January 2020

(Ringkasan Sirah) 7. Permusafirannya Kali Kedua Ke Syam

Ketika berusia 25 tahun baginda s.a.w. telah bermusafir kali kedua ke Syam untuk menguruskan perniagaan saidah Khadijah. Beliau merupakan wanita mulia dan berharta. Beliau mengupah orang untuk menguruskan hartanya. Beliau telah memilih baginda s.a.w. untuk tugas ini kerana beliau mendengar tentang sifat benar, amanah dan akhlaknya yang mulia.

(Ringkasan Sirah) 6. Baginda s.a.w. Menggembala Kambing dan Musafir Pertamanya Ke Syam

Baginda s.a.w. sejak kecil berkerja sebagai penggembala kambing untuk penduduk Mekah dengan upah yang akan digunakan untuk menyara hidupnya. Ketika baginda s.a.w. berusia 9 tahun, baginda s.a.w. telah bermusafir ke Syam bersama bapa saudaranya Abu Talib dengan barang dagangan.

(Ringkasan Sirah) 3. Kelahiran dan Penyusuan Baginda s.a.w.

Baginda s.a.w. dilahirkan di Mekah pada hari Isnin, 12 Rabi’ul Awal, Tahun Tajah. Tahun kelahiran baginda s.a.w. dinamakan dengan nama Tahun Gajah kerana raja Habsyah pada tahun kelahiran baginda s.a.w. telah mengirim tentera ke Mekah untuk meruntuhkan Ka’bah. Terdapat seekor gajah besar di dalam tentera ini. Kemudian Allah Taala memusnahkan tenteraini kerana memuliakan kelahiran baginda s.a.w.

01. Fathul Qorib - Mukadimah

Kerana yang demikian itu, saya menamakan kitab ini dengan dua nama, yang pertamanya: (Fathul Qarib al-Mujib – Pembukaan yang Maha Hampir lagi Maha Mengabulkan) syarah lafaz-lafaz al-Taqrib. Yang keduanya: (Al-Qaul al-Mukhtar - Pendapat yang terpilih - syarah Ghayah al-Ikhtishar)