SJ-1722 (SJ-1711 part 2): Serban

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1722 (SJ-1711 part 2): Serban

Assalamualaikum

Ingin penjelasan mengenai berserban atau berkopiah, setahu saya hadis paling shahih dan afdal (cara berpakaian kebanyakan waktu) mengenai cara Rasullulah memakai penutup kepala adalah menutupnya dengan kain putih secara berselendang diatas kepala, itu yang selalu dipraktik day to day oleh junjungan Nabi. Terima Kasih.

Re: SJ-1722 (SJ-1711 part 2): Serban

Jawab:

Amalan memakai head-gear khususnya surban adalah adat bangsa Arab sebelum Nabi saw lagi (Syaikh Muhammad Hameed, Majalah alMuslimoon, Edisi ke 8; Ali Tantawi, Syina'ah al Masyikah).
Namun menetapkan ia sebagai afdhal atau sunat atau ada kelebihan atau fadhilat tertentu adalah tidak benar. Syaikh Nasiruddin Albanee telah menilai semua hadis dalam hal serban (Maqalat Albani, Dar alAtlas, Riyadh, thn 2000M) dan didapati kesemua hadis-hadis itu amat lemah dan tidak boleh dijadikan sandaran mengenai kelebihan atau fadhilat serban. Fuqaha' yg berpendapat boleh beramal dengan keafdhalan hadis2 mengenai serban ialah Imam Nawawi dan Imam Syuyuti kerana banyaknya hadis tentang serban, walaupun lemah tapi saling kuat menguatkan bila ada banyak jalur perawian. Albani menolak pendapat dan kaedah anNawawi dan asySyuyuti.
Oleh kerana kewibawaan dan ketinggian makam anNawawi, kebanyakan pengikut Syafi'iyah di Malaysia mengamalkan pendapat Nawawi mengenai kelebihan serban.
Pentahqeeq ulung, Imam Ibn Taymiyah (alIqtidha') dan muridnya Ibn Qayyim (Zaad alMa'ad) memenetapkan amalan pakaian Nabi saw hanyalah meneruskan pakaian kebiasaan bangsa Arab: berserban dan berjubah itu adalah pakaian dan adat kebiasaan orang Arab, sebelum Islam lagi, tidak lebih dari itu. Tidak ada apa-apa signifikan dalam pakaian dan serban itu melainkan ia sesuai dengan budaya, iklim dan cuaca dan itulah yg menjadi tradisi bangsa Arab sejak dulukala. Terdapat variasi dan kepelbagaian pakaian Arab dan Nabi saw pernah memakai hampir kesemuanya. Apa yg disebut oleh Nabi saja yg ada signifikan, misalnya perintah memelihara janggut. Ini ada dalilnya yg sahih.
Kita harap dengan penjelasan Ust Pendekar dan rumusan saya, maka serban dan jubah ini tidaklah menjadi isu lagi atau masih menganggap serban ada kelebihan di sisi syara'. Pemakainya mendapat pahala bergantung kepada apa yg ia niatkan. Ia juga bukanlah ada perintah dari nas utk berpakaian demikian dan bukanlah ada kelebihan dari yg berserban atas orang yg tidak berserban. Allahu a'alam