaki bernama Halah.